Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, June 24, 2016

Share: Rawatan Gigi HTAR

Assalamualaikum wbt...

Kalau diikutkan hati, tak suka nak share pasal rawatan gigi anak2 ni. Sebab nampak sangat kurang rajin pemalas jaga gigi huhu... Lama simpan dalam draft ni. Kali ini kugagahi jua.

Punca masalah gigi
Rawatan gigi ni ketiga2 anak saya buat. 
Anak sulong: 7 tahun -  geraham belakang sekali (atas) kedua2nya memang berlubang tahap tak dapat diselamatkan lagi. 1 lagi, dia ada gigi tambahan. Kanak2 lain ada 20 gigi, dia ada 21. Gigi tambahan tu di depan, dan gigi menyebabkan gigi kapak dia keluar senget sikit.
Anak kembar: 6 tahun - gigi rapuh dan pecah

Anak sulong tu kes gosok gigi tak kena geraham la tu. Saya memang tak nampak condition gigi dia sebab belakang sangat. Kena pakai cermin untuk cek gigi tu baru nampak. Dah banyak kali dentist (pelajar dentistry) tampal, tapi asyikla tercabut. Sebab dah teruk sangat.

Yang kembar ni pulak, dari umur 1 tahun gigi kapak dah start pecah. Masa tu tanya paed (sapa suruh tak tanya dentist kan...), paed kata normal la tu gigi budak jadi macam tu. Makin lama makin teruk pecahnya, geraham semua pecah2.

Apa2 pun memang salah saya pun, lambat bawa anak2 jumpa dentist. Sepatutnya bila bayi dah tumbuh gigi, kena bawa jumpa dentist dah. Akhirnya bila si kembar ni dah 4 tahun, barula saya bawa ke dentist. Dentist UiTM saja, free maaaa... hehe. 

Gigi Rapuh
Bila Dr tengok, dia kata budak2 ni ada masalah enamel. Gigi diorang rapuh. Selain faktor tidur menggonggong botol, gigi diorang senang sangat pecah. Maybe ada kaitan dengan kelahiran pramatang diorang, sebab pembentukan gigi terganggu. Ni Dr kata ye, bukan personal opinion saya. Kisah kelahiran diorang ni saya share di sini. 

Disebabkan banyak gigi yang rosak, Dr cadangkan buat dalam keadaan diorang tidur (or pengsan?). General Anesthetic. Tapi di klinik UiTM tak ada kemudahan untuk GA, so kena pergi hospital. Saya pilih hospital, diorang akan buat surat. Saya pilih HTAR Klang sebab itu yg paling dekat. Masa tu hosp shah alam belum buka lagi. 

Proses di HTAR
Saya bawa surat rujukan yang Dentist UiTM bagi ke HTAR, bahagian pergigian. Lepas Dr check diorang dan setuju untuk buat under GA, kena jumpa dengan pakar anesthetic (kalau tak silaplah ye). Dia akan check kesihatan diorang. Kena bawa buku rekod kesihatan diorang ye. Yang ada tulis jadual vaksin semua tu. Diorang kena 100% sihat sepanjang 2 minggu sebelum surgery.
Masa check kesihatan ni, ada problem sikit. Sebab sepanjang anak saya follow up di Hosp Putrajaya (HPJ) dulu, Dr tak tulis dalam buku rekod tu (kecuali vaksin). So Dr di HTAR tak dapat nak tengok adakah anak saya boleh undergo GA atau tak. Takut ada masalah paru2 dll. Selepas ni saya bercadang nak minta rekod kesihatan anak2 saya dari HPJ, kot2 nak guna lagi in future kan.
1 lagi masalah ialah si kembar selsema masa jumpa Dr harini, so kena tunggu diorang sihat untuk dapatkan tarikh surgery. Si kakak dapat dulu, 4 Nov 2015. Tarikh surgery si kembar 3 4 kali jugak berubah2 sebab outstation dll. Setiap kali berubah tarikh, kena sign consent letter yang baru ye. Tapi tak perlu jumpa pakar anesthetic dah.

Surgery Kakak 4 Nov 2015
Jadi, kakaklah yang akan cantik dulu hehe. Dinasihatkan setiap anak yang akan lalui surgery, ada 2 dewasa yang perlu teman di wad. Senang nak take turn.
Pukul7 pagi dah kena masuk wad, bawa consent letter. Tak perlu bermalam pun, pukul4 petang nanti check out hehe... daycare dia panggil.
Hari surgery tu ada 3 budak termasuk anak saya. Giliran disusun mengikut umur. Yang paling muda akan start dulu. Anak saya yang kedua. Diorang kena puasa mengikut giliran masing2. Anak saya kena puasa mulai jam 5 pagi, iaitu 6 jam sebelum surgery. Kalau giliran yang pertama, maybe kena puasa mulai 2 pagi. Macam tulah lebih kurang. So bising lah dok lapar.. lapar... haha.

Dalam pkl9, pakar anes akan datang cek kesihatan anak. Macam yang saya katakan tadi, diorang tak boleh demam, selsema, batuk. Sebab nanti diorang akan bernafas guna saluran khas, takut tersumbat. Alhamdulillah anak saya sihat. Tunggu punya tunggu... dalam pkl11 giliran anak saya sampai. Berdebar wehhhhhh....

tunggu giliran

ditolak ke wad. Sorryla bergegor gambor


Untuk kanak2 6 tahun dan ke bawah, diorang akan diberi gas tidur. Bila dah tidur baru Dr cucuk jarum di belakang tangan tu. So si kakak ni dah 7 tahun, sepatutnya cucuk jarum terus. Seriau jugak saya. Tapi disebabkan sejuk sangat, tak nampak urat tangan. Maka, kakak pun ditidurkan dengan gas tidur hehe...
Sepanjang ditolak ke dewan bedah, ibu/bapa (seorang saja) boleh temankan. Kena tunggu sampai dia tidur, then kena keluar. Dr suruh cium anak sebelum keluar. Sedih baq ang... buat gigi je pun rasa macam kena bersalin haha. Proses lebih sejam, tapi tak sampai 2 jam. So masa yang ada tu, bolehla pergi makan dll. Tunggu di wad pun boleh. Dah siap nanti Dr akan call ambil anak. Memang tak nampak pun proses yang dibuat. Oh, kena pastikan anak kencing siap2 sebelum surgery.


dah siap
Gambar di atas ni, dah siap surgery. Tapi belum boleh masuk ke wad mula2 tadi. Dia panggil recovery. Dalam 30min - 1 jam jugakla duduk sini. Tunggu anak terjaga sendiri. Dr akan datang tengok dia sakit atau tak, atau ada bleeding. Lepas semua dah ok, baru anak akan ditolak ke wad tadi. Dalam pukul1.30 kot siap kakak ni. Maka bermula lah drama si Drama Queen ni.

gigi si kakak yang terlebih 1 tu.
Dalam wad, parents kena main peranan lebih. Anak saya ni pulak memang drama Queen, bikin gempak 1 wad saja. Dia punyala menangis masyaAllah.... jenuh dipujuk. Rupa2nya dia menangis sebab tak dapat rasa bibir/lidah. Ubat kebas tak habis lagi. So dia makan pun tak rasa apa. Ingatkan sakit.. hmm...

si drama queen
Disebabkan diorang lama puasa, nak bagi makan tu kena berperingkat. Mula2 bagi air sejuk dulu, ini hospital bekalkan. Dah nampak anak ok, tak muntah, baru bagi air milo. Saya rasa nurse suggest air soya kot, lupa pulak. Air ni atas inisiatif parents, ada je dijual di kedai bawah wad  ni. Anak saya 2 kotak dibantainya. Lepas tu boleh bagi aiskrim dan bubur nasik. Nasik dan aiskrim ni hosp sediakan.
Dekat2 pukul4 Dr akan datang untuk check lagi dan bagi tarikh appointment untuk followup. Ada 3 kali follow up.
Si kakak ni tadi nangis  bukan main lagi. Tapi balik rumah menjaja cerita experience dia kat si kembar. Sebab next giliran si kembar pulak.

Surgery Kembar 16 Dis 2015
Kali ni saya dan suami lebih bersedia. Dah expert kata omputih hehe. Nurse2 kat sini sangat peramah dan helpful. Pandai layan budak2.

dah check in. Mengebat ko ye dik...
Kali ni giliran anak saya kedua dan ketiga.

main2 dulu sebelum surgery
Waktu untuk surgery lebih kurang macam ni:
Orang pertama: 9 - 11am
Orang kedua: 11 - 1pm
Orang ketiga: 1 - 3pm
Orang yang ketiga kesian sikit sebab tak sempat sedar sepenuhnya dah kena checkout pkl4. Anak saya lah tu. Proses semua sama je macam kakak dia. Cuma kali ni kami tak banyak masa berehat sebab 2 orang berturut2.

Yusuff lepas surgery, dah berada di wad

Umaar
Si kembar ni tak ada drama macam kakak dia. Tapi Umaar tu lama jugak nak hilang kesan ubat dia. Makan minum pun taknak sebab nak tidur. Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk ketiga2 anak saya. Terima kasih pihak HTAR, bahagian pergigian paediatrik khususnya.


tadaaa... dah hensem
Gambar atas ni saya tunjuk gigi depan saja. Tapi di geraham diorang ada yang dicabut, dan ada yang disalut dengan besi (tak tahu nama benda tu huhu).

macam biasalah, kena bg reward

Sampai sekarang masih follow up gigi diorang. Sebab jarak antara tarikh follow up tu agak jauh. Si kakak pulak dah buka kes baru, iaitu gigi kekal dia tumbuh tak rata. So panjang lagilah jodoh dia dengan HTAR ni hehe... Saya sangat berterima kasih dengan kerjasama semua pihak especially Dr dan nurse di klinik gigi paed ni. Concern sungguh diorang dengan gigi anak2 ni.
Kos untuk setiap anak masa surgery ni ialah RM51.50. Murah kan? Saya free sebab guna GL. Follow up semua maybe lain lah harga, tapi masih murah, dan saya masih free. ALhamdulillah....

