Monday, June 9, 2014

Travel: Genting Indoor 2014

Assalamualaikum wbt....

Saya dah 3-4 kali ke Genting highland dengan anak2. Cuma saya tak pernah share full story kat sini. ada 1 entry saja berkenaan tips di genting highland.
Tak silap saya dalam July 2011 saya ke Genting Indoor, dan 2012 kot ke Genting Outdoor. Untuk org dewasa, indoor ni boring la.. untuk kanak2, indoor or outdoor dua2 layan.
Trip kali ni agak menarik sbb outdoor under reconstruction. so indoor saja yg ada. adakah indoor semakin menarik??? mari kita lihat...

1. Apps Genting Highland
Saya download ni free dari playstore. tapi ada benda yang tak ditulis dalam apps tu tapi ada di Indoor.

boleh tahu current event, weather, dan reward points (saya bukan member)

ride yg ada dlm indoor

bolehlah dijadikan panduan kat sana, jangan ada tertinggal mana2 ride. untuk adult yg sesuai cuma Euro Express dan Adult Bumper Car saja. untuk family pun ada.

2. Harga Tiket

Tiket indoor ni boleh di beli online di sini
Adult: RM 32 (walk-in) or RM19 (online)
Child: RM 30 (walk-in) or RM28 (online)
Harga atas ni untuk unlimited ride (1-day pass). kalau nak pay-per-ride RM8. samakah harga ni untuk adult n child? sorry tak perasan pulak.... 
Harga online adult berubah2 ye.. saya pernah check 2 hari sebelum pergi RM19. Tapi sehari sebelum pergi tu dah RM22. Masa nak purchase tu tetiba bertukar jadi RM25. Magic tak? hehe... Rasa agak tak berbaloi jugak untuk saya yang tak main pun roller coaster n bumper car tu. 

Map ada di beri sebelah kaunter tagging ni ye. tapi map lama walaupun cetakan Sept 2013. So tak sama la sangat position untuk ride dll.

3. Perjalanan

Dari shah alam ni dalam 1jam15 minit mcm tu. 83km. Kami keluar dalam 7.30, dekat pukul9 dah sampai. Indoor ni start pkl9. Disebabkan dah beli tiket online, tak perlu beratur untuk beli tiket. terus ke kaunter TAGGING untuk dapatkan tag. tak perlu print ye tiket online tadi. saya save dalam handphone je. yg penting reference number tu. 

4. Parking

Kami parking di First World Hotel je. Banyak tingkat. Then ambil lift untuk ke Tingkat T2. Dalam apps kat atas tu ada tulis level2 untuk setiap ride.

5. Ride

Kami sampai awal. memang tak ada orang sangat. terus naik je ride2 yg ada. Disebabkan anak2 saya punya habit mesti ke toilet dulu, so first ride adalah sebelah toilet which is junior bumper car.

a. Junior Bumper Car


ini first experience untuk ketiga2 anak saya. enjoy sangat2. Masa pagi2 dalam 5 orang je yg main. Tengahari sikit kena tunggu turn jugakla. org dah start ramai. tapi tak la lama sangat. maknanya anak2 saya ni akan main selepas org yg dalam tu keluar.

b. Carousel & Ride de Paris

dah selesai urusan tandas, kami ke tengah2 kawasan permainan tu. sini ada carousel dan Ride de Paris.





c. Mini Train, Rio Float & Reindeer

Ride ni pulak di T2A & T2B. naik escalator ye. ini family ride. walaupun bosan, demi anak2 jom kita layan



rio float




bermonopod dalam mini train


kali ke2 naik mini train dapat jadi kapten. yeaayyyyyy
reindeer

view dari mini train kot

d. Kiddie Rides

Ini pada level T2B. Kalau tak silap saya benda ni asal dari outdoor. tp disebabkan outdoor tutup, jadi indoor game la. Ada dua je ride kat sini. nama ride tak tahu. tempat ni pun sebelah food court.

carousel again... tadi kuda, sekarang lion dll.


f. Funland
Funland ni setingkat lagi atas dari kiddie ride tadi. sini playground jela. 




Kalau diikutkan dalam pkl11 kami dah habis main semua (seround setiap ride). So kami lepak2 di funland ni sementara tunggu satu event ni... hehe. 

6. Meet & Greet Fox Movies Character

ini lah sebab utama ke genting ni. walaupun tahu aktiviti kat indoor ni dah tak best sangat, ku turutkan jua demi aktiviti ni.


kami join yang atas tu, meet & greet maskot2 dari RIO, ICE AGES dan EPIC.
ada 2 sesi ye, pukul 1 dan pukul 4.
pukul 1 tu sekejap je, 30minit di stage dalam First World. Sebelum event ni start, ada la Magician showla, World cup la... ramai sangat org kerumun kat situ. lepas orang dah bersurai, kami terus ambil tempat depan sekali. anak2 letak je atas stage tu.
maskot2  ni akan menari sikir2 dan anak2 boleh  join ye. siapa join dapat tiket untuk show pukul4 tu. jangan risau kalau ahli keluarga ramai, sebab kalau tak cukup tiket boleh minta. cuma saya tak pasti kalau memang tak ada tiket langsung  boleh minta ke tak.

Diego from Ice Age

tiket yang kami dapat
lepas habis show dalam 1.30 saya dan husband dah boring. anak2 seronokla dapat sambung main. so kami round lagi mainan2 yg ada. habiskan masa banyak di funland. solat boleh ke T1 ye.

untuk show pkl4, pkl 3.30 kami dah bertolak. kena jalan ke Grand Hotel. Takla jauh mana pun dari Frist World ni. Tapi escalatornya bertengkek2...

jalan keluar ke Grand Hotel
escalator bertengkek2 weh...

dalam Grand International Showroom.
Masa saya pergi tu, tak sampai half kot penonton. Sangat digalakkan anak2 anda join menari di stage. Anak saya join Ice Age menari, dapat t-shirt free. lepas tu join Rio tak dapat apa2 pun hehe. Untuk Epic, dalam 7 orang je boleh join. dapat cap huhu....
menari dengan Sid, Scrat dan Diego


Pedro dan Nico

Tarian penutup
dalam pukul 5.30 tamat la show ni. kami terus balik.

7. Makan-makan 

Food court kat level kiddie rides tu banyak makanan. tapi macam biasala mahal sikit. so saya bawa bekal. air beli la sini. Milo dalam tin tu biasa RM2.20 kan, sini RM4.50. nasi tak pasti pulak.

bekal dah berkurang hehe...


melaram baju free

8. surau 

Surau ditingkat 1. naik lift tekan 1. keluar lift pusing kiri.

lift kaca
9. shopping

syok jugak cuci mata kat sini. ada Poney, Nike outlet, Padini dll. cuci mata saja... tak beli pun
itu saja Genting untuk  kali ni. Snow world masih ada. Ferris Wheel dah tak ada. Sampan pun tak ada. ok, jumpa lagi. terima kasih sudi baca...

bye2....








No comments:

Post a Comment