Monday, June 16, 2014

Travel: Petrosains

Assalamualaikum wbt.....
Saya ke Petrosains pada Sabtu 14 Jun 2014. Last ke sana pada 2007. Wow... dekat 7 tahun jugak la kan. Banyak improvement. Kami masuk sana lebih kurang pkl11, pukul 3 lebih baru keluar.

Lokasi: KLCC (tingkat 4)
Operation hour (saturday): 9.30 am - 6.30 pm (last masuk 5pm)
hari isnin tutup ye.


harga tiket
Since kami ni berlima, so ambil 1 family pakej + 1 child = RM35. Pada saya sangatlah berbaloi berbanding apa yg ada di dalam. 

floor map

nampak tu, banyak section. Ada yg canggih seiring dgn kemajuan teknologi. Ada yg saya rasa dari tahun 1999 (tahun mula petrosains).

Kami sampai KLCC lebih kurang 10.30 am. beli tiket dan makan di food court dulu sbb dah tahu akan lama dalam ni. So dalam pukul 11 macam tu kami start beratur.

pose dulu di pintu masuk

naik gondola

ride the hurricane
Hurricane ni seolah2 kita berada dalam ribut la. Family2 sebelumm kami yang naik ada halaju yang display kat skrin dalam tu. sampai turn kami tak keluar pulak halaju tu....

Ewww factor

Saya tak pasti event 'ewwww' ni khas untuk cuti sekolah saja or selalu ada. 'ewwww' sbb dia akan explain pasal tahi, hingus, bau badan dll. gambar kat atas tu pasal najis kita. sebelah dia pasal muntah. ada dare challenge ok... try makan muntah tu. tp bukanlah muntah sebenar pun.

merentas masa


T-rex tu rapping ye. 7 tahun lepas tak perasan pulak dia boleh nyanyi. dalam section merentas masa ni kita belajar pasal zaman batu sikit2. Ada tu kita boleh hidu bau udara zaman batu. so saya expect mestila fresh kan... sekali bau uwekkkkk.... cleaner kat situ gelak je. dia kata setiap org yg bau tu bagi ekpresi yg sama hehe.



giant piano. boleh main betul2


ingatkan teropong, rupa2nya dalam tu ada video





antara favourite anak2 saya

cari gali


interaktif



ni di bahagian SPARKZ. kali ni talk pasal bubble. Si Yusuff ni sporting sikit bab2 stage ni. so dia untungla dapat join


pasal insects


ada juga talk (dalam bilik) pasal ewww factor. saya berkenan bab autopsy dan forensic tu.

Petrosains ni jalan dia one-way. Saya plan nak dengar talk pasal forensic pukul2. tapi kami beli tiket simulator 1.45. so tak boleh patah balik dah huhu...



kami beli tiket simulatort yg kanan atas tu. RM3/pax


Simulator ni masa saya datang 7 tahun lepas saya tak naik sebab pregnant. Masa tu rasanya kita rasa macam naik flight kot. Yg saya naik kali ni macam roller coaster. skrin kat dalam simulator tu seolah2 kita naik roller coaster merentasi planet. simulator ni goyang2 dan gegar2 ye. sebab tu pregnant mom tak boleh masuk


simulator
3D movie

Aktiviti ni tak ada 7 tahun lepas. Sepatutnya 3 movie, tapi 1 lagi not available. movie dia berturut2 ye. Penjaga tu kata kalau dapat dalam 10 -15 orang penonton, dia ON kan aje movie tu. So mula2 kami tengok Dinky Dino. Dalam 5 minit lepas tu kami tengok Sea Dragoon. Best la untuk anak2. Happy ending of course. Duration setiap movie dalam 10 minit je. Sejuk ya amat ye dalam ni. blower aircond kuat.


kena pakai 3D spec


location 3D movie


movie ni sebelah jalan keluar petrosains je.

Disebabkan petrosains ni mengambil masa yang lama, better makan berat sebelum masuk. Dalam ni pun ada cafe. Molecule Cafe namanya. Ok la harga. Donut besar gabak tu RM3.90. Bihun goreng ada, nasi goreng pun ada. RM3.90 je. portion je boleh makan 1-2 orang.



location agak jauh dari pintu masuk. half way perjalanan rasanya. bawah tangga


gondola balik
Lepas habis tengok movie kami pun explore sikit2 lagi dan balik... balik ni pun kena naik gondola ye. Video2 yang ditayang masa perjalanan balik ni macam 1999 punya. Hopefully Petronas dapat tukar yang baru lah ye.

Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan petrosains. Sangat murah berbanding apa yg ditawarkan. Cuma ada alat2 yang dah rosak (sikit je), yang tak complete pun ada. So rasa frust sikit bagi pihak anak2. Tapi tu semua sikit je... yang best2 lagi banyak ye.

semoga entry ni dapat membantu sedikit sebanyak. terima kasih sudi baca....

No comments:

Post a Comment