Kesimpulannya saya sangat cadangkan rawatan gigi di HTAR ni. Hosp Shah Alam pun dah beroperasi. Maybe dah ada jugak service ni.

Terima kasih sudi baca. Harap entry ini membantu. Jagalah gigi anak2 kita...dan gigi kita jugak huhu











Tuesday, August 25, 2015

Share: BSP part 2

Assalamualaikum wbt...
Di entry sebelum ni saya ada ceritakan perjalanan BSP saya. Ini semua gara-gara tak tahan godaan air manis di bulan puasa. Maka bacaan gula pun tak tahan la naiknya huhu...

Entry tu ditulis lebih sebulan lepas. Sekarang Alhamdulillah dah selamat melahirkan. Memang saya saja lambat publish sebab nak completekan perjalanan semasa mengandung tu dulu.

Okay, so last BSP saya diambil ialah pada 13/7/2015. Antara semua bacaan BSP, yang kali ini lah paling cantik. Semua bacaan berada di paras normal. Selalunya BSP ni akan direview keesokannya di klinik kesihatan tempat saya ambil bacaan tu. Tapi kali ni akan direview di Hosp Putrajaya (HPJ). 

Kenapa HPJ? - akan dikongsi kemudian ye. Tak ada kaitan dengan BSP pun.

So 14/7/2015 saya ke HPJ pagi2 untuk appointment dan review BSP. Since BSP saya bulan puasa, saya ambil 3 bacaan saja: lepas sahur, petang sebelum berbuka, lepas berbuka. Ini bukan saya suka2 tentukan masanya. Memang Dr KK yang suruh buat macam tu.

Alkisahnya bila sampai pada Dr pakar di HPJ, dia kata salah cara ambil bacaan2 tu. Dia suruh ambil 7 kali. So Dr pun keluarkanlah chart yang 7 point tu. Dr setkan next BSP saya kena ambil 21/7/2015. TAPI.... disebabkan 17/7/2015 tu raya, maka adakah gula saya akan berada di paras normal? haha... Dr yg rawat saya ni pun pergilah consult dengan Dr lain. Kesimpulannya, tak payah la cek BSP dah. Saya akan dipaksa bersalin kui3... 

Sungguh lah tak stabil emosi saya masa ni. Kesimpulannya saya akan dibersalinkan pada 22/7/2015 iaitu 6 syawal. Masa Dr decide tu saya memang dah nak balik kampung beraya petang tu. So segala plan beraya akan disingkatkan haha. Sampai tarikh 22/7 tu bersalinlah saya.. Alhamdulillah...


selingan gambar hari discharge. Sepah wad mak nak oiiiii

Saya kena serah diri di HPJ pada 21/7. Bacaan BSP saya masih dipantau ye. 
21/7/2015 @4pm after lunch: 4.9 mmol
21/7/2015 @11pm after dinner: 5.0 mmol
22/7/2015 @4.30am berpuasa: 4.8 mmol
Alhamdulillah semua bacaan ok. Risau jugak sebab makan banyak kuih raya. Masa dalam wad pun husband saya bungkuskan pretzel auntie anne's. 

Lepas saya dah selamat bersalin, gula saya dah tak dipantau (yeayyyy), giliran anak saya pula. Bacaan normal baby 2.8 - 4.1 mmol. 4 jam sekali Dr akan pantau. Ini sebab kalau ibu ada masalah gula tinggi, anak maybe terkena hypo. Anak saya terketar2 tangan dia tapi bacaan gula ok. So Dr conclude dia terketar2 sebab aircond ward sejuk sangat hehe...

Bacaan anak saya macam ni:
30 minit lepas lahir @12pm: 3.3 mmol
@4pm: 2.7 mmol
@6pm: 3.0 mmol
Keesokannya ada 2 lagi bacaan dan 3.0 mmol untuk kedua2. Dr suruh susukan banyak2 je untuk make sure gula dia ok. 

ALhamdulillah selesai kes gula saya ni. Syukur sangat tak ada apa2 yang tak elok berlaku. Kalau tak, saya akan rasa bersalah kat anak sepanjang hayat lah. Sebab gula naik tu salah saya, tak jaga diet hehe...

Ok, setakat ini saja sharing saya untuk kali ni. Ada 1 hutang entry pasal kenapa saya kena check up di HPJ. Next ye.

Terima kasih sudi baca.

Monday, August 24, 2015

Share: BPS dan MGTT

Assalamualaikum wbt...

Entry ni saya draf dah lama, dari usia kandungan 34 minggu. Bukan apa, saya nak completekan dulu semua proses sampailah bersalin, barula dapat share dengan sepenuhnya.

Ini adalah third pregnancy saya. Dua sebelum ni ALhamdulillah tak ada masalah dengan MGTT. Tapi kali ni ternaik pula bacaan gula. Ini semua salah sendiri sebab buat MGTT di bulan puasa, lepas tu berbuka minum air tembikai bergelas2. Esok tu buat MGTT memang terbaik la bacaan gula.... huhu. Since bacaan MGTT tak normal, kenala buat BSP pulak.

MGTT: Modified Glucose Tolerance Test
BSP: Blood Sugar Profile

Bahaya kalau gula tinggi dalam badan. Dahla kena paksa bersalin kalau overdue sebab takut baby oversize. Ibu pulak perlu disuntik insulin. Nanti baby dah lahir, Dr akan test baby pulak. Ngeri wehhhh....


saya takut jarum..... (source)

MGTT
MGTT ni memang saya kena buat setiap kali mengandung sebab berat badan berlebihan (BMI). Memang time mengandung ni la makan sesuka hati. Takde maknanya nak diet. Standard procedure di klinik kesihatan (KK) kena buat 2x MGGT. 
Malam sebelum ujian tu kena puasa dari pukul 10 malam sampai lah 8 pagi esoknya. Pukul 8 pagi tu pulak dimulakan dengan minum air gula di KK.
Darah akan diambil 2x, sebelum minum air gula (8am) dan selepas minum air gula (10am).
Saya tak pasti bacaan standard untuk MGTT. Maybe,
puasa: 5.3
tak puasa: 6.7
MGTT kali kedua saya, puasa: 5.6, tak puasa (lepas minum air gula): 10.7. Ini semua salah jus tembikai huhu....
Maka bermula lah perjalanan BSP saya pula

BSP
Kalau MGTT darah akan di ambil di pelipat tangan.BSP pula darah hujung jari sahaja. Tapi BSP ni kena test 3 atau 4 kali sehari.
BSP saya kena bulan puasa, so 3x sehari:
bacaan 1: 8 am - dikira selepas makan. Bacaan normal: 6.7
bacaan 2: 4 pm - dikira puasa. Bacaan normal: 5.3
bacaan 3: 9.30 pm - dikira selepas makan: Bacaan normal: 6.7


result BSP ku


Round 1 BSP: 23/6/2015
Pemakanan saya macam ni:
22/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan kedondong asam boi bergelas2.
23/6/2015 (sahur, 5am): Nasi berlauk
23/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan kedondong asam boi bergelas2.


Resultnya:
bacaan 1: 5.3 mmol
bacaan 2: 4.7 mmol
bacaan 3: 10.2 mmol!!!!!

Dua bacaan pertama tu 5.3 dan 4.7, ok la tu. Rasa bangga sikit sebab minum air manis tapi bacaan ok. Yela, gap pun lama dari waktu berbuka (7.30pm) sampai esok pagi tu (8am).
Tapi disebabkan 23/6/2015 tu saya dirasuk syaiton. Minum lagi kedondong asam boi sampai 3 mug hoiiii!!! Tak sedar diri nak kena ambil darah dalam masa 1-2 jam lagi. Maka bacaan ketiga tu kantoi. Uwaaaaaaa

Esoknya 24/6/2015 jumpa Dr untuk review result. Bacaan ketiga yang kantoi tu diambil pukul 9 mlm. Dr kata tak valid sebab tak sampai 2 jam lepas makan. Kena repeat la seminggu kemudian.
Lepas jumpa Dr tu, kena ambil darah di pelipat tangan lagi. Dr kata  nak tengok dengan lebih detail kandungan gula dalam darah dan juga kondisi buah pinggang. Risau dah masa ni sebab sahur tu minum segelas air teh manis. Uwwaaaaa lagi.... Resultnya next appointment 1/7/2015.

Round 2 BSP: 30/6/2015
Pemakanan saya macam ni:
29/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan air manis 1-2 gelas. Sebelum tidur lemon suam bermadu. Durian 5-6 ulas.
30/6/2015 (sahur, 5am): Nasi berlauk sikit. Air lemon suam bermadu,
30/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk (kari daging dan masak lemak rebung). Bihun goreng 4-5 suap. Air masak semata2.


Resultnya:
bacaan 1: 5.0 mmol
bacaan 2: 4.3 mmol
bacaan 3: 6.9 mmol

Aduh, tak minum air manis pun 6.9 jugak. Atas pagar kata si budak makmal tu. Haruslah berdebar nak jumpa Dr keesokannya. Tapi tak berapa insaf sbb balik buat ujian tu makan durian lagi berulas2.

Round kedua ni diuji dengan kehadiran durian hehe. Bapa mertua hantar durian dekat 30 biji!!! Naik gila aku menengoknya. Tapi atas kesedaran sivik, edarkan pada jiran2 banyak jugak, Sila sedar diri yang awak tu akan diuji gulanya lagi.
Ujian pada hari selasa. Ahad sebelum tu berbuka makan pulut durian, lebih kurang 10-15 ulas gitu. Lepas tu sibuk google cara nak turunkan gula haha. 
Apa yang saya buat, saya minum air suam yang diletakkan sehiris lemon (tak perah ye). Campur juga sesudu madu asli. 

Esoknya jumpa Dr 1/7/2015. Of course result lepas berbuka tu tak memuaskan hati sebab sepatutnya less than 6.7. Dr kata kalau 2 round kantoi kena refer hospital. Terngiang2 perkataan INSULIN di kepala ni... adoyyaiiii. Makanya kena repeat lagi 6/7/2015 untuk round 3. Masa appointment ni lupa nak tanya result darah yg detail tu. Next appointment la nampaknya.

Round 3 BSP: 6/7/2015
5/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi bariyani kambing dan air manis 2-3 gelas. Sebelum tidur lemon suam bermadu.
6/7/2015 (sahur, 5am): Nasi putih + ayam masak merah. Air lemon suam bermadu,
6/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi beras perang, brokoli, udang masak green curry


Resultnya:
bacaan 1: 7.0 mmol
bacaan 2:  4.7 mmol
bacaan 3:  5.3 mmol

Hmmm... pagi2 buta dah kantoi bacaan. Lemah rasa nak teruskan tugasan harian huhu. Macam mana la boleh terlajak sampai 7.0 tu. Maybe sebab weekend tu mak datang rumah. So pelbagai air dan kuih manis la dia borong di bazar. Saya pulak tak kuat iman + yakin diri huhu... Malam sebelum test tu pun tak banyak sangat minum air masak. So padanlah mukaku...

Tapi alhamdulillah bacaan kedua dah turun ke paras normal untuk berpuasa 4.7. So masa berbuka tu kena makan seciput saja. Tabahlah. Saya makan nasi beras perang tu sesenduk saja. Sebelum makan nasi, makan dulu brokoli banyak2. Hasilnya alhamdulillah 5.3 saja bacaan gula. Tapi perut lapar la haiiiii... balik cek gula haruslah makan sepinggan lagi hehe.

Mengikut bacaan/rujukan saya, beras putih cepat tukar jadi gula. Sebab tu cepat je naik gula lepas makan. So makanlah beras perang. Lagi satu, makan sayur hijau dulu baru makan nasik. Sebab nak bagi sayur2 ni menyerap gula (kot...). Alhamdulillah berjaya la eksperimen saya kali ni.

Keesokannya jumpa Dr untuk review 7/7/2015. Dahla 8th anniversary ni huhu. Gelisah la sikit sebab setiap round BSP mesti ada 1 kantoi. Risau Dr suruh refer hospital. Tapi Dr tak suruh pun. Cuma repeat BSP sekali lagi 13/7/2015. Dan untuk review nanti kat hospital Putrajaya terus. Kebetulan ada appointment kat sana untuk cek perut.

Sesi review  ni jugak saya tanya Dr result darah saya untuk cek buah pinggang dan % gula dalam darah. Alhamdulillah buah pinggang normal dan gula pun normal 5.3%. Lupa pulak nak tanya range yang dikira normal tu berapa. Result ni ada je Dr sebelum ni tulis dalam buku. Tp apakan daya, buta medik hehe... tak perasan pun.

Round 4 BSP: 13/7/2015
12/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi beras perang, ayam rendang, air bandung soda cincau
13/7/2015 (sahur, 5am): Nasi beras perang, telur masak lemak
13/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Tak ingat!!!

Resultnya:
bacaan 1: 5.5 mmol
bacaan 2:   4.3 mmol
bacaan 3:   5.2 mmol

Beras perang tu saya makan masa hari nak kena cek BSP saja hehe... Hari2 lain beras putih biasa. Berdebar2 nak cek pagi tu pukul 8. Pukul 4 tu selalunya ok je bacaan sbb puasa kan. Lately ni lemon suam pun tak ambil. Sbb rasa macam sama je bacaan huhu. So result hari ni akan direview pada esoknya 14/7/2015. Kali ni akan direview di Hospital Putrajaya. Sebabnya akan dicerita kemudian. Saya memang happy dengan result ni sebab first time ketiga2 bacaan cantekkkk...

TAPI... TAPI... TAPI... sesuatu tidak kuduga telah berlaku. Ceng3... Maka bersambunglah di next entry ye.... hehe








Saturday, August 3, 2013

Share: Pengalaman Anak Kembar - Part 4

Assalamualaikum wbt...
Post ni saya nak share pengalaman saya sendiri menghadapi situasi bersalinkan anak kembar tak cukup bulan. Kalau saya tak silap, cukup bulan tu dikira kalau bayi dah 37minggu ke atas. dalam kes saya bayi baru 33minggu.

1. Berat Anak
Mengikut pengetahuan saya, kalau berat baby atleast 2kg, insyaAllah tak ada masalah untuk pulang. Anak saya 2.2kg dan 1.8kg. Lepas tu badan baby akan mengecut. Anak saya mengecut ke 1.8kg dan 1.6kg kot.. lupa la pulak. Tp kena tahan di NICU dulu.

2. Keadaan Anak
Alhamdulillah anak saya sempurna fizikalnya. Saya risau sebab kes kaki dah terkeluar masa nak bersalin sebelum tu. kot2 anak lemas ke apa kan.. "kaki" tu milik yg 1st twin. Dia ok je. Yg 2nd twin kurang oksigen sikit. Dr letakkan tiub depan lubang hidung. Maknanya tiub tu tak cucuk masuk dalam hidung la. untuk bekalkan lebih oksigen untuk baby. 2nd twin ni panjang sikit ceritanya.....

1st twin tu dalam seminggu dah boleh bawa balik. Tinggalla 2nd twin je dalam NICU tu, tunggu berat sampai 1.8kg baru boleh balik. Rasa2 nya kalau baby NICU dia turunkan had berat kot. bila keluar perut limit dia 2kg untuk bawa balik.

3. Jaundice
Ini memang dah dijangka. sbb anak sulong saya jaundice sampai 42 hari. saya habis pantang dalam wad je. tp anak sulong tu kes lain sebab saya banyak sangat makan lada hitam, so panas tu pergi ke anak.
untuk twin ni saya tak sentuh langsung lada hitam lepas bersalin. tapi saya dan husband dua2 darah jenis O. so pernah terbaca kalau darah O, senang kena jaundice. Ada kes orang lain, sampai kena baby kena tukar darah sebab tak serasi mak dan anak. Kes saya ni dikira ringan la, alhamduliLlah....

1st twin kat rumah masa ni, 2nd twin dalam NICU. tapi dua2 kena jaundice. Dr tanyala kot2 saya makan jamu. Tp saya mmg tak makan pun. Kalau termakan, pastikan cepat2 pergi buang air besar ye... masa anak sulong tu jd melarat jaundice sebab saya tak buang air besar 2minggu rasanya. Dipendekkan cerita, 1st twin pun masuk NICU balik....

4. NICU
Dalam NICU Hosp Putrajaya ni ada bilik untuk ibu2 bermalam. Saya stay dalam 3-4 hari sebab jaga 1st twin. 1st twin duduk dalam inkubator dalam bilik saya, 2nd twin duduk dengan baby2 lain. tp bilik saya tu dalam bilik NICU jugak. so saya selalu jugak jenguk2 2nd twin.

5. Kuman
Kisah 1st twin habis setakat jaundice je. yg 2nd twin ni kena kuman pulak... tp tak ingatla kuman yg maca mana. Dr tak bagi kami sentuh2 baby sangat. Walaupun setiap kali sebelum sentuh kami pakai sanitizer, tetap jugak kena. Sedih la masa ni sebab baby dipuasakan (tak boleh minum susu) dalam 5 hari kot. Dr ada ambil darah saya untuk cek kot2 darah tak serasi. Result ok je.

Walaupun tak minum susu, Dr still masukkan vitamin dalam badan baby. Baby tak pandai minum lagi. Kalau dia lapar, dia hisap2 tiub yg Dr memang letak dalam mulut dia. sedihnya bila teringat balik. Masa Dr ambil darah saya tu, baby saya nangis2. Lapar kot. Mak mana boleh tahan air mata dengar anak nangis lapar. Banjir la sekejap wad tu dengan air mata saya.

anak2 umi dah besar

6. Kurang darah
Drama 2nd twin ni bersambung lagi dengan kes tak cukup darah. kandungan darah dalam badan 2nd twin kurang. so Dr ambil darah dari bank darah. Hairan jugak kenapa Dr tak ambil darah saya or husband je kan...  saya pun tak tanya sebab memang ingatkan dia nak ambil darah kami je. Rasa macam tak best pulak ada darah orang lain dalam badan anak. entah darah sapa2 la kan....

7. Anakku dibotakkan!!
Hehe. Terkejut saya bila sampai NICU tengok anak botak. Patutla cari anak tak jumpa. Ceritanya macam ni. Dr nak masukkan ubat dalam badan. Cari urat kat kaki tak jumpa. So nak try urat kat kepala. Tu yg dicukurnya budak tu. Tapi tak jumpa jugak urat.... last2 jumpa kat kaki jugak. terima kasih urat kepala sebab nyorok. kesian kalau tengok anak kena cucuk ubat ikut kepala.

8. Susu Badan dalam NICU
Dalam NICU ni ada fridge. bolehla na letak stok susu badan untuk anak. dinasihatkan letak dalam bekas kecik2. anak2 NICU ni minum tak banyak pun.. sekali minum dalam 5ml. lagi sikit pada tu pun ada. since 2nd twin ada masalah perut, Dr start sikit2.
Bekas kecik2 sebab Dr kena panaskan sebelum bagi kat anak. kalau kita letak 1 bekas 20ml, kena 4 kali panaskan la kan... 20ml=5ml X 4. so khasiat akan hilang.

Ini jelah kot perkara2 penting saya nak share pasal pengalaman saya bersalinkan anak kembar ni. harap2 info ni membantu..terima kasih sudi baca.

Monday, July 22, 2013

Share: Pengalaman Anak Kembar - Part 2

Assalamualaikum wbt...
Bersambung lagi tentang pengalaman saya membesarkan anak2 kembar ni. kembar dua je pun....

Peralatan
Kalau baju, beli je yg sama 2helai.
Stroller -  saya da 2 jenis stroller. mula2 pakai yang kedudukannya depan belakang. bila dah besar sikit pakai yg kiri kanan.

depan belakang. seat depan tu boleh turunkan habis. so boleh la kalau si kembar ni nak main sama2. most of the time, adik duduk belakang sebab dia kecik sikit. tapi dia suka pukul abang kat depan. isk3...

dah besar sikit, kami beli yg kiri kanan. ini brand McLaren. beli kat cash converter je. RM699 kot. sekarang tayar dah kiok sebab banyak sangat sangkut barang, berat hehe.


Walaupun si kembar ni dah nak masuk 4 tahun dan tak pakai stroller dah, kami still letak dalam troli supermarket. Sebabnya, si adik suka berlari. letih weh nak shopping.... Kalau nak gi mana2, kami make sure tempat tu ada troli dulu.

Peralatan dalan kereta
Hingga ke saat ni masih belum pakai MPV la. sedan saja. So baby seat dulu pun ada dua. tp tak ada gambar la pulak. 1 seat letak depan, satu letak belakang. kalau dua2 belakang, tersepit la umi...

masa baby, muat je letak dua2 dalam bakul. tapi masa tu below 3  months la. Dah besar sikit, kami letak tilam/toto je. bolehla nak meniarap ke, tidur ke...

dalam pantang lagi ni. kecik je si kembar ni. so boleh muat bakul.

still muat lagi ni.

letak tilam/toto. so boleh golek2 kan sayang.....

ni atas seat kelisa je. masa ni 3 tahun kot. boleh sebelah2, himpit2 hehehe.....

sekarang nak  masuk 4 tahun dah tak muat la tidur sebelah2 ni. suka main sepak terajang pun ada jugak budak2 ni. pantang tersentuh sikit... tapi dah besar ni banyak tidur duduk la.

Tahap Bonding
Anak2 saya kembar 1 uri. so orang kata la kan, bonding sangat kuat. Setakat hampir 4 tahun ni saya tak berapa nampak bonding tu. Entahla kan, mungkin saya yang tak perasan kot.
Sakit - Kalau sakit tak ada la serentak. Tapi berjangkit satu sama lain tu biasa la. Selsema serentak tu pun biasa la.
Saling merindui - kami tak pernah pisahkan lagi budak2 ni. masa 1 tahun+ selalu la tidur asing2 bilik bila balik kampung. si adik selalu tidur dgn maklong, abang tidur dgn opah. tak adala nangis ke apa ke.
Perangai - So far perangai tak sama la. adik garang sikit, abang banyak mengalah. mungkin nama adik UMAR, abang YUSUF kan... Bila main memang sama2 la. Tp bila terpukul lebih sikit, mulala bergaduh. adehla.........

sesi menconteng....

Saya belum cerita lagi pengalaman bersalin si kembar ni kan. InsyaAllah next post kot. Tak ada gambar untuk support post saya nanti. saya cuba2 google la supaya tak boring.
Terima kasih sudi membaca. Harap post ni membantu.


Tuesday, July 2, 2013

Share: Pengalaman Anak Kembar - Part 1

Assalamualaikum...
Saja nak share pengalaman mengandung, melahirkan dan menjaga anak kembar ni. Mana lah tahu boleh jadi panduan kepada ibu2 kembar di luar sana.

Anak kembar saya
Anak saya 3 orang saja. yang sulong perempuan, lahir 2008. yg kembar ni lahir 2009. sepatutnya bulan JANUARI 2010, tp terawal la pulak jadi bulan NOV 2009. so dari elok2 awal tahun, dah jadi akhir tahun.... kembar saya kembar seiras, lelaki. sekarang dah macam ultraman dah dua2. pening!
so, anak saya sekarang ni dah nak masuk 4 tahun lah nov 2013 ni. saya dah hantar tadika Genius Aulad sekali dengan kakaknya.
3 budak genius.. amin....


Macam mana tahu kembar?
Dalam keturunan saya memang ada kembar dari sebelah mak dan ayah saya. sebelah mak, sepupu saya kembar seiras lelaki. sebelah ayah saya pulak makcik dan pakcik saya kembar tak seiras. so agak kuat lah kot genetik kembar tu. so far saya saja yg ada kembar selain sepupu dan makcik pakcik tadi.
Masa detect pregnant 6 minggu, saya nak scan. tp Dr masa tu kata tak payah scan la, awal lagi. boleh? ikut suka lah nak scan kan, saya bayar kot..... so tak tahu la tu kembar. tapi selalula gurau2 dgn husb yg baby dlm perut ni kembar sbb perut mcm besar walaupun 3 bulan masa tu. mungkin jugak besar sbb kesan  bersalin anak 1st tahun 2008 tak habis lagi.

dalam minggu ke-13 baru la scan.... Dr letak je alat ultrasound tu, terus nampak ada 2 kepala. so rasa nak jerit sebab excited sangat!! Dr tengok baby dalam KANTUNG berlainan, so confirm bukan kembar siam. Alhamdulillah..... cuma 1 je masalah bila scan lambat, tak tahu 1 or 2 uri.

