Thursday, June 26, 2014

Travel: A'Famosa Resort - Safari Wonderland

Assalamualaikum wbt.....

Bersambung lagi cerita pasal afamosa resort ni. Entry sebelum ni saya share pasal hotel Condo D'Savoy a.k.a condotel. Kali ni nak share pasal Safari Wonderland pulak. Kami ke sini Ahad pagi.

Dalam entry lepas saya share pasal saya beli tiket ni di road tour. Baca di sana ye... 

Tiket Safari Wonderland (beli di road tour without lunch): RM20 x 4 orang    +   RM25 x 1 orang
Tiket Tiger Encounter (beli walk-in): RM30 x 5 orang

Tiger encounter ni kalau di road tour RM20 je huhu... rugi RM50 sebab kedekut masa tu. padan mukaku. Tiger encounter ni add-on kepada safari wonderland. Boleh  beli Safari tanpa Tiger, tapi tak boleh beli Tiger tanpa Safari. Masa tagging tu dia tanya nak naik pukul berapa Tiger ni, dan dia tulis pada tag tu.

Sebelum datang ke afamosa ni, saya study siap2 show yang ada. so boleh decide pukul berapa nak masuk. So plan nak masuk pukul10 sebab first show is 10.15am.

Masuk sini kena bayar parking, RM3/entrance. Parking yg sama dengan water theme park, sebab sebelah menyebelah je dua benda ni.



Show ada dua kali, kecuali Wild Wild West sekali saja. So plan betul2...

Jangan lupa tukar baucer kepada tagging ye untuk yang beli tiket macam kami. kalau walk-in memang dapat tagging terus.


kami ada 2 tagging: Safari wonderland + Tiger encounter

Jom tengok exploration kami kat sana. 

1. Elephant Show

Ini first show yang kami tengok. Sampai2 terus ke sini dulu. Persembahan dari gajah2. Tapi ada sekor gajah tu berak je kejanya.... 






Gajah yang tengah pura2 tidur tula berak. Nampak tu? Dah la elok je hadap bontot dia. Nampak seketul2 tahi dia keluar. uwweeeekkkkkk.....

berbaloi tengok show ni. Cuma agak frust sebab tak ada pun show yang gajah urut2 penonton tu. Satu lagi, berhati2 ye pada ending show ni. Sebab gajah sembur air kat penonton. Jangan duduk line depan sangat hehe...

2. Tram 

Tram sini kira free la. Kalau zoo negara kena bayar untuk naik tram. Since tram ni free, bolehlah naik berapa kali pun. Dia akan bawa masuk ke kandang haiwan. 

Tram yang sebenar macam lori kecil dan tak bertingkap (tapi berjaring). So akan rasa lebih adventurous gitu.... Dan berhabuk jugak. Kalau ambil tiger encounter, kita akan naik macam bas ekspress. lalu kawasan yang sama, tapi beraircond lah. Cumanya tak berapa nak thrill la kan... Yang bas ekspress ni boleh naik sekali saja sbb tiger encounter boleh masuk sekali saja.

Lepas Elephant show, kami terus nak naik tram. Ramai pulak orang sehati sejiwa dengan kami masa tu nak naik tram. Disebabkan ramai, driver tram offer naik bas ekspress secara percuma. Kami yang konon2 masa tu nak rasa thrill naik tram yang tak bertingkap tu tak naikla bas tu.

sehati sejiwa ramai2 nak naik tram


menunggu2 tram
Tunggu dan tunggu dan tunggu.... tram tak sampai2. So kami decide taknak naik tram lagi. Kami ke walk-thru dulu. Sebelah je dengan tempat tunggu tram ni.

3. Walk-thru

Best best best sangat area ni. Sebab kita sangat dekat dengan haiwan2 ni. Makanan2 haiwan ni bolehlah dibeli kat gerai2 yang ada sekitar safari wonderland ni. 1 pack RM5. Saya plan lain kali nak bawa makanan dari rumah je untuk haiwan2 ni. Kami beli carrot je.

suap carrot kat rabbit


layan kambing
Kat sini bukan ada staf dia. So kita tak tahu haiwan2 ni makan apa, bahaya ke tak dll. Untuk kambing tu kami tak berani nak bagi carrot. Anak2 saya petik daun tepi tu dan suap hehe....

Rabbit ni lambat sungguh menguyah. Anak2 saya boring hehe.... Setengah barang carrot tu tak habis2.


Kambing tu berdepan dengan unta ni. Yang pondok tengah2 tu toilet ye. Bersih.... tapi berbau kambing. Serius!!


