Friday, September 19, 2014

Travel: Times Square Theme Park

Assalamualaikum wbt...

Ini first time saya ke theme park ni. Kami pergi masa cuti hari Malaysia 16/9/2014. Kebetulan pula cuti sekolah. So nak bagi anak2 enjoy sikit.


1. Lokasi
Of course di Berjaya Times Square, KL. Kami naik kereta je.
Tiket beli di level 5.

2. Waktu operasi
Masa kami pergi ni kira public holiday la. so buka 10 am - 6 pm kot. Alamak, lupa... 
Kami sampai awal sebelum themepark buka, orang ke4 beratur nak beli tiket. Tapi lepas kami beratur berpusu2 orang sampai. Silalah keluar awal ye... Genting pun tutup, sini lah arah tujuan.

3. Harga Tiket


Kami berlima, so ambil 1 pakej + 1 child. 
Ada 1 lagi jenis tiket harga RM25. Tapi limited untuk 3-4 ride je sebab khas untuk ibu mengandung.
Tapi harga pakej ni dah cukup murah dah tu sebab boleh naik banyak kali.
Level 5 dan 7 disambung dengan escalator dalam themepark ni. tak perlu keluar pun ye.


4. Attraction Level 7

Kami spend most of time kat level 7 la which is for kids and family. Ride kat sini ada yang adult boleh naik, dan ada yang tak boleh.

Molly Cool Swing
 Kapal tu ride yang paling banyak anak2 saya naik. Dewasa tak boleh naik ye. Kami mula2 sampai tak ada orang sangat. So start2 je 3 round taknak turun. Lepas tu baru naik ride lain.

botanic ride
Botanic ride ni adult boleh naik sekali. Agak bosanla kot untuk dewasa sebab pusing2 dalam kawasan yang kecil. Untuk budak2 memang seronok sbb dapat pegang stereng kan... Tu dalam gambar atas si kakak sentap sebab abang yang pegang stereng.

Fantasy Trail
Train ni pun dewasa boleh naik. Pusing 1 theme park level 7 ni. Ada la masuk gua gelap sikit, anak2 saya takut jugak mula2. Tapi kali kedua naik dah ok.

Flying Bumble Bee
Dewasa tengok ajelah ye....


Buddy go Round

Satu2nya ride yang naik sekali je. Budak2 pun tahu boring hehe 

Honey Bump
Ini pun kesukaan anak2 saya jugak. Maybe sebab ada stereng kot. Cuma bilangan kereta ada dalam 6-7 macam tu je. So kena Q la sekejap ye.
Untuk dewasa pun ada jugak bumper car kat level 7 ni. Tapi saya tak naik pun.

  

Kalau nak rest jap, boleh lah bagi anak2 main kat playground ni. Besar jugak. 1 lagi boleh rehat2 sambil tengok movie di Kids Theater. Tapi ada show time. Kena check jadual ye. Macam tengok wayang je.

show time. Nampak ke tu?

dalam kidz theater

5. Attraction Level 5

Level 5 ni rasanya lagi ramai pengunjung berbanding level 7. Sini memang anak2 saya semua tak lepas minimum height limit. Tak plan pun nak main kat sini. Cuma bila fikir kita dah bayar untuk both levels, main la sikit bagi rasa berbaloi kan...

Sempat main 2 je sebab anak dah tarik muka boring tunggu umi main. hmmmm...

Dizzy Izzy
Bersimpul jugak urat naik benda ni.  

Spinning Orbit
Ride ni tak menakutkan langsung!!! serius! ingatkan dia ada ayun2 ke macam buaian tu. Rupa2nya dia naik atas, pusing secara perlahan2. Boleh la tengok view themepark dari atas.

6. Makan


Dalam ni tak ada urusniaga cash (kecuali souvenir kot, lepas exit). So kita kena beli e-load card ni. Deposit rm5, then isi lah banyak mana nak. Saya mula2 isi RM50. maknanya boleh beli rm45 je sbb rm5 lagi deposit.
Makanan dalam ni ok la... mahal sikit dari luar tp acceptable. Dalam gambar tu saya makan sebelah kapal ayun2 tadi (Molly cool).
Bihun goreng bersosej : rm5
mee goreng telur mata: rm5
milo ais: rm3.50

Kat level 5 ada beli aiskrim paddle pop: rm2 sebatang.
Nanti nak balik refund duit. dapat semua balance+deposit rm5 tu. 

Surau tak ada , tapi toilet ada. Senang nak muntah haha.

Okla, itu saja perkongsian saya kali ni. Diharap membantu sikit2 info. Terima kasih sudi baca.

2 comments:

  1. Hi! Saya Shamilla, a Master student dari Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia. At the time, saya sedang mengkaji tourists’ revisit and recommending intentions ke atas destinasi-destinasi yang ada roller coaster-type attractions. Salah satu destinasi yang dikaji ialah Berjaya Times Square Theme Park. Oleh itu, I would like to invite you to participate in my survey, share lah your experience of visiting Berjaya Times Square Theme Park with me. It will only take about 10 – 15 minutes untuk menjawab survey. Terima kasih!
    https://goo.gl/forms/Gp1Eq9Uc0KedXHuB2

    ReplyDelete