Wednesday, June 5, 2013

Travel: Paris - arrival & RER ticket

tarikh: 30/5/2013 (Khamis)

Assalamualaikum...
Kami sampai ke paris tepat pada masanya. Plane agak bergegar2 jugak. tp alhamdulillah selamat. suhu pulak sangat sejuk. mungkin dalam 15C.
di Paris ni, insyaAllah boleh survive walaupun tak tahu bahasa French. Saya adalah jugak mencari beberapa French words yg boleh digunakan utk komunikasi. mcm mana kita happy bila mat salleh cakap "apa khabar", mcm tu lah jugak org sana akan happy bila kita ckp "bonjour" kan... perkataan paling penting yg kena tahu adalah "SORTIE" iaitu "EXIT". sbb perkataan ni yg paling banyak dijumpai bila naik public transport di sana.
Bila sampai di Charles de Gaulle airport, kami terus bgegas ke Gare du Nord sbb tiket eurostar kami pada jam 10.13am. Alhamdulillah flight td sampai tepat pd masa. kalau tak, burn la tiket eurostar kami tu.. di paris, amatlah mudah nak beli tiket trainnya. tak ke kaunter pun takpe, asalkan ada kad kredit. cash pun boleh tp saya tak pernah guna di mesin.
CDG airport

naik train ke Terminal 3 untuk naik RER B

mesin tiket

sebelum pergi paris lagi, saya dah study bagaimana nak ke Gare du Nord dari CDG airport. mungkin ada banyak cara, tp saya menggunakan RER B. train di paris sangatlah senang walaupun berselirat. nanti saya ceritakan di entry lain. entry ni khas untuk CDG-Gare du Nord dulu. di mesin tiket tu, beli tiket ke PARIS. Gare du Nord jugak dikenali sbg Paris Nord. mesin ni ada arahan dlm english. so jgn risau... saya pernah terbaca jgn minta tolong dari AWANG HITAM di sana. nanti dia caj. so saya bertanya pada awang putih saja hehe...pasal awang hitam ni pun ada cerita lain. entry lain la ok....
tiket RER B dari CDG ke Paris Nord

harga tiket pada masa saya beli itu ialah EURO9.50~RM38/pax. tiket train paris ni halus... so bab2 tiket ni saya bg husband yg pegang sbb baju dia ada poket depan. saya pegang map. line2 train di paris guna warna berbeza, so senang nak dibaca as long as tak colour blind insyaAllah...
Paris Metro & RER map
map ni senang sbb combine laluan metro dan rer sekali. boleh download dari sini. signboard sana pun mmg sangat mudah difahami. believe me! hehehe...
contoh signboard nak ke RER B di airport
so dipendekkan cerita, kami pun tibalah dgn selamatnya di Gare du Nord.... cerita nak naik eurostar di next entry insyaAllah.
terima kasih sudi membaca.

8 comments:

  1. Salam Humaira, very good entry post. InsyaAllah saya akan ke Paris and London bulan depan and this is really helpful. Sebab saya travel sorg2 from CDG Paris ke London with Eurostar so agak risau takut sampai sana sesat and i dont speak french. Lepas baca entry u baru ada rasa confident sikit hehehe. Thanks for the tips!

    ReplyDelete
  2. Assalam...nak tumpang tanya. Kalau saya flight sampai CDG pukul 2.10pm. Then Eurostar di Gare Du Nord pukul 4.10pm. Agak-agaknya sempat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tak ingat saya dulu gap berapa lama. Tapi masa tu risau jugak takut flight delay. Perjalanan dari CDG ke Gare du nord tu rasanya tak sampai 2 jam.

      Delete
  3. salam nk tanya nk tanya kalau dari cdg ke gare du nord blh naik RER B terus ke gare du nord??maksud sy dari airport blh sampai terus ke gare du nord,tak naik teksi dari air port ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry. PC rosak sebelum ni. Ye, mmg dari airport terus ke Gare du Nord naik RER B.

      Delete
  4. Pun Humaira Hadi, salam sejahtera. Saya Devin dari KL nak tumpang tanya sikit. Saya planning nak ke Paris pada cuti sekolah hujung tahun ini. Soalan sayabialah, kalau kita guna mesin kiosk untuk beli tiket Rer B atau Rer A, adakah mesin ini boleh menerima kad credit kita dari Malaysia, misal kata kad credit CIMB, or Maybank? Puan pernah cuba tak. Pls advise? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang menggunakan kad kredit Malaysia (ada cip) semasa membeli tiket di kiosk. Tapi itu semasa 2013. - Humaira Hadi-

      Delete