Assalamualaikum wbt
Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang 8 pagi. Naik ke Cameron melalui Tapah (menyesal), dan sampai di Bharat Tea lebih kurang 11.30 pagi. Hujan renyai2 masa ni, namun kuredahi jua.
1. Bharat Tea
Di Bharat Tea ni, ada cafe untuk makan2 kek dan mengeteh sambil menikmati pemandangan hijau ladang teh. Kalau nak turun ke ladang teh tu pun boleh, dan ada 2 cara:
cara 1: jalan kaki je. saya tak ingat harga, tp tak sampai RM10/adult.
cara 2: naik buggy. Mahal la sikit kalau nak naik yang ini.
Buggy tu sejam sekali saja akan beroperasi, sebab perlu dicaj. Masa kami sampai tu, buggy baru nak caj, so malas lah nak menunggu. Kami turun tangga saja. Turun memang seronok, tapi masa nak naik balik, beribu sesalanku huhu.
Buggy tu akan bawa lebih jauh ke ladang ni, sebab ada kawasan macam sungai sikit. Kami taklah jalan sampai ke situ, nampak dari kejauhan saja. Jom tengok gambar kami menikmati kehijauan.
teh itu hijau |
Tak lama pun kami spend masa di Bharat Tea. Perjalan diteruskan ke Taman Sedia, cari makan.
Di Taman Sedia ni banyak chalet. Atas sebab yg sama, jadi padat la kawasan ni. Kami ke sini sebab nak tengok penempatan Melayu kat sini, dan cari makan.
2. Taman Sedia
pintu gerbang ke taman sedia |
Banyak deretan kedai kecil di sini, berhadapan dgn chalet2. Antara chalet yang ada ialah Ros Chalet. Kami makan pun di kedai/cafe milik Ros Chalet ni.
makanan ringan2 saja |
Selain makan di atas, ada juga maggi dan roti bakar.
kedai yg kami singgah makan |
ada souvenir |
Selain chalet dan kedai makan, ada juga ladang strawberry. tp sebelah Ros Chalet ni tak boleh dipetik. Memang diorang tanam untuk kegunaan kedai sahaja.
geram tgk strawberry |
Taman Sedia ni ada surau besar, tapi tak buat Solat Jumaat. Kena keluar sikit dari kawasan ni. Lepas makan, kami terus ke Cameron Square pulak. Sbb masih awal nak check in pun.
3. Cameron Square
Cameron square ni mcm mall yg ringkas sahaja, tapi ada beberapa attraction jugakla. Antaranya 3D museum dan mini themepark. Kami lepak di mini themepark saja, makan pun di food court situ. Saya agak terkejut juga harga makanan di Cameron ni agak murah.
Cameron Square |
Untuk themepark, lebih kurang mcm sunway pyramid dll. Kena beli card, dan isi duit dlm kad tu. Touch je pada mana2 game yg nak dimain. Lebih kurang RM5-RM7 setiap game. 6D movie pun ada, RM10 rasanya. Tak masuk pun lah.
antara mainan yang ada |
bumble bee boleh bercakap dan pusing sikit2 |
Lepas Cameron Square ni, kami check in Snooze Hotel. Saya dah share dalam entry sebelum ni. Kami berehat sekejap. Lepas maghrib, baru lah keluar makan. Yang seronoknya duduk di town ni, kedai makan belakang hotel saja. Sejukkkkk jalan.
jom jalan |
Saya lupa apa nama kedai makan ni. Makanannya standard macam kedai makan biasalah. Ada tomyam, goreng2, western... dan ada yong tau fu.
dinner kami |
Perut pun dah kenyang, jom kita round2 town sikit. Lintas jalan depan hotel je. Cari strawberry hihi. Akhirnya zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Nantikan kisah kami di hari kedua pada next entry ya. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment