Friday, October 7, 2016

Travel: Kuching - Pasu Sarawak dan Semenggoh Nature Reserve

Assalamualaikum wbt...

Dalam entry sebelum ini, saya dah share pengalaman saya menginap di Borneo Highland Resort. Kami check out agak awal, dalam 10 am. Masih awal untuk ke Semenggoh, jadi kami balik ke Kuching dulu. Kuching ke Semenggoh dalam 15 minit sahaja.

Di Kuching hari ni ada 2 agenda shopping: Pasu, kek lapis, tikar sarawak. Dalam nak mencari kedai pasu, terjumpa kedai kek lapis dulu haha. 

kedai tikar Sarawak
First mission nak cari tikar. Sebab dah tengok kat Serikin, so nak compare harga la kan. Mengikut kajian saya (cewahhhh...) kedai ni di Kota Sentosa, batu 7, Kuching. Round punya round punya round... tak jumpa pun. ok bye bye... 

kek lapis dayang salhah


Kek lapis ni cawangan saja dari kedai dayang salhah yg sebenar. Banyak jugak pilihan kat sini, cuma tak sebanyak di kedai utama dia la. Saya beli dua je dulu buat rasa: durian dan blueberry cheese. RM10 sekotak. Sekali hadap je dengan budak2 ni.

Selepas menghabiskan kek, kami merayau-rayau cari kedai pasu. Ikut bacaan saya, kedai pasu yang best ialah Yong Huat Heng di Batu 7. Tapi sampai naik meroyan cari kedai tak jumpa. Rasanya memang dah tutup la kedai tu. Akhirnya kami ke kedai di Batu 4 yang not bad jugak pada saya.

kedai pasu Top Deco, Batu 4


belian saya pada hari kejadian

ada jugak beli 2 pot ni


sempat tengok harga. dalam RM1k


Kedai ni boleh guna debit/kredit kad untuk belian RM100 ke atas. Saya konon-konon beli sikit jela, sebab tak sure harga mahal ke murah. Niatnya nak datang lagi beli. Tapi........ memang tak berkesempatan pada hari lain walaupun takla jauh sangat kedai ni dari hotel huhu... 

Habis cari pasu dah pukul 1. Semenggoh tu buka pukul 3. Jom kita lunch dulu.

Mee Kolok Kak Bedah


Kedai ni pun terjumpa je masa nak ke Semenggoh. Kak Bedah nama diberi. Jom lah kita cuba makan.

first time
Selain mee kolok, kami order nasi ayam jugak. Selama saya di sana, saya rasa taste Sarawak sama macam semenanjung. Sedap-sedap makanan di sana. Kalau Sabah tu, lain sikit taste dia. Bukan Sabah tak sedap ye, saya kata lain saja... boleh baca berkenaan Sabah di sini

Lepas makan, laju-laju nak ke Semenggoh sebab buka pukul 3 petang.

Semenggoh Wildlife Center

Ada 2 slot yang boleh lawat tempat ni. 9 am dan 3 pm. Disebabkan 9 am kami masih di Borneo Highland Resort, kami join yang 3 pm. Agak lambat jugak kami sampai, dalam 3.15 pm. Tapi masih boleh masuk. Hampir-hampir pukul 4 pun masih ada yang baru masuk.

harga ada pada tiket

Lepas beli tiket, drive masuk sampai lah hujung jalan. Dah parking kereta, kena jalan pulak meredah onak dan duri belukar ke tengah hutan. Memang berpeluh la. Sila pakai kasut yg bersesuaian supaya tidak terbaring di pertengahan jalan haha.

Sampai saja di kawasan untuk tengok pak atan tu, kena senyap ye. Alhamdulillah baby saya pun tak nangis masa tu. Sunyi jeeeee.... Masa saya sampai, orang dah ramai dan orang utan pun memang dah ada di depan mata. 

sedih ke anak aku tengok pak atan
mak dan anak atan

Masa ni ada 1 keluarga bahagia saja yang datang. Pak, mak dan anak atan. Dalam gambar kat atas, mak tengah jaga anak yang sangat la aktif bergayut. Bapak pulak tengah memenuhkan perut sendiri dengan pisang. Cissssss...

Dalam 10 - 15 minit, pegawai dia ajak kami berubah tempat. Untuk tengok keluarga bahagia yang lain pula. Maka berlari-larilah kami meredah onak dan duri sekali lagi. Saya memang serius berlari sebab anak saya yg kembar tu dah hilang ke hadapan. Seronok sangat tengok pak atan.


kawasan kedua

Kawasan kedua ni dekat je dengan tempat parking kereta kita. Agak lama jugak kami tunggu ketibaan pak atan yang lain. Akhirnya tiba seekor bernama Ricky kalau tak silap. Besau benauuuu. Umur 30, bujang. eh??? Dalam gambar atas tu ada pak ricky tengah makan. kami semua kena berdiri belakang tali.

Pekerja dia nak bawa ricky tu ke tempat yang lebih jelas untuk kami menonton. tapi ricky taknak. menurut pekerja dia, maybe sebab ada "amaran" dari pak atan yang lain. Memang pun masa tu pokok bergoyang2 kuat. tapi tak ada pak atan yg muncul.

Lepas puas menatap pak atan mengisi perut, dah pukul4. Jadi semua kena pulang. Di sini diorang menjaga status 'wild' orang utan ni. sebab tu pengunjung tak boleh ada direct contact dgn haiwan. Ricky ni pun bila nampak kami semua beredar, dia pun berlalu pergi. Ini kira ada jugakla rezeki kami nak tengok pak atan. Kalau musim buah, lagila tak ada langsung pak atan yang datang sebab dah kenyang cari makanan sendiri.

Sebelum keluar, jom bergambar.





Tamatlah misi kami hari ni. Untuk penginapan malam ni, kami ke Damai Beach Resort. Bersambung ni next entry insyaAllah. Terima kasih sudi baca.

3 comments:

  1. Puan...boleh sy tau..untuk menginap j residence tu...kan harge RM99 untuk 1 malam..limit org dalam bilik tu berapa org ya? Sbb family kakak ( isteri, suami..2 org kanak2 & 1 bayi)...kena charge tambahan ke ye? Xnak gune extra bed..mohon respon ya..-suhaila😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry puan saya lambat reply :)
      bilik paling besar 1 queen dan 1 single. agak sempit kalau nak tambah extra bed. tapi bilik saya menginap tu ada pintu yg sambungkan dgn bilik sebelah. so bolehla book kedua2 bilik.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete