Tuesday, June 24, 2014

Travel: A'Famosa Resort - Condo D'Savoy hotel

Assalamualaikum wbt....

Percutian ni is pre-anniversary vacay, Tahun ni anni jatuh bulan puasa, so kita bercuti sebelum puasalah ye.
Lokasi: Alor Gajah, Melaka (exit tol Simpang Ampat, dalam 10 minit sampai)
Dari Shah Alam dalam 122km, 1 jam 30 minit lebih kurang.
Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang 8.15 am.

1. Summary
Kita mulakan dengan gambaran keseluruhan perjalanan kami ni. Kami ke sana Ahad pagi, terus ke Safari Wonderland. 
Dalam pukul4 kami check in hotel. Malam dalam pukul8 kami ke Old West. Esok tu mandi kolam sikit2 dan check out.


2. Harga Pakej
Di web afamosa ni boleh tengok macam2 pakej. nak tido villa ke, apartment ke, semua ada. Tapi saya tak beli tiket dari web tu, saya beli dari road tour. Ada ditulis di web tu kat mana lokasi road tour. Saya beli masa road tour di Giant seksyen 13 Shah Alam. 


Harga bilik yang kami dapat RM180 sebab check in Ahad. Ini family studio, ada 2 katil queen.


Lepas tu pilihlah nak tambah apa. Kami tambah Safari wonderland RM20/pax dan Old West RM20/pax. Disebabkan kami berlima, dan hotel tu kira untuk 4 orang saja, so tiket orang ke-5 tak boleh dapat harga rm20 tu. Jadi RM25/pax.

Hotel: RM180
Safari wonderland: 4 x RM20   +   1 x RM25
old west: 4 x RM20   +   1 x RM25
TOTAL: RM380

kami tak ambil breakfast dll. Ikutkan plan nak ke Tiger Encounter, tapi tak beli masa road tour, so tak dapatlah harga promosi RM20. Ini cerita kemudian dalam entry Safari Wonderland nnt.



3. Condo D'savoy

A'famosa resort ni besar. Semua dalam kawasan ni lah. Water park, safari, hotel, villa dll. Baucer2 untuk ke safari dan old west kena ambil di hotel. So kami ke hotel dulu. Sehari sebelum pergi saya call untuk confirmkan nama saya memang ada dalam senarai. tak perlu call pun, saja2 untuk senangkan hati sendiri.

Jom tengok apa ada di D'savoy ni.


entrance afamosa resort



kami tak guna pun water heater tu. So tak tahu function ke tak. Bath tub dia buruk sikit.


ada balkoni, tv, meja makan, peti ais, heater, hair dryer, fridge. Tapi iron tak ada.... sinki ada kat luar ye. Pintu dapur tu jenis kayu sliding, tak boleh lock.

pemisah antara ruang tamu dengan bilik tidur

view dari balkoni

Saya seriau sikit bab2 balkoni ni. Sebab anak buas kan. Memang tak buka pintu pun....




lobi

Check in bukan di lobi ni. Ada masa mula2 masuk ke kawasan condo ni. Ada banyak blok (dipanggil TOWER), dan kami tower 2. Bilik tingkat 18. Masa keluar malam tu, ada dalam 2-3 bilik je (termasuk kami) yang menyala lampu. Mungkin sebab Ahad malam, so orang tak bercuti. Dan mungkin juga yang bercuti banyak di tower lain.



Kami tak masuk water theme park. Mandi pool hotel je. Kalau dari tower 2, kena cross jalan sikit. Berdepan je...


4. Makan Minum

Kalau tengokkand dalam pakej tu boleh ambil sekali pakej dengan lunch dan dinner ye. Tapi kami tak ambil pun. Drive keluar untuk cari makan. Dalam kawasan resort ni tak jumpa pulak kedai makan. 
Nak keluar masuk dari resort kena ada pass kereta. Tak perlu isi borang apa2 pun. Setiap kali masuk, guard akan bagi kad. Dan setiap kali keluar kena bagi balik pada guard.

Semalam terbaca ada orang kongsi pasal hidden camera di afamosa hotel. tapi tuan yang 'terkena' tu tak mention pun nama afamosa. tak kisah lah hotel mana pun, sentiasa berhati2 ye.

Next entry saya akan share pasal Safari Wonderland. Pengalaman yang lain dari zoo biasa.
Terima kasih sudi membaca....

8 comments:

  1. Selamat bercuti :)

    Kunjungilah vila 827, A Famosa Resort Melaka (5* villa) lain kali .

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  2. Ok ke sis condotel ni..kami ada family day kt condotel tu next month..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taraf dia mcm 2 ke 3 bintang mcm tu. Berhati2 dgn balkoni lah ye sbb takde grill

      Delete
  3. Hi Humaira,
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100 7380, layari FB dan IG NIRZAB2001.

    ReplyDelete
  4. Hi Humaira,
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100 7380, layari FB dan IG NIRZAB2001.

    ReplyDelete
  5. More Details about Condo D'Savoy A'Famosa Resort
    (http://www.letsgoholiday.my/Listing/Detail/6605/condo-d-savoy-a-famosa-resort)
    Thank You.

    ReplyDelete
  6. bagaimana ye kalau saya nak beli tiket sahaja.. boleh dapat harga rm25 bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu saya ke tour yang afamosa resort buat. saya check di web/FB A Famosa Resort. Dia jual tiket tu semasa tour tu

      Delete