Thursday, June 11, 2015

Travel: Sabah - Kinabalu Pine Resort

Assalamualaikum wbt...

check in: 23 April 2015 (Rabu)
check out: 24 April 2015 (Khamis)

Malam pertama kami di Kundasang ni kami menginap di J Residence. Di akui memang best tempat tu. Tapi nak merasa tempat lain, kami pindah ke Kinabalu Pine Resort (KPR). Ini antara hotel popular di Kundasang. Booking dibuat dari website KPR tu sendiri. Dalam Agoda ada tapi tak ada slot untuk hari Rabu yang kami nak check in tu.

KPR

Harga yg ditawarkan di web KPR tu pun not bad. RM320 termasuk sarapan dan dinner untuk 2 dewasa. Ini bilik paling mahal la, blok S & N. Sebab dari blok ni terus nampak gunung kinabalu. Saya isi borang booking tu di website KPR, dan saya booking melalui emel jugak, Sebab masa tu katanya ada problem dengan sistem di web tu. So lepas bayar via internet banking, dia emel resit. Dia terima kredit kad tapi tak terima debit kad.

gunung Kinabalu di waktu subuh dari balkoni blok N

Bilik kami N3. berkembar dengan N4. Maknanya share balkoni la. Tapi rezeki kami, tak ada penyewa N4 pun masa tu. Sebelah kami N1 & N2 ada 1 family besar sewa. Tapi kami tak share balkoni dengan diorang. So ok la.

bilik kami sebelah kiri. Kereta Alza tu tak tahulah siapa punya.

tangga pemisah antara N1 N2 dan N3 N4
1. Urusan Check in

Tempat check in pada blok pertama masa kita masuk entrance KPR ni.

yang tulis RECEPTION tu, nampak ke?

Gambar atas ni dari arah bertentangan sebab masa ni tengah berjalan2, explore KPR ni. The Pines tu restoran untuk dinner dan breakfast. Kalau dari entrance KPR, jumpa reception dulu baru the Pines ni. 
Urusan check in takdelah cepat mana. Sebab depan saya tu ada pasangan walk-in untuk menginap. so tunggu diorang bincang, pilih bilik bla3 dah makan masa sikit. Sempit je bilik reception tu. Tapi ok la ada kerusi nak duduk2 sambil baca sijil2 yang ada hehe.

Masa check in ni kena bayar deposit RM200 ye (cash only). Dia dah warning siap2 kalau ada kerosakan disebabkan alih perabot, dia akan tolak dari deposit. Saya memang tak berani nak alih perabot langsung hehe. Masa check in ni jugak saya tambah 1 tilam RM30. Nak tambah katil pun boleh. RM45 kot. Tapi cukupla tilam. So RM30 tu akan ditolak dari deposit tu masa check out.

2. Bilik blok N

Jomla tengok bilik kami


balkoni yang sepatutnya share dengan N4

bilik kami. Nampak tak sosok gadis pada tingkap hehe

Kunci bilik tu touch je ye. Receptionist tu pun dah pesan, jangan tertinggal dalam bilik.

KPR ni memang offer 1 katil queen je. So tambahlah tilam/katil
Seperti yang kelihatan dalam gambar, ada cerek disediakan. Dan juga almari baju.
   
KPR ada kipas. TV pun dapat siaran
  


air panas baik punyaaaaa

3. Tarikan dalam KPR 

Kawasan KPR ni luas, Tapi cukup 1 hari untuk explore la. Kami check inn Rabu, tak ada apa2 cuti umum pulak tu. So tak rasa la sesak ke apa.
Antara tarikan dalam KPR ni:
- Rabbit House
- Playground
- Fish Pool


rabbit house tu sebaris dengan blik kami

jemput makan
 

playground. bolehlaaaa....

playground ni sekali dengan tempat BBQ. Anak2 boleh main sambil parents makan,

fish pool. tak nampak pun ikannya. Mcm lama tak maintain je

yg berderet 4 kat belakang tu adalah mangku tandas yang dijadikan pasu. Bagus hotel ni hehe

4. Dinner

Lepas melawat tempat2 ni, kami pun naik mandi dan bersiap untuk dinner. Start pukul 6 kot dinner. 

  
The Pines untuk dinner
   Seperti yang saya cakap tadi, harga bilik RM320 dah termasuk harga dinner untuk 2 dewasa. Yang menariknya KPR ni, kalaua ada tambahan orang, just tambah duit untuk apa yang patut. contohnya kami tambah nasi 1 pinggan, so tambah RM2 saja. Lauk banyak ya ampun... boleh makan 4 dewasa. 

seingat saya dalam menu kami ada sup, ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Taste dia ok la, sama macam semenanjung jugak.

dia bagi mangkuk kecil2 untuk cedok sup. banyak kan lauk untuk 2 dewasa?

Lepas dinner jomla balik mengeroh di bilik hehe. KPR ni ada wifi  juga tp slownya ya ampun.... Masa di J Residence mmg laju sampai tak ada buffering. Sini baik kita tidur dulu drpd berwifi.

Keesokannya subuh2 dan bergambar. Nak menghadap gunung kinabalu. Rugi bayar hotel ni kalau tak menghadap gunung ni.   

  
tak pernah jemu memandangmu. SubhanAllah 
  
versi matahari terbit sikit
   
versi matahari terbit banyak
turun ke port bergambar yang disediakan KPR
    
jom melawat rabbit lagi. Si adik tu mmg tak suka pakai baju walaupun sejuk ya amat

5. Breakfast 

Pagi tu check out awal jugak sebab nak balik ke KK. 3 malam di Sabah, 3 hotel kau.... Sebab esoknya dah nak balik shah alam. so better dok KK untuk explore sana pulak.
gunung Kinabalu ni cepat je menyorok

Macam dinner jugak, breakfast for 2 dah termasuk dalam harga bilik. Boleh pilih set nak ala kampung ke western ke. Untuk anak2, nak tambah set pun boleh. Dalam RM17++. Tapi kami tambag milo je untuk diorang. 1 cerek RM4. Bayar masa makan tu. 
  
1 set western, 1 mee goreng kampung. Sedap la untuk tekak saya ni
Dalam set western tu ada baked bean, telur, sosej, roti bakar, orange juice. Set kampung tu pulak mee goreng dan air. Cereknya kecik je. Tapi bolehla dapat 2 kali cup kot setiap cerek.

Lepas makan kami terus check out, Lupa nak cakap masa check in dia bagi remote tv. so bawa la masa check out tu. Berdebar2 juga tunggu samada nak kena potong tak deposit hehe. Alhamdulillah tak kena. So jom balik KK dengan senyuman, bye2 KPR...

terima kasih sudi baca.

1 comment: