Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Resepi: Manis makan manis makan

Salam. Saya suka sangat makan benda2 yg manis. So selalunya akan cuba buat sendiri sebab boleh makan lagi banyak, puas hati, dan kadang2 tu sebab susah nak cari kat kedai kan. so jom layan gambar2 makanan yg saya sempat buat.
Tiramisu

cream puff

crab stick

kek batik biskut merry
sedapnya bulan2 puasa ni kan...

Tuesday, July 10, 2012

Resepi: Cream Puff

Resepi asal diambil dari sini. terima kasih ya.
custard cream saya yg cair
BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...



tapi masa saya buat ni, whipping cream tak cukup dan tak letak keju. so jadilah cream puff with custard cream cair...hehe


masa paipkan tu nampak macam kecil je cream puff ni. tapi bila dah siap bakar....mengembung betul!

Monday, July 9, 2012

Resepi: Oreo Cheesecake

Salam. baru2 ni saya ada buat oreo cheesecake ni. dapat respon positif dari kawan2.
resepi asal dari http://rozzan.blogspot.com/2010/03/permintaan-resipi-oreo-cheese-cake.html.


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

(step ni saya ubah sikit. biskut oreo tu saya hancurkan dan tabur atas kek banyak2.)

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.



hasilnya...
tapi gambar ni sebelum tabur serbuk oreo
selamat mencuba..

Resepi: Rainbow Buttercake with Cream Cheese Frosting

Salam. Sempena 5th anniversary baru2 ni, saya ada buat rainbow buttercake 5 layers. 
Resepi sempoi saja...


kek saya yang tak senonoh rupa parasnya




Bahan Buttercake
1 kotak buttercake segera (hehe)
5 pewarna
5 perisa (kalau nak setiap layer ada rasa yg berlainan)
bahan2 yg diminta oleh kotak buttercake segera tu (4 biji telur, 290ml melted butter)


Bahan Cream Cheese
250g cream cheese
100g icing sugar
250ml dairy whipping cream


Cara2
1. Bancuh buttercake dan bahagikan kpd 5 adunan


2. setiap adunan letakkan 1 sudu kecil pewarna. gaul2 hingga sekata


3. bakar setiap adunan
-pastikan acuan adalah sama saiz/bentuk
-basuh dulu acuan. keringkan dan sejukkan sebelum diguna semula.


4. untuk cream cheese, pukul semua bahan sampai gebu.


5. sapu cream cheese antara kek, dan keseluruhan kek.


Selamat mencuba...