Tuesday, August 25, 2015

Share: BSP part 2

Assalamualaikum wbt...
Di entry sebelum ni saya ada ceritakan perjalanan BSP saya. Ini semua gara-gara tak tahan godaan air manis di bulan puasa. Maka bacaan gula pun tak tahan la naiknya huhu...

Entry tu ditulis lebih sebulan lepas. Sekarang Alhamdulillah dah selamat melahirkan. Memang saya saja lambat publish sebab nak completekan perjalanan semasa mengandung tu dulu.

Okay, so last BSP saya diambil ialah pada 13/7/2015. Antara semua bacaan BSP, yang kali ini lah paling cantik. Semua bacaan berada di paras normal. Selalunya BSP ni akan direview keesokannya di klinik kesihatan tempat saya ambil bacaan tu. Tapi kali ni akan direview di Hosp Putrajaya (HPJ). 

Kenapa HPJ? - akan dikongsi kemudian ye. Tak ada kaitan dengan BSP pun.

So 14/7/2015 saya ke HPJ pagi2 untuk appointment dan review BSP. Since BSP saya bulan puasa, saya ambil 3 bacaan saja: lepas sahur, petang sebelum berbuka, lepas berbuka. Ini bukan saya suka2 tentukan masanya. Memang Dr KK yang suruh buat macam tu.

Alkisahnya bila sampai pada Dr pakar di HPJ, dia kata salah cara ambil bacaan2 tu. Dia suruh ambil 7 kali. So Dr pun keluarkanlah chart yang 7 point tu. Dr setkan next BSP saya kena ambil 21/7/2015. TAPI.... disebabkan 17/7/2015 tu raya, maka adakah gula saya akan berada di paras normal? haha... Dr yg rawat saya ni pun pergilah consult dengan Dr lain. Kesimpulannya, tak payah la cek BSP dah. Saya akan dipaksa bersalin kui3... 

Sungguh lah tak stabil emosi saya masa ni. Kesimpulannya saya akan dibersalinkan pada 22/7/2015 iaitu 6 syawal. Masa Dr decide tu saya memang dah nak balik kampung beraya petang tu. So segala plan beraya akan disingkatkan haha. Sampai tarikh 22/7 tu bersalinlah saya.. Alhamdulillah...


selingan gambar hari discharge. Sepah wad mak nak oiiiii

Saya kena serah diri di HPJ pada 21/7. Bacaan BSP saya masih dipantau ye. 
21/7/2015 @4pm after lunch: 4.9 mmol
21/7/2015 @11pm after dinner: 5.0 mmol
22/7/2015 @4.30am berpuasa: 4.8 mmol
Alhamdulillah semua bacaan ok. Risau jugak sebab makan banyak kuih raya. Masa dalam wad pun husband saya bungkuskan pretzel auntie anne's. 

Lepas saya dah selamat bersalin, gula saya dah tak dipantau (yeayyyy), giliran anak saya pula. Bacaan normal baby 2.8 - 4.1 mmol. 4 jam sekali Dr akan pantau. Ini sebab kalau ibu ada masalah gula tinggi, anak maybe terkena hypo. Anak saya terketar2 tangan dia tapi bacaan gula ok. So Dr conclude dia terketar2 sebab aircond ward sejuk sangat hehe...

Bacaan anak saya macam ni:
30 minit lepas lahir @12pm: 3.3 mmol
@4pm: 2.7 mmol
@6pm: 3.0 mmol
Keesokannya ada 2 lagi bacaan dan 3.0 mmol untuk kedua2. Dr suruh susukan banyak2 je untuk make sure gula dia ok. 

ALhamdulillah selesai kes gula saya ni. Syukur sangat tak ada apa2 yang tak elok berlaku. Kalau tak, saya akan rasa bersalah kat anak sepanjang hayat lah. Sebab gula naik tu salah saya, tak jaga diet hehe...

Ok, setakat ini saja sharing saya untuk kali ni. Ada 1 hutang entry pasal kenapa saya kena check up di HPJ. Next ye.

Terima kasih sudi baca.

Monday, August 24, 2015

Share: BPS dan MGTT

Assalamualaikum wbt...

Entry ni saya draf dah lama, dari usia kandungan 34 minggu. Bukan apa, saya nak completekan dulu semua proses sampailah bersalin, barula dapat share dengan sepenuhnya.

Ini adalah third pregnancy saya. Dua sebelum ni ALhamdulillah tak ada masalah dengan MGTT. Tapi kali ni ternaik pula bacaan gula. Ini semua salah sendiri sebab buat MGTT di bulan puasa, lepas tu berbuka minum air tembikai bergelas2. Esok tu buat MGTT memang terbaik la bacaan gula.... huhu. Since bacaan MGTT tak normal, kenala buat BSP pulak.

MGTT: Modified Glucose Tolerance Test
BSP: Blood Sugar Profile

Bahaya kalau gula tinggi dalam badan. Dahla kena paksa bersalin kalau overdue sebab takut baby oversize. Ibu pulak perlu disuntik insulin. Nanti baby dah lahir, Dr akan test baby pulak. Ngeri wehhhh....


saya takut jarum..... (source)

MGTT
MGTT ni memang saya kena buat setiap kali mengandung sebab berat badan berlebihan (BMI). Memang time mengandung ni la makan sesuka hati. Takde maknanya nak diet. Standard procedure di klinik kesihatan (KK) kena buat 2x MGGT. 
Malam sebelum ujian tu kena puasa dari pukul 10 malam sampai lah 8 pagi esoknya. Pukul 8 pagi tu pulak dimulakan dengan minum air gula di KK.
Darah akan diambil 2x, sebelum minum air gula (8am) dan selepas minum air gula (10am).
Saya tak pasti bacaan standard untuk MGTT. Maybe,
puasa: 5.3
tak puasa: 6.7
MGTT kali kedua saya, puasa: 5.6, tak puasa (lepas minum air gula): 10.7. Ini semua salah jus tembikai huhu....
Maka bermula lah perjalanan BSP saya pula

BSP
Kalau MGTT darah akan di ambil di pelipat tangan.BSP pula darah hujung jari sahaja. Tapi BSP ni kena test 3 atau 4 kali sehari.
BSP saya kena bulan puasa, so 3x sehari:
bacaan 1: 8 am - dikira selepas makan. Bacaan normal: 6.7
bacaan 2: 4 pm - dikira puasa. Bacaan normal: 5.3
bacaan 3: 9.30 pm - dikira selepas makan: Bacaan normal: 6.7


result BSP ku


Round 1 BSP: 23/6/2015
Pemakanan saya macam ni:
22/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan kedondong asam boi bergelas2.
23/6/2015 (sahur, 5am): Nasi berlauk
23/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan kedondong asam boi bergelas2.


Resultnya:
bacaan 1: 5.3 mmol
bacaan 2: 4.7 mmol
bacaan 3: 10.2 mmol!!!!!

Dua bacaan pertama tu 5.3 dan 4.7, ok la tu. Rasa bangga sikit sebab minum air manis tapi bacaan ok. Yela, gap pun lama dari waktu berbuka (7.30pm) sampai esok pagi tu (8am).
Tapi disebabkan 23/6/2015 tu saya dirasuk syaiton. Minum lagi kedondong asam boi sampai 3 mug hoiiii!!! Tak sedar diri nak kena ambil darah dalam masa 1-2 jam lagi. Maka bacaan ketiga tu kantoi. Uwaaaaaaa

Esoknya 24/6/2015 jumpa Dr untuk review result. Bacaan ketiga yang kantoi tu diambil pukul 9 mlm. Dr kata tak valid sebab tak sampai 2 jam lepas makan. Kena repeat la seminggu kemudian.
Lepas jumpa Dr tu, kena ambil darah di pelipat tangan lagi. Dr kata  nak tengok dengan lebih detail kandungan gula dalam darah dan juga kondisi buah pinggang. Risau dah masa ni sebab sahur tu minum segelas air teh manis. Uwwaaaaa lagi.... Resultnya next appointment 1/7/2015.

Round 2 BSP: 30/6/2015
Pemakanan saya macam ni:
29/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk dan air manis 1-2 gelas. Sebelum tidur lemon suam bermadu. Durian 5-6 ulas.
30/6/2015 (sahur, 5am): Nasi berlauk sikit. Air lemon suam bermadu,
30/6/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi berlauk (kari daging dan masak lemak rebung). Bihun goreng 4-5 suap. Air masak semata2.


Resultnya:
bacaan 1: 5.0 mmol
bacaan 2: 4.3 mmol
bacaan 3: 6.9 mmol

Aduh, tak minum air manis pun 6.9 jugak. Atas pagar kata si budak makmal tu. Haruslah berdebar nak jumpa Dr keesokannya. Tapi tak berapa insaf sbb balik buat ujian tu makan durian lagi berulas2.

Round kedua ni diuji dengan kehadiran durian hehe. Bapa mertua hantar durian dekat 30 biji!!! Naik gila aku menengoknya. Tapi atas kesedaran sivik, edarkan pada jiran2 banyak jugak, Sila sedar diri yang awak tu akan diuji gulanya lagi.
Ujian pada hari selasa. Ahad sebelum tu berbuka makan pulut durian, lebih kurang 10-15 ulas gitu. Lepas tu sibuk google cara nak turunkan gula haha. 
Apa yang saya buat, saya minum air suam yang diletakkan sehiris lemon (tak perah ye). Campur juga sesudu madu asli. 

Esoknya jumpa Dr 1/7/2015. Of course result lepas berbuka tu tak memuaskan hati sebab sepatutnya less than 6.7. Dr kata kalau 2 round kantoi kena refer hospital. Terngiang2 perkataan INSULIN di kepala ni... adoyyaiiii. Makanya kena repeat lagi 6/7/2015 untuk round 3. Masa appointment ni lupa nak tanya result darah yg detail tu. Next appointment la nampaknya.

Round 3 BSP: 6/7/2015
5/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi bariyani kambing dan air manis 2-3 gelas. Sebelum tidur lemon suam bermadu.
6/7/2015 (sahur, 5am): Nasi putih + ayam masak merah. Air lemon suam bermadu,
6/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi beras perang, brokoli, udang masak green curry


Resultnya:
bacaan 1: 7.0 mmol
bacaan 2:  4.7 mmol
bacaan 3:  5.3 mmol

Hmmm... pagi2 buta dah kantoi bacaan. Lemah rasa nak teruskan tugasan harian huhu. Macam mana la boleh terlajak sampai 7.0 tu. Maybe sebab weekend tu mak datang rumah. So pelbagai air dan kuih manis la dia borong di bazar. Saya pulak tak kuat iman + yakin diri huhu... Malam sebelum test tu pun tak banyak sangat minum air masak. So padanlah mukaku...

Tapi alhamdulillah bacaan kedua dah turun ke paras normal untuk berpuasa 4.7. So masa berbuka tu kena makan seciput saja. Tabahlah. Saya makan nasi beras perang tu sesenduk saja. Sebelum makan nasi, makan dulu brokoli banyak2. Hasilnya alhamdulillah 5.3 saja bacaan gula. Tapi perut lapar la haiiiii... balik cek gula haruslah makan sepinggan lagi hehe.

Mengikut bacaan/rujukan saya, beras putih cepat tukar jadi gula. Sebab tu cepat je naik gula lepas makan. So makanlah beras perang. Lagi satu, makan sayur hijau dulu baru makan nasik. Sebab nak bagi sayur2 ni menyerap gula (kot...). Alhamdulillah berjaya la eksperimen saya kali ni.

Keesokannya jumpa Dr untuk review 7/7/2015. Dahla 8th anniversary ni huhu. Gelisah la sikit sebab setiap round BSP mesti ada 1 kantoi. Risau Dr suruh refer hospital. Tapi Dr tak suruh pun. Cuma repeat BSP sekali lagi 13/7/2015. Dan untuk review nanti kat hospital Putrajaya terus. Kebetulan ada appointment kat sana untuk cek perut.

Sesi review  ni jugak saya tanya Dr result darah saya untuk cek buah pinggang dan % gula dalam darah. Alhamdulillah buah pinggang normal dan gula pun normal 5.3%. Lupa pulak nak tanya range yang dikira normal tu berapa. Result ni ada je Dr sebelum ni tulis dalam buku. Tp apakan daya, buta medik hehe... tak perasan pun.

Round 4 BSP: 13/7/2015
12/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Nasi beras perang, ayam rendang, air bandung soda cincau
13/7/2015 (sahur, 5am): Nasi beras perang, telur masak lemak
13/7/2015 (berbuka, 7.30 pm): Tak ingat!!!

Resultnya:
bacaan 1: 5.5 mmol
bacaan 2:   4.3 mmol
bacaan 3:   5.2 mmol

Beras perang tu saya makan masa hari nak kena cek BSP saja hehe... Hari2 lain beras putih biasa. Berdebar2 nak cek pagi tu pukul 8. Pukul 4 tu selalunya ok je bacaan sbb puasa kan. Lately ni lemon suam pun tak ambil. Sbb rasa macam sama je bacaan huhu. So result hari ni akan direview pada esoknya 14/7/2015. Kali ni akan direview di Hospital Putrajaya. Sebabnya akan dicerita kemudian. Saya memang happy dengan result ni sebab first time ketiga2 bacaan cantekkkk...

TAPI... TAPI... TAPI... sesuatu tidak kuduga telah berlaku. Ceng3... Maka bersambunglah di next entry ye.... hehe