Suap pony ni carrot jugak. Sebab saya beli carrot je. Agih2 la hehe... 
Habis walk-thru ni kami ke Multi-animal fun show pulak

4. Multi-animal fun Show

Kami tak tunggu sampai habis pun. Rasa macam sama je dengan zoo negara. Kalau tengok dalam brosur ada show kerbau jugak. Sebab kami tak tunggu sampai habis, so tak tahulah ada ke tak. Yang kami sempat tengok kucing, memerang (kot..), binturong.


So kami keluar awal dan decide nak naik ke tiger encounter. Kat tag tu dah tulis pukul12.

5. Tiger Encounter

Tadi kan ramai orang beratur. Pukul 12 ni tak ada orang pun ok.... sangat best!!

see.. see... kosong
Mula2 ingat nak naik tram je sbb nak thrill konon2. Lepas naik tram tu baru nak naik bas. Tapi staf situ suruh naik jugak bas ke tiger encounter tu sbb dah tulis kat tag pukul12. cisss.... So sampai kesudah kami tak naik pun tram tu sbb bas pun lalu kawasan yang sama jugak.

bas ekspress


sunbear
Kat sunbear ni kami turun sbb nak bagi makan harimau. Nampak macam ngeri tak gambar sunbear tu. Sebenarnya dia tunggu driver tu bagi makanan. comel ngat aihhh....

Jom bagi tiger makan!!

Tengok gambar orang yang pernah ke sini, macam senang je nak bagi makan. Tapi rupa2nya menunggu jugak. Tiger yang mula2 tu dah kenyang kot. Dia tak layan pun... So staf dia tukar tiger lain. Pun menunggu jugak mood makan dia sampai. Staf dia kata sebab ada bau tiger lain. Pujuk punya pujuk, barula dia nak makan.


Boleh pulak dia nak mengeliat2 dulu. Garu2 badan. Ish3......


tengok orang lain buat dulu. Ngeri jugak weh....


Sampai turn kami 2 ekor sekali datang haa.... Mak dan anak ni. Dia menderam ok. Takut!


6. Wild Wild West

Show ni sekali je sehari. Tolong jangan terlepas ye. Show ni best ya ampun.... Tembak2, bom2, pom2, stunt2. Terkejut jugakla bunyi pistol tu. Banyak kali ok... Dalam 30 minit jugak show dia. Patutlah sekali je sehari sebab melibatkan kebakaran, letupan dll. hebat... hebat....


7. Monkey Island

Sekali lagi masa untuk memberi haiwan makan. Stok carrot kami pun masih ada. Jom!


kena naik bot ke sana. Tak ramai orang pun ahad ni.



parking bot. dekat je, seberang tasik. tapi takkan nak berenang pulak kan... naikla bot.



dikerumun kambing2 kelaparan. saya awal2 lari dah. bye2...





Si kembar ni suap daun kat pokok tu je kat kambing2 ni. Habis daun2 situ hehe... Ada jugak orang jual makan kat island ni. Tapi malas nak beli.



monyet sini pun sopan santun. Ada la beberapa orang yang dirampas makanan, tapi dia tak serang orang la. Bak kata staf situ, makanan kegemaran monyet2 ni roti. Kami bagi carrot je.

8. Lain2

Ada bird show, kami tak masuk pun. Rasa macam sama je dengan taman burung KL tu.

Kalau nak riding pun ada kat sini.



harga


Ada jugak offer beli barang dapat free ride.

offer
Untuk lunch pulak ada beberapa pilihan restoran. Kami pilih yang dekat dengan entrance. Makan nasi ayam RM15.50 sepinggan. Next time klau datang lagi nak bawa bekal kot. Masa masuk tu dia tak cek beg pun. satu lagi, makanan sini macam was2 sikit bab halal tu huhu... Sebab tengok penghidang makanan tu berbilang agama. Yang cashier nye muslim. Moga2 halal lah ye.
Oh, tempat kami pilih ni sangatlah berbau haiwan ye... redho jela dah nama pun safari.

lunch
Kami keluar dalam pukul 3.30. Seperti biasa, ada jual gambar dari photographer diorang la. Sekeping RM18. Tak ada harga pakej. Kami tak beli langsung.




Ok, setakat itu saja exploration kami. Kami check-in hotel. Rehat2 jap sebab malam nak ke Old West pulak tengok haiwan lagi. 

Semoga entry ni membantu ye. Terima kasih sudi baca.....


No comments:

Post a Comment