Wednesday, April 12, 2017

Travel: Kuantan - Samsuria Beach Resort

Assalamualaikum wbt...

Kami di Kuantan di 3 malam, dan ketiga-tiga malam tu menginap di hotel yg berbeza. Penginapan ketiga ni kononnya nak dekat dengan pantai Cherating. Tapi akhirnya tak pergi pun pantai Cherating. hmmmm...

Kami menginap di Samsuria Beach Resort. dalam agoda pun ada. Tapi saya book terus dari website resort ni http://samsuriabeachresort.com/intro.htm. Mula2 ingatkan via web harga lagi murah. Rupa2nya harga di web tak termasuk GST. Bayar pula masa nak check in, teruskan jela membayarnya...... Total termasuk GST untuk 3 bedroom suit lebih kurang RM530.00.

sudah sampai
Jom tengok suite kami. Kami level 1. naik tangga boleh, lift pun boleh.


dapur. boleh memasak

ruang makan sebelah dapur

ruang tamu 

bilik 1: katil queen. view: pool

toilet bilik 1. ada bath tub

masih lagi bilik 1 hehe

view dari bilik 1

bilik 2: 2 katil single

bilik 3: 2 katil single

Bilik 2 dan 3 share bilik air. Bilik air tu tengah di antara dua bilik ni. Tapi tak ada bath tub ya.


bilik air 2: share antara bilik 2 dan 3
  
sebelah dapur. untuk sidai baju

Kelebihan resort ni, ada private beach. Swimming pool tu of course lah kan. Cuma ombak di private beach tu ganas sangat. So mampu kuis2 kaki jele..... haha.


ada tempat lepak berbumbung tepi pool 


tempat lepak yang dimaksudkan
dolphin jadian
Jom tengok ombak ganas hehe

i love beach

menanti ombak sambil menikmati twisties

tempat BBQ

view resort dari pantai
  
dipukul ombak gitu

aktiviti wajib di pantai haha



dah jom balik resort
   
 Resort ni juga ada sediakan beberapa aktiviti. Boleh tengok dalam gambar di bawah ni ye.




Ini pulak menu yang boleh diorder dari bilik.

  


 Tapi kami tak ambil pun room service. Malam tu kami keluar makan di kedai tepi jalan berhampiran. Ada lah beberapa kedai. 
kedai pilihan kami. tak nampak pulak signboard

kedai kami tepi caltex. kedai ini terjumpa saja, tak letak dalam list pun
 Seronok menginap di Samsuria ni. Sangat dicadangkan untuk family dengan anak kecil. Tapi pantai tu tak digalakkan lah kot, kuat betul ombak. Tak ramai pun yang mandi pantai masa saya pergi ni.

Oh 1 lagi, jalan keluar/masuk resort ni masa saya pergi berlubang teruk jugak. Malam masa kami nak keluar makan tu siap 1 jalan tutup sebab ada pokok tumbang. Nasib baik ada jalan lain. Sekitar resort ni pun banyak resort2 kecil/homestay yang lain.

Ini saja perkongsian saya kali ni. terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment