Thursday, April 17, 2014

Travel: Hello Kitty Town & Little Big Club - Lokasi, Tiket, Makan

Assalamualaikum wbt...
sebelum dimulakan cerita, saya singkatkan dulu ejaan ye.
HKT = Hello Kitty Town
LBC = Little Big Club

1. Lokasi

Hello Kitty Town ni terletak di Puteri Harbour, Nusajaya Johor. Kalau Waze tu  boleh search Trader's Hotel atau Puteri Harbour. Memang sebelah je dengan dua2 tempat ni.

Koordinat:  N1 5.20 E103 39.5 (dari website)
buliding hello kitty town ni dalam little red cube
Kami bertolak dari Shah Alam pukul 7.30 pagi. sampai sana dekat pukul 12. jauhnyaaaaaa....

2. Harga Tiket
Harga, Operation Hour semua boleh tengok di web playtime.
harga standard
Harga Hello Kitty Town Saja = RM55/pax
Harga Little Big Club Saja = RM55/pax
Hello Kitty + Little Big Club = RM85/pax

Harga yang saya dapat ialah RM60/pax untuk 2-park pass sebab saya beli masa pesta buku di Putrajaya. Promosi ni tak ada di web playtime, ada di facebook. Jadi saya jimat banyak lah jugak.

3. Makanan
Dalam LBC ada kedai jual waffle. Bolehlah tahan harganya... RM6.50 untuk sekeping yang ada 4 side tu. Air botol standard RM5.
Tapi dalam HKT ada jugak kedai makan, tapi tak menarik. Di luar park ada food court, kenny rogers. Tapi kena makan sebelum masuk. sebab kalau keluar dari park ni, tiket tak valid.
waffle+butter rm6.50 1 set. Air rm5

4. Tarikan
HKT 1 tingkat saja. Tarikannya og course Hello Kitty & friends. Akan dicerita pada entry khas
LBC ada 2 tingkat. tingkat bawah untuk maskot2. tingkat atas ada mcm2 permainan. Ini pun ada entry khas nanti.
Kalau disuruh pilih satu saja, hmmmm... tengok jantina anak la kot. Anak lelaki mungkin prefer LBC, anak perempuan HKT.
Kalau kedua2 park, kena susun atur betul2 supaya dapat join semua aktiviti. Kami ke sana jumaat. Memang tak ramai orang. Kami dapat join semua permainan, dan bergambar dengan semua maskot. kedudukan setiap tarikan pun dekat2 je. sebelah menyebelah. memang sempat nak ubah2 tempat.
aktiviti kami macam ni:
12 - 1.30: Little Big Club - TIngkat 2
1.30 - 2.30: Little Big Club - TIngkat 3 untuk main2 game
2.30 - 3.00: Little Big Club - TIngkat 2 untuk bergambar dengan Barney
3.00 - 5.00: HKT

5. Show Time
Kami ke sana pada Jumaat. So showtime adalah untuk weekdays. Pada kaunter tiket ada show time. dalam park ni pun ada diorang tampal show time ni kat beberapa tempat.
Show time untuk jumaat

6.Penginapan
Kami menginap di batu pahat sebab ada kenduri di sana. kalau dekat HKT ni paling dekat Trader's Hotel sebab share bulding dgn HKT ni kalau tak silap lah ye.

7. Tarikan lain
Untuk bergambar, ada puteri harbour la. kami tak sempat bergambar...
JPO. dalam 10 - 15 minit rasanya ke JPO. Cantik JPO ni. cuma tak shopping apa2 pun... anak2 dok main air pancut kat situ. parking sini berbayar ye

Ok info selanjutnya dalam entry khas LBC and HKT ye. Terima kasih sudi membaca

No comments:

Post a Comment