Assalamualaikum wbt...
Entry sebelum ini saya ada share berkenaan summary aktiviti kami di Cameron Highlands (CH) ni. 3 hari 2 malam ja kat sini. Tapi disebabkan dah 7 tahun tak datang, rasa tak puas 3H2M huhu... Ok, jom kita mulakan dengan hotel kami dulu.
Masa nak book ni agak berbelah bahagi, nak duduk hotel cantik2 atau budget hotel atau homestay. Banyak atau gitu... Sebab hotel cantik2 kebanyakannya terletak jauh dari town (brinchang). Kalau Brinchang, boleh dikatakan hampir kesemuanya budget hotel. Tapi kelebihannya adalah kita jalan kaki je nak ke mana-mana. Homestay pun terletak jauh dari Brinchang. So akhirnya Snooze Hotel lah pilihan saya... itu pun ada kisah lain jugak haha.
Snooze Hotel |
Seperti biasa, saya akan book melalui Agoda. Tapi saya confuse dengan review yang diberi. Tengok luaran macam tak berapa yakin, tapi review dia 8.1/10 dari Agoda. Agak tinggi sebenarnya... Kebetulan ada 1 lagi hotel nama Snooze Too Hotel. So saya confuse adakah 2 hotel ni hotel yang sama. Rupanya Snooze Too adalah cawangan Snooze ni. Bangunan baru dan ada lif. Snooze ni tak ada lif ye...
Walaubagaimanapun (haha...skemanya), saya amatlah berpuas hati dengan hotel ni. Macam tak percaya bila check in. Cantik dekorasinya. Parking memang limited lah sebab kawasan town kan, banyak kedai makan pulak tu. Tapi hari pertama kami dapat parking baik punya depan hotel. Hari kedua kami parking di belakang hotel. Jom tengok hotel ni.
bilik kami: quadraple |
Saya book bilik quadraple yang ada 2 katil queen. Antara kemudahan di dalam bilik:
1. hot shower
2. sabun/syampu
3. hanger dan tempat sangkut (tanpa almari)
4. TV (tak banyak sangat channel, tapi ada Fox movies)
5. kipas dinding
6. meja kecil, cawan, pinggan
7. almari berlaci
boleh dikatakan semuanya barang ikea hehe.
Kemudahan di luar bilik pulak (common area):
1. laundry (boleh iron, basuh dan dry baju. RM2.50)
2. Air tapisan (hot and cold)
3. sinki (ada 2 sinki)
4. peti ais
5. meja makan
6. cawan, pinggan, sudu garfu
sebelah bilik kami: laundry |
common area 1: betul2 depan bilik kami |
common area 2 |
common area 3: pantry |
Seperti yang saya katakan tadi, Snooze ni tak ada lif. Receptionist di level G, level 1 tak ada guest room, bilik kami di level 2. So kalau pakai wheelchair, tak sesuailah nak duduk di hotel ni. Level 3 pun ada bilik jugak. Kami dikira beruntung dapat level 2 ni sebab dapat akses semua common area especially pantry. Penghuni level lain kena turun level 2 untuk ke pantry/laundry ni.
Pada level G jugak ada kedai cenderahati (fridge magnet, keychain, toys), dan ada jual makanan/minuman ringan. Bawah hotel ni memang beratur la kedai2 makan Cina. Kedai makan melayu kena jalan sikit lah. Tapi cuaca sejuk, no hal lah kena jalan kan...
So cerita panjang-panjang ni, berapa harga bilik kami ni kan? Saya book melalui Agoda, dan ini adalah harga weekend:
Harga bilik: RM150/malam
Jumlah 2 malam + tax: RM350
Kalau weekdays of course lagi murah. Berbaloi tak dengan harga? InsyaAllah boleh repeat lagi stay kat sini lain kali. Bertemu lagi di next entry ya... Saya akan share perjalanan kami masa hari pertama. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment