Wednesday, July 17, 2019

Travel: Legoland Sealife

Assalamualaikum wbt...

Sealife Legoland ni dah dibuka minggu pertama Ramadhan 2019, kalau tak salah 9 Mei 2019. Dan saya sekeluarga ke sana 10 Mei 2019 hehe. Sebab sebagai pemegang Premium Pass, dapat upgrade ke Triple Park Pass secara percuma. Terima kasih Legoland!!!


Dengan Triple Park Pass ini, kami dapat masuk ketiga2 Legoland Park iaitu Theme Park, Water Park dan Sealife tanpa had sehinggalah expired pass kami tu. Semua kisah Legoland saya boleh dibaca di sini. Tapi diorang tak extend lah tarikh pass tu, sama saja tempohnya. Kalau harga biasa pula, boleh tengok di  bawah.


RM 95 dewasa dan RM 74 kanak2.

Berbalik kepada cerita kami, masa kami berkunjung tu adalah bulan puasa. Tapi ok saja, sebab sealife ni kan aircond. Tak tahu lah kot2 ada yg rasa lapar tengok ikan berenang2 keliling tu hehehe... Kami bertolak selepas solat Jumaat dan park di Medini Mall. Kemudian, ke The Chicken Rice Shoppppp (bukan sekadar nasi ayammm) dulu untuk reserve tempat berbuka puasa. Maka, kami pun masuklah ke Sealife ini.

pandangan dari Medini Mall
Disebabkan Sealife ni baru dibuka 2 hari, jadi saya memang tak expect ada apa2 aktiviti sangat pun, just nak tengok hidupan laut. So layan jelah gambar2 kami ya. Sebenarnya sewaktu entry ni ditulis, dah dua kali kami ke Sealife ni. Maka harap maklum jika baju berbeza2.

disambut oleh legoman
1. Shoaling Ring

Di kawasan ini, akuariumnya berbentuk separuh bulatan. Jadi kita dapat melihat ikan2 berenang di sekeliling kita.



2. Rockpool

Ini pula kawasan untuk kita sentuh haiwan di dalam air seperti starfish dan gamat. Tapi kali kedua kami pergi, gamat dah tak ada. Mati katanya sebab orang kasar sangat dengannya. 




Jangan lupa basuh tangan dulu ya sebelum pegang haiwan2 ni.

3. Seahorse Nursery

Ada beberapa jenis seahorse di sini. Kalau tak silap dari Malaysia dan Amazon. Ini kawasan kegemaran saya juga sebab seronok tengok seahorse yang banyak gunakan ekor.


Kanta pembesar juga disediakan untuk zoom lagi seahorse ni.

4. Stingray Bay

Di kawasan ini ada banyak jenis ikan, dan tarikan utama mestilah stingray. Pukuil 4.30 petang ada sesi bersama staf Sealife, menceritakan tentang stingray ini.



Kawasan ini juga disediakan tempat duduk untuk mendengar penjelasan dari staf Sealife.


5. Coral Reef

Menariknya kawasan ini ialah seolah2 kita masuk ke dalam laut, sebab kita boleh lalu di tengah2 akuarium ini.


6. Amazing Creations

Ok, ini adalah kawasan yang kita akan spend masa paling lama sebab kawasan interaktif. Anak2 (mak ayah pun boleh...) boleh mewarna dan menulis pada gambar haiwan laut pada tablet yg disediakan. Haiwan2 yang siap diwarna akan muncul di dalam digital akuarium yang besar di dinding. Memang anak2 kita akan berulang2 kali melukis sebab taksud dengan hasil karya sendiri hehe.



7. Jellies


Bolehlah berkenalan dengan obor2 yang cantik ni. Nak tukar2 warna lampu pun boleh sebab obor2 ni lutsinar.


8. Sunken Shipwreck

Kawasan ini terasa seperti Pirates of Carribean sikit lah sebab ada meja makan dalam akuarium.






nampak ke meja makan dalam tu? haha
9. Ocean Tunnel

Ini adalah kawasan wajib kalau nak buat akuarium. Seolah2 kita masuk ke tengah laut.



Cuma shark di sini tidak lah besar sangat. Maybe akan membesar nanti.

Gambar2 lain kami di sini...

jumpa abam lego lagi


pandangan dari sudut theme park

Sealife ni 13 langkah je dari Theme Park ni haaa...







macam kapten tak? haha
Di akhir kawasan Sealife ni ada giftshop. Cantik2 juga souvenir di dalam ni.


Setakat ini sajalah perkongsian saya pada kali ini. Semoga entry ini membantu, dan terima kasih sudi membaca.

























No comments:

Post a Comment