Tuesday, July 10, 2012

Travel: Air Terjun Serendah VS Ulu Yam

Saya baru 5 tahun lebih duduk shah alam, dan kurang arif bab2 air terjun ni. tapi ada 2 tempat air terjun yg saya dah sampai. so saya nak share lah disini pasal Serendah dan Ulu Yam (Sg. Kalong). minta maaf awal2 kalau info saya salah.


1. Jarak dari Shah Alam
Basically dari shah alam nak kedua-dua tempat ni melalui jalan yg sama sampai lah ke pekan rawang. tapi lepas pekan rawang tu, bawa haluan masing2 la.
masa ke serendah, saya takde GPS lagi.
masa ke ulu yam pakai GPS, tapi takde la dalam tu tulis Ulu Yam Waterfall.
Saya search "police station ulu yam baru", tapi balai polis tu bukanlah betul2 depan waterfall, sekadar guide 3/4 perjalanan sahaja.
so saya biarkan GPS tu melayan jalan, dan finally location yg tertulis ialah "MTB trail..." (tak ingat, nanti saya update ok)
so total KM tak sampai 90km, dalam 1jam lebih jugakla perjalanan.


2. kemudahan
kalau dibandingkan kedua2 air terjun tu, saya prefer ulu yam sebab:
- ada challet untuk sewa solat, tidur, rehat. saya takla tidur situ, simpan beg saja. tapi challet dia taklah selesa sangat untuk bermalam. betul2 tepi waterfall.
harga challet saya tak pasti sebab kawan2 husband yg handle semuanya
dalam challet

nombor utk book

jarak challet dgn waterfall
-toilet. kedua2 air terjun ada toilet. tp toilet ulu yam ni lagi dekat berbanding serendah. sorry sebab tak ada gambar toilet serendah.
toilet ulu yam
3. tarikan
sekali lagi ulu yam dapat markah lagi tinggi. sebab air cantik, redup dgn pokok2 tp agak berbatu
kawasan berbatu ulu yam

kawasan mandi yg redup dan sejuk
kawasan mandi yg cetak utk kanak2 di serendah

kawasan mandi yg agak dalam untuk dewasa di serendah. bumbung biru sebelah kanan tu toilet kalau tak silap.
4. makanan
ok, yg ini serendah menang la sebab serendah ada gerai2 pelampung dan makanan walaupun kecil2an sahaja. ulu yam tak ada semua tu. hanya disediakan tempat utk BBQ.
gerai2 di serendah
kawasan BBQ di ulu yam. setiap challet ada.
 Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment