Showing posts with label janda baik. Show all posts
Showing posts with label janda baik. Show all posts

Friday, July 27, 2018

Travel: Sailor Rest Resort, Janda Baik

Assalamualaikum wbt..
Dalam previous entry saya ada share kisah percutian kami di Janda Baik. Hari pertama kami menginap di chalet mamapapa. Hari kedua ni kami ubah chalet pula, kami cuba Sailor Rest (atau Sailor's Rest). Dalam 600meter je dari chalet mamapapa. Boleh tengok di sini http://sailorrest.com/. Tujuannya adalah nak rasa tidur dalam khemah atau dikenali sebagai glamping.

Checkout dari chalet mamapapa pukul 12 tengahari, lepas tu blur tak tahu nak pergi mana di Janda Baik ni. Jadi kami jalan-jalan cari pasal makan jelah. Kebetulan ada terbaca di 1 blog (sorry memang tak ingat nama blog tersebut), pasal kedai kopi sedap. Tapi kedai ni dikenali sebagai sup meletup janda baik juga. Kami waze aje....

ada pelbagai sup
Walaupun ada pelbagai jenis sup, kedai ni juga trademarknya ialah kopi buatan sendiri. Memang ada ladang (kecil) kopi disebelah kedai. Sedap kopinya.. rasa seperti baru dibrewwwwww hihi.

ladang kopinya

makanan kami. kopi , sup tulang dll
Selepas dah makan, kami masih tak ke Sailor Rest lagi sebab ingatkan tak boleh check in lagi. So kami ke Tiarasa Escapes milik Puan Sri Tiara Jacquelina. Baru sangat-sangat tempat ni. Harga of course lah level 5 stars. Lain kalilah kita cuba ya...

Kami masuk dan terus keluar kih3... takut kena halau
 Kami masih lagi dalam kekeliruan nak ke mana, so kami decide jom lah kita ke Sailor Rest terus. Rupa-rupanya boleh je check in awal sebab tak ada orang.

Dah nampak sign board


Jalan ke Sailor Rest ni agak mencabar sikit lah. Sebab kena cross jambatan (dengan kereta), dan jalannya tanah berbatu. Disebab hal ini kami decide nak keluar dinner awal, sebab takut malam tak nampak jalan. Dah, jom check in dulu

jambatan or titi

board di kaunter check in.
Encik Asmawi yang sambut kami masa check in. Kami saja yang check in hari tu. Seram lah pulak,... Tapi ada je pekerja-pekerja yang memang tidur disitu termasuklah en Asmawi ni. Selepas berbual sedikit sebanyak, dia pun bawa kami ke khemah.

tadaaaaaa... khemah kami. Betul2 depan sungai. 10 meter kot jarak

kami ambil pakej B, dengan sarapan. Total RM475 (2 dewasa, 3 kanak2, 1 bayi)

Kalau taknak glamping, banyak lagi choice di sini. Ada chalet, banglo dan yang paling rare ialah boathouse.

boathouse. RM500/malam untuk 1 queen
sudut yang lain pulak.
Boat house ni lock. Yela sebab tak book kan... tak dapat lah nak bajet2 titanic kat atas tu hehe
Banglo. Harga boleh rujuk website

Agak luas kawasan Sailor Rest ni. Jom tengok apa lagi ada

ada mini playground. very the mini sebab ada beberapa mainan sahaja

ada buaian 1 ni saja. kasi chance la umi abah bersweet mweet


pokok durian yang rendang
Geram je aku tengok buah durian rendang ni. En Asmawi tu kata kalau luruh, ambillah makan. Free je dia bagi. Masalahnya tak luruh pulak durian tu.

Masuk je ke dalam khemah, anak-anak tak terlebih ready nak terjun sungai. Moh le kita 

Ada titi gantung. 
Di sini boleh nak hiking, tapi kena book awal.

view dari atas titi gantung
menghayati arus sungai
 Antara yang seronoknya di sini dan juga chalet mamapapa semalam, ada banyak ikan di dalam sungai. Kami tak bawa jala ikan pulak. Boleh tengok jelah

wahai bondaku... bondaku si ikan kaloiiiiii....
Selepas mandi seketika, kami decide nak keluar dinner awal. Seperti yang saya cakap tadi, jalan sini agak merisaukan jika tak ada lampu jalan. Tambah2 kena cross jambatan. Dinner malam ni tak ada gambar sebab kami terjauh pulak dinner sampai ke RnR Genting Sempah huhu... Dalam pukul7 kami dah bertolak balik ke Sailor Rest. 15 min je perjalanan dari RnR ke resort.

Malam idok le mandi sungai ye, gelap nak... takut pun ye haha. Cabaran glamping ni ialah tiada toilet dalam khemah. kena jalan lah ke toilet. Dekat memangla dekat tp seremmm la nak ke sana malam2. Sebelum tidur tu pastikan semua dah keluarkan isi2 pundi ya. Nasib baik tak ada yang tercirit ke apa malam2. Saya adalah juga terasa nak ke tandas pukul 2 3 pagi tu. Tapi ku tahan jua sehingga subuh hehe..

Apa sebenarnya yang ada dalam khemah kami ini...
- katil single 5 buah
- kipas lantai 1
- ubat nyamuk elektrik
- extension plug. Bolehla nak caj hp ke apa kan
- lampu 1 tergantung di tengah2 khemah


Dahlah tu, jom tidur...

scene 2 pagi
Malam-malam ni kalau rasa nak tengok tv bolehlah ke tempat makan yang disediakan. Ada TV di situ.

Keesokan paginya, sementara menunggu sarapan disediakan, kami meronda-ronda lah di kawasan resort. 

kawasan khemah. Lagi besar dari ini sebenarnya
ada khemah yang lagi besar dari khemah kami

Tempat makan ala2 restoran terapung
barisan toilet untuk glampers

semua toilet ada shower (hot), ada sabun dan syampu 
parking yang luas... dan hanya ada kami huhu

  
surau yang cantik. kami solat dalam khemah saja
 Dah habis pusing2, waktu sarapan pun tiba... makan di tempat makan yg disediakan


budak kelaparan dan tak sabar nak menyelam

banyak betul dia serve

roti bakar pun ada

Memang puas hati kami makan pagi tu. Harga sarapan sangatlah berbaloi RM15/dewasa, RM10/kanak2. Dah termasuk dalam harga pakej B yang kami pilih.

Dah habis makan, sambung mandi sampai lah hampir pukul 12. Kemudian kami pun check out dan terus balik ke Shah Alam. Di masa akan datang insyaAllah akan repeat lagi percutian ke Janda Baik ni. Tapi nak try resort2 lain pula. Kalau musim buah lagi best lah kan...

Okay, itu sahaja perkongsian saya setakat ini. Terima kasih sudi baca












Sunday, July 15, 2018

Travel: Chalet Mamapapa, Janda Baik

Assalamualaikum wbt..
Tarikh Check in: 6 Julai 2018 (Jumaat), 1 malam
FB: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/

Percutian kali ini saja nak merasa chalet ditepi sungai. Kami pun tak pernah pergi ke Janda Baik (JB), so marilah ke sana..

Kalau google pasal resort di JB ni, sangatlah banyak. Tapi disebabkan kami memang nak yang buka2 pintu je terus sungai, chalet mamapapa lah yang menepati ciri2 tu.

Jenis Bilik: Bilik Keluarga 4
Bilangan katil: 4 super single
Harga/malam: RM300 + RM100 deposit
kemudahan lain:
- sarapan untuk 3 orang. so saya tambah lagi 2 sarapan utk kanak2 RM6/budak. 
- tv. tp tak tahulah berapa channel boleh buka sbb kami hanya jumpa remote masa check out. so kami tengok tv1 je masa bermalam.
- cerek. dia bagi masa check in
- towel 2 helai. saya rasa patut bagi 4 sebab 4 katil.
- cawan/mug 1
- air mineral 2 botol

Bilik-bilik lain seperti di bawah ni
pilih pilih....

Kami pilih bilik tu sebab tingkat bawah. Bilik kami no 10, paling hujung jika dikira dari parking. Belakang bilik memang menhadap sungai, tapi tak boleh terjun terus dari bilik hehe.

Ini baru lepas parking. Kena jalan sikit nak ke bilik kami

Jom tengok bilik kami.


4 katil single. pintu yang kelihatan tu adalah pintu belakang, terus ke sungai.
Ini pula pandangan dari pintu belakang bilik. Abaikan kecomotan anakku balik dari jamuan raya sekolah

toilet ada hot shower. sabun tak disediakan
ni pula kalau saya berdiri di depan toilet. ada tv, almari, aircond

Jom tengok sungai pulak.

tu suami saya berada betul2 di depan pintu belakang bilik kami. Anak2 saya yang sedang bermandi-mandi di dalam sungai ni. Area ni cetek sikit.
sungai yang cetek tadi ni jauh lagi boleh explore. tapi idok le kami nak explore
Apa lagi aktiviti kami di sini ya? haha.. makan, tidur, mandi.... hehe.

Malam yang kami check in tu, kami keluar makan lepas maghrib. Sini maghrib ada nyamuk sikit ya. Tapi sekejap saja, lepas tu hilang lah. 

Kami redah je cari kedai makan. Dapat lah makan tomyam seafood dan sup tulang di malam hari. Harga pun murah dan sedap.
menu kedai che' seafood
Lepas dinner, kami tak sambung mandi sungai. takde orang mandi pun... jadi tidur sajalah.

Keesokannya, sementara nak tunggu waktu sarapan (8.30 pagi uolssss), sempatlah budak2 ni terjun sedas dua. Lepas tu nak sarapan, dah kena salin baju kering balik. Sebab tengok tempat makan tu proper je, takkan nak redah dengan baju basah.

senarai makanan. nasi goreng, bihun goreng, maggi goreng, sosej, kek pisang, roti bakar. air ada teh o dan nescafe

Kalau ada masa dan anak-anak dah besar, bolehlah cuba ATV sebab ATV ni untuk 16 tahun ke atas sahaja.

pakej ATV


baca syarat dulu sebelum naik
anak-anak saya mampu tengok jelah. tak cukup saiz nak naik ATV

Lepas sarapan kami sambung mandi sikit lagi, dan check out pada 12pm. Jangan lupa ambik duit deposit RM100 tu semula. Sebenarnya kami tak terus balik, kami berpindah ke next resort. Resort manakah???? tunggu next entry insya Allah.

Terima kasih sudi baca.