Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Resepi: Oreo Cheesecake

Salam. baru2 ni saya ada buat oreo cheesecake ni. dapat respon positif dari kawan2.
resepi asal dari http://rozzan.blogspot.com/2010/03/permintaan-resipi-oreo-cheese-cake.html.


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

(step ni saya ubah sikit. biskut oreo tu saya hancurkan dan tabur atas kek banyak2.)

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.



hasilnya...
tapi gambar ni sebelum tabur serbuk oreo
selamat mencuba..

Resepi: Rainbow Buttercake with Cream Cheese Frosting

Salam. Sempena 5th anniversary baru2 ni, saya ada buat rainbow buttercake 5 layers. 
Resepi sempoi saja...


kek saya yang tak senonoh rupa parasnya




Bahan Buttercake
1 kotak buttercake segera (hehe)
5 pewarna
5 perisa (kalau nak setiap layer ada rasa yg berlainan)
bahan2 yg diminta oleh kotak buttercake segera tu (4 biji telur, 290ml melted butter)


Bahan Cream Cheese
250g cream cheese
100g icing sugar
250ml dairy whipping cream


Cara2
1. Bancuh buttercake dan bahagikan kpd 5 adunan


2. setiap adunan letakkan 1 sudu kecil pewarna. gaul2 hingga sekata


3. bakar setiap adunan
-pastikan acuan adalah sama saiz/bentuk
-basuh dulu acuan. keringkan dan sejukkan sebelum diguna semula.


4. untuk cream cheese, pukul semua bahan sampai gebu.


5. sapu cream cheese antara kek, dan keseluruhan kek.


Selamat mencuba...