Sunday, February 24, 2019

Travel: Da Nang, Vietnam

Assalamualaikum wbt.
Perjalanan saya ke Da Nang ni atas dasar kerja. Jadi tak ada lah banyak tempat yang boleh dikongsi. Saya berada di sini bersama seorang lagi rakan selama 3 hari 2 malam.
Pada entry yang lepas2 saya ada share perjalanan saya ke Da Nang ni dengan Vietnam Airlines dan bermalam di Sleep Pod Hanoi. 

Saya tiba di T1 (domestic), manakala kawan saya tiba dia T2 (international). Dari T2 kami menaiki hotel shuttle yang telah ditempah terlebih dahulu melalui email.  Kami menginap di Stay Hotel. 

1. Stay Hotel

Perjalanan dari T2 ke Stay Hotel tak sampai 20 minit. Dengan shuttle hotel ni, kami perlu membayar VND 450,000 ~ RM85 utk 1 shuttle. Naik grab dan teksi lebih murah sebenarnya. Tapi sebab kami berdua perempuan, ada rasa sedikit risau sebab tu ambil hotel shuttle saja.
Dalam perjalanan ke hotel, nampak lah Dragon Bridge kebanggaan Da Nang,

Dragon Bridge
 Sampai di Stay Hotel, kami perlu menjelaskan dulu bayaran bilik untuk 2 malam. Entah macam mana kami tak perasan yang Agoda tak ambil duit, memang tertulis di slip tempahan tu yg bayaran di kaunter. Tapi harga sama saja dengan apa yang tertulis di slip Agoda, lebih kurang RM250 untuk 1 malam. 

Jom tengok bilik.

snack tapi kena beli

shower ada hot water


tandas disediakan paip air
kelengkapan asas
Ada berus gigi, cotton bud, sikat, shower cap, hair dryer, sabun mandi dan syampu

katil
 Memang request nak 2 beds. View dari tingkap ialah sungai dan kawasan perumahan.

Untuk sarapan, kami tak book sarapan melalui Agoda. Jadi dikira add-on lah. Lebih kurang RM30/orang. Tak banyak choice dan of course kena berhati-hati kehalalannya.

buah dan juice

ubi kayu, keledek, nasi kepal dgn sayur

 2. Makanan Halal - Namaste Omar

Selepas check in dan berehat seketika, kami mengambil peluang nak ke Han Market. Ini pun suggestion dari receptionist. Kami minta receptionist call kan teksi Vinasun. 
Kurang 10 min rasanya kami dah sampai ke Han Market dengan tambang kurang dari RM10. Tapi sebelum shopping, nak tukar duit dulu. Ke kiri ke kanan mencari money changer tak ada haha. Rupa2nya kedai emas bertindak sebagai money changer.

kedai emas aka money changer
Tukar duit di sini RM500 dapat VND 2,740,000. Saya tukar di Malaysia (not KLIA), RM500 dapat VND 2,674,000. Dalam RM12 lah lebih jimat jika tukar di sini untuk RM500.

Lepas tukar duit, masih lagi kami tak masuk market haha. Kami pergi makan dulu. Tanya pekedai depan market ni, dia cadangkan 1 kedai indian muslim berdekatan. Jadi kami jalan kaki saja ke sana. 

Kedai Halal Namaste Omar

free wifi
makanan kami
 Saya lupa pula nak ambil gambar menu. Kami ambil set nasik beriani tu. Dapat nasi, fish curry, prawn. Kami tambah 1 lagi prawn ke apa ntah dan 1 nasi putih vietnam. Roti tu termasuk dalam set. Tapi air kena order asing lah. Kami ambil honey lassi dan green tea. 

jom makan
Total makan di sini jika tak salah VND 390,000 ~ RM80 lah untuk 2 orang. 

Kedai ni ada buat delivery service juga ke hotel. Boleh book online di sini. 

3. Dragon Bridge

Perut pun dah hilang sengsara, tapi kami masih belum ke Han Market haha. Singgah sebentar ke tepi sungai sebab nak bergambar dengan Dragon Bridge dari kejauhan.


Tugu apa ntah ini, tunjuk helang lawan ular. Di belakang saya tu Dragon Bridge. Ada banyak lagi gambar di sini tapi biarlah menjadi tatapan saya sendiri saja hahaha.

3. Han Market (Cho Han)

Berbalik ke tujuan utama, jom ke Han Market. Saya terbaca Han Market ni tutup pukul 10 malam.


Kalau saya tak silaplah ya, Han Market ni ada 3 tingkat.
Tingkat 1 - makanan2/snack2
Tingkat 2 - pakaian. kasut, beg dll
Tingkat 3 - food court

Hanya tingkat 3 saja kami tak naik. 

Sebagai seorang yang pernah ke Ho Chi Minh (baca di sini), saya menyimpulkan Han Market ni tak best sangat untuk shopping. Tingkat 2 saja tempat shoppingnya. Pilihan untuk vietnam silk dan cotton pun tidak banyak. Peniaga di tingkat 1 siap kata silk sini tak ori hehehe.. Jadi saya beli kipas tangan sbb anak minta RM2, baju vietnam (bukan silk/cotton) VND 140000 ~ RM26 untuk 2meter++. Selain dari tu, ada banyak jualan kasut, beg2 fake dan baju. 

  
Durian sekilo RM20 di tingkat 1
 Tak bergambar pula saya di dalam Han Market ni, hmmm...

Selepas membeli sedikit sebanyak, kami ke tepi sungai sekali lagi sebab nak ambil gambar dragon bridge waktu malam pula haha.

dragon bridge di kejauhan
 Dragon Bridge tu bertukar2 warna lampunya. Di sungai ni juga disediakan feri untuk menyusuri sungai. Idok le pulak kami naik, jadi idok le tahu harga hihi.

Dahaga pula tekak selepas berjalan2. Jadi sekali lagi Namaster Omar kami singgahi. Minum lemon tea dan tapau roti. Kami beli roti nan garlic dengan apa ntah 1 lagi. Tak termasuk kuah. So kami order lamb korma. sedap hoiiii

berkelah di dalam bilik
 Kedai ni bagi pinggan lagi sebab dia faham kami nak makan di hotel.

 3. Makanan Halal - Simpur

Pada malam kedua kami di sana, kami nak cuba kedai lain pula. Jadi terjumpa lah Simpur ni. Simpur ni terletak di seberang sungai sana, tak sampai 15min perjalanan pun. Tapi lupa nak request pada teksi tu untuk lalu Dragon Bridge.

Simpur ni kedai Brunei ya, milik Universiti Brunei. Boleh baca di sini. Jadi makanan di sini ada sentuhan Malaysia lah. Saya order pasta masak lemak cili padi, dan kawan saya order nasi bersama ikan asam pedas. Makanan sedap dan harga berpatutan walaupun saya tak ingat harga berapa haha.




Lepas makan, nak balik ke hotel. Kali ni kami request nak lalu Dragon bridge. Mahallah sikit tambang dari tadi sebab jalan jauh sikit kalau lalu Dragon bridge ni. Kalau tak silap dalam RM12 untuk perjalanan balik.


Bagus driver ni. Dia bawa slow je bagi chance kami ambil2 gambar.

 4. VinMart

Teksi tadi hentikan kami di seberang jalan hotel. Betul2 di hadapan VinMart ni. Jadi kami masuk lah sekejap tengok apa ada dalam ni.


pandangan VinMart dari lobi hotel
 Adalah juga terselit makanan halal, jadi kami pun beli dan makan di depan hotel. Sedap angin malam.

aiskrim Pilot, halal
 Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya di Da Nang ni. Ada banyak lagi tarikan terutamanya Ba Na Hills yg ada golden bridge tu. Dalam 40 minit saja dari Stay Hotel tu. Tapi kami tak berkesempatan nak ke sana, sebab datang pun untuk kerja. 
Saya rasa next time nak bawa family ke sini untuk ke Ba Na Hills tu, insyaAllah. Semoga entry ini bermanfaat dan terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment