Wednesday, April 23, 2014

Travel: Hello Kitty Town

Assalamualaikum wbt...

Hello Kitty Town

bersambung cerita berkenaan Hello Kitty Town (HKT). Sebelum ke HKT, kami terlebih dahulu bermain2 di the Little Big Club (LBC). boleh baca disini ye. 

kalau LBC 2 tingkat, HKT ni setingkat saja. bila sampai di kaunter tiket pagi2 tu, saya tengok time untuk parade dulu. disebabkan weekday (jumaat), parade ada sekali saja iaitu pukul 5. sebab tu kami naik ke LBC dulu. dalam pukul 2.30 macam tu baru turun ke HKT.

dalam pukul4 dah habis round semua, sebab orang tak ramai (dalam 3-4 family je). so nak tunggu parade, kami main2 di playgorund dlm ni dulu. jom tengok apa yang ada dalam ni...

HKT. yg ada RHB tu rumah HK. yang ada tulis WISHFUL tu tempat utk nail saloon, cookies and art. sebelah wishful studio tu stage utk show. playground belakang sana lagi

1. Maskot

badtz maru. nakal betul maskot ni
Melody yg cute. agak2 lelaki ke perempuan dalam tu? haha...
tuan rumah. Hello Kitty. frust jugak sebab Dear Daniel tak da pulak..


2. Game

ada beberapa aktiviti dalam ni. tapi kalau berbentuk game tu ada 2 je. cawan pusing2 dan jugak playground.


cawan pusing2. lebih 5 kali pusing weh... sebab tak ada budak lain pun hehe

playgorund. syok jugak sebab rumah tu boleh tembak2 bola

3. Show

Ada 2 show saja. 1 parade, 1 lagi apa ntah nama dia. tapi cerita pasal impian Hello Kitty nak jadi penyanyi. jimat kos sungguh HKT and LBC ni sebab pakai pelakon yg sama je... hehe

Hello Kitty nak jadi penyanyi. comelnyaaaaa
the parade. meriah. dahla tak ramai orang.
semua budak2 yg ada menari2 dgn penari2 parade ni. excited ok... teringat gi disneyland

4. Aktiviti lain

masa di kaunter tiket, kita diberi kad untuk cop aktiviti yg kita dah buat dalam ni. adakah bertujuan supaya tak buat dua kali? entahlah.... ada 6 aktiviti semuanya:
- Hello Kitty house
- Hello Kitty black wonder (selamatkan hello kitty)
- nail saloon
- costume
- art
- cookies

kami berkesempatan buat semua aktiviti. tak kata tak ada orang kan..... haruslah sempat buat semua.

Hello Kitty House

dalam rumah HK yang penuh bertemakan HK. dah kenapa comel sangat.....
taman di tepi rumah. pokok pun pakai reben
bilik tidur. ada 2 bilik tidur
ruang tamu

HK Black Wonder

yang ini ada sesi. banyakla sesinya. kami masuk dalam 3.45 - 4.00 mcm tu. kami redah je, tak tengok pun sign2 kat luar tu. sekali kena jawab soalan kuiz. cisss.... ada 3 soalan, semua salah hehehehe. so ingat tak ada harapan nak menang (dapat sijil woooo), tp rupanya masih berharapan. mungkin disebabkan kami salah semua soalan, kami dapat hint yg senang haha


nampak tu sijil kemenangan. boleh apply naik pangkat ni

lepas salah jawab soalan, dapat simbol ni hehe.

so misinya kami kena cari 5 HURUF untuk dapatkan password. nanti kena susunla 5 huruf tu. ada 5 lokasi kena masuk, cari simbol ni. sebelah simbol ni akan ada huruf kita. best jugak sebab main dengan adik saya. so sporting sikit hehehe.... macam kami he yg beria2 main. org lain sibuk bergambar.

salah satu lokasi dalam black wonder. anak saya dah seram2 dah ajak keluar. sebab ada bunyi2 suspend kot. yg pakai tudung tu adik saya.

nail saloon

dalam ni boleh pilih nak pakai pewarna kuku or sticker je. saya pilih sticker je.

sticker halus2. terkoyak sebelum tampal
 
costume

anak ada 3, costume pun ada 3 jenis je. ok la tu kan.... background hijau sebab nanti dia letakkan gambar.  sila belilah kalau nak. saya ambil pakej 4 gambar RM100.

kesian abang sebab kena pakai Melody. hikhikhik... adik sesuai sangat dgn badtz maru. sama2 naughty. kakak dah cop HK awal2 lagi

art

kalau ikut bacaan saya dari blog2 lain, dalam art ni dapat gelang or rantai HK. ada charm lagi.... saya dah pesan awal2 kat semua, saya nak semua charm tu. so ada 6 charm letak pada 1 gelang. comeyyyyy... tapi....... disebabkan weekday..... dia tukar jadi art huhu. kena susun beads atas board tu, then iron. so dapat la muka HK. adik saya buat sampai siap. so diala dapat. anak2 saya tak cukup tabah nak hadap beads tu. huhu


proses memasukkan beads

cookies

yang ini best. sebab boleh kaler2 cookies and boleh makan. sedap pulak tu.... anak saya si umaar tu makan 2 ketul. cookies tu kita boleh sapu madu (kot), dan letak coklat and biji2 pink. apa ntah nama dia. lepas tu boleh ngapppppp


proses menghias. bila kita datang baru dia bakar cookies tu

lepas hias kita ngappppppp

itu saja untuk kali ni. hopefully enjoy dan dapat membantu. 
terima kasih sudi baca.





















No comments:

Post a Comment