1 uri agak berisiko than 2 uri. untuk langkah2 keselamatan, Dr anggap je 1 uri. kalau scan awal2, bolehla tahu 1 or 2 uri. tp Dr yg dulu2 tu tak bagi scan awal kan......


Persediaan
Tak adalah persediaan apa sangat, tak tahu pun seiras or tak masa ni. Dr kata mungkin 1 boy, 1 girl. so tak lah percaya sangat kan... wait and see jela. cuma saya study sikit2 pasal CESAREAN. Anak yg sulong bersalin normal. yg kembar ni kita bersedia jelah kot2 kena cesar kan. baju2 pun beli sikit2 je.

Kelahiran Pra-matang
Si kembar ni dilahirkan pada minggu ke-33 secara cesarean. sebab pecah ketuban. mula2 Dr kata tak semestinya kena melahirkan walaupun dah pecah ketuban. tp bukaan serviks pun dah 10cm. so kenalah melahirkan jugak... kedudukan baby masa tu pun belum engaged, means kaki kat bawah. so kenala bedah... menarik cerita masa nak lahirkan kembar ni. apa2pun, kenalah kemas beg awal2 ye. letak baju mak, baju bakal baby dll since mengandung 6 bulan lagi. kalau terbersalin macam saya ni, semua tu dah ready..
lepas 1 bulan di NICU baru dapat balik rumah.... kenapa sorang botak??? nanti saya cerita ok...

pasal kelahiran anak2 kembar saya ni akan di share pada next entry ye.... mcm2 hal sikit sbb kena masuk NICU.
terima kasih sudi baca...

Saturday, August 11, 2012

Resepi: makanan anak yg ringkas

salam. sebagai ibu yg smart (malas sebenarnya...), kita mesti nak sediakan makanan anak2 yg ringkas, bkhasiat, dan anak2 suka. saya nak kongsi beberapa menu yg saya sediakan untuk anak2. tambah2 pula bila bulan puasa, memang tak larat nak masak macam2 lauk utk anak. cukuplah all-in-1 dish kan.


pasta yg digoreng dgn sos tomato dan sosej ayam


nasi yg dibentuk mjadi bunga, sayur brokoli, dan ayam sbg mulut




nasi yg digoreng dgn telur, sayur brokoli


roti gulung sosej, roti dgn cheese, roti dgn choc syrup, carrot


Pening sebenarnya nak cipta resepi, dan mhias makanan ni. tp gagahkan diri jua sbb nak bg anak2 bselera tgk makanan. 
semoga membantu!

Thursday, July 12, 2012

Tips: Menyusu Badan - Storage

Susu badan memang diketahui khasiatnya. Jadi bagaimana ibu2 yang busy bekerja dapat menyediakan stok susu yang cukup untuk anak2 tercinta kan.. 


1. simpan dalam freezer
ketahanan susu bergantung kepada jenis peti ais.
source:  http://kellymom.com/bf/pumpingmoms/milkstorage/milkstorage/ 
peti ais 1 pintu: 2 minggu
peti ais 2 pintu: 3 bulan
peti ais khas untuk sejukbeku: 6-12 bulan


2. label tarikh dan masa perah
ini supaya kita tahu susu masih elok atau belum. dan juga ambil susu yang "lama" dulu.
stok susu saya satu ketika dulu


3. simpan dalam bekas kecil2
setiap kali susu dipanaskan, khasiat akan berkurang.
so kalau susu disimpan dalam bekas besar, akan berlaku banyak kali pemanasan semula dan berkuranglah khasiat susu2 tu.


4. cara panaskan susu
a. sebelum hantar anak ke nursery esok pagi, malam tu dah pindahkan susu pada ruang bawah peti ais.  supaya susu tu sempat mencair esok
b. panaskan dengan cara merendam dalam bekas air panas. jangan panaskan atas api macam nak masak kari pulak ok. dalam microwave pun tak boleh.
letak air panas dalam bekas, then rendamlah bekas susu tu.
sebab tu la semalaman kita dah kena keluarkan dari freezer dan letakkan pada peti ais biasa supaya susu tu sempat cair.
untuk panaskan susu, saya selalu tuangkan ke dalam cawan besi supaya cepat sikit panas. siap bagi kertas step-by-step kat cikgu nursery tu. tapi itu semua 3 tahun lepas. anak2 dah besar sekarang.
memang seorang ibu akan rindukan saat anak-anaknya menyusu badan. ada 1 perasaan yang sangat mendamaikan, bahagia, dll KECUALI bila anak dah ada gigi!!!