Thursday, April 17, 2014

Travel: Little Big Club

Assalamualaikum wbt....
Tiket dll berkenaan LBC ni saya dah cerita pada entry lepas. Entry ni saya akan ceritakan apa aktiviti2 di sini.
LBC ni ada 2 tingkat, saya namakan sebagai T2 dan T3. T1 untuk Hello Kitty Town. Ini next entry ye.

Tingkat 2 (T2)
T2 ni adalah aktivi bersama maskot2. disebabkan kami ke sana weekday, so maskot yg datang kat kami sebab tak ada orang... kosong..

park map dari website playtime

view sebenar
pandangan dari pintu masuk T2
sebelah menyebelah je attraction nya. memang sempat nak bergambar dengan semua maskot dan buat semua aktiviti. dalam gambar atas tu terbukti memang tak ada orang. hanya kami dan 2-3 family lain. Lebih kurang pukul12 kami naik ke T2 ni. dah dekat2 dengan Thomas Show. so kami layan tu dulu.

Thomas nyanyi2, cakap2. dalam 15 minit
jangan risau terlepas show, sebab akan ada announcement 15 minit, 10 minit, 5 minit sebelum show. lagipun stage ni betul2 depan pintu masuk. sempat je nak ke sana kalau dari hujung pun. jom tengok aktiviti2 yg lain. ini tak mengikut susunan ye. cuma kalau bab maskot, saya memang tengok jadual and get ready. disebabkan tak ramai orang, kami boleh bergambar lama2. bukan tak ramai orang ye, lebih kepada tak ada orang lain pun selain kami....

aktivit2 dan maskot2 yang ada....

1. Pingu dan Igloo
dalam igloo tu mcm arked game. kena masukkan coin.
Pingu... depan Pingu igloo
dalam igloo. anak2 bukannya pernah tengok pun. umi yang layan zaman muda2 dulu...


2. bob the builder & playground
sementara nak tunggu maskot, bolehla main2 kat sini dulu. ada model truck besar2, kawan2 si bob ni. ada slide yang besar jugak
bob the builder. dekat playground. ini berdepan je dengan igloo tadi.
playground dan truck2 yang besar

slide ni orang tua pun boleh naik... memang gelungsur sampai depan tu haaaaa
lets build it. dalam playground tu jugak
playground bob dari arah igloo. yg dalam tali biru ada kerusi meja tu tempat makan.


3. dance with angelina balerina

menari je la dalam ni... dalam gambar sikit2.
dance with angelina ballerina. dalam studio ni bila2 pun boleh menari. tapi kalau nak menari dengan angelina, tunggu dia datangla. ada dalam jadual showtime. dia akan ngajar dalam 5 steps ballet.
ini bukan maskot. patung je... sementara nak tunggu angelina sampai

4. barney house

barney house
boleh masuk dalam rumah dan buat macam rumah sendiri yeeee
yeaaaaa... ini yg kita mahu. maskot...

1 lagi show yang ada ialah Barney beach party. depan dengan barney house ni. stage yg sama dengan thomas mula2 tadi. best show ni sebab lagu2 Barney best...
beach party

seterusnya ke T3 sebelum turun ke T1. jom tengok apa game2 yang ada dalam T3 ni. escalatornya dalam T2 ye

apa ntah nama ni. bertie the bus kot


pusing2 macam ni. bolehla untuk level kanak2 hehe...

view dari dalam bus. sebelah tu bumper car. had ketinggian 110cm. tapi anak2 taknak naik pun. takut kot... sebab kebanyakan yang naik tu, tak berapa nak budak... haha

ini pun view dari dalam bus. nampak cafe, windmill


windmill. doa banyak2 supaya anak tak terjun

maskot ni datang. Thompson Hatt kot nama. ntahlah. taknak pun bergambar dengan dia. tapi kesian tengok tak ada orang huhu...

yang ni best. terjerit2 anak2 saya naik. 

ini game biasa. control sendiri kalau nak bagi tinggi

train ni pun best. ada masuk terowong gelap. anak2 saya duduk dalam kepala train tu. sepatutnya dia round lagi banyak kali. tapi disebabkan anak saya asyik jenguk kepala je, dia round 2x je. bahaya hulur kepada keluar, takut langgar dinding
 ok, dah habis explore T2 dan T3, kami ke hello kitty town di T2. see u in the next entry.

terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment