Thursday, March 6, 2014

Travel: Langkawi - Island Hopping

Assalamualaikum wbt....

27/1/2014 (Isnin)

Pakej island hopping (IH) ni saya beli masa hari pertama sampai Langkawi a.k.a sehari sebelum. 
Lepas check in hotel dan makan laksa power, kami bertolak ke pantai cenang utk beli pakej ni. landmark nak cari pantai cenang ni is AB Motel. Kami pun beli pakej dari hotel ni.

harga
ada jugak kami survey di pengkalan (tempat bot2) berdekatan Awana Porto Malai. Harga sana dalam RM30-35. Harga AB Motel RM25 dewasa. Kanak RM20 kot... (lupa lagi. kena check balik yeee)

mangrove pun ada ye. RM50/dewasa. next time kita try ni pulak.

AB Motel

kaunter utk beli pakej

waktu bertolak
time kami adalah pukul 9.30. pukul 9 pun ada, tapi dah full. tempat nak naik bot tu dalam 5-10minit macam tu sampailah. 

so berkumpul di depan AB Motel, naik van yang disediakan. since kami sampai awal,  kami breakfast KFC dulu di tepian pantai. KFC area pekan cenang tu jugak.

bersarapan di tepian pantai. bilik2 pada background tu AB Motel. bestnya buka2 pintu nampak laut

pantai cenang waktu pagi. aman damai

van untuk ke island hopping. naik depan AB Motel

Aturcara
aturcara pun bolehhhhhh.... aktiviti sepanjang island hopping ni ada 3:
-  pulau dayang bunting
- eagle feeding
- pulau beras basah

mula2 ingatkan kami akan naik dari jeti sebelah awana tu. nasib baik tak derive terus ke sana. rupa2nya kami naik tempat lain. pakej dengan AB Motel je naik dari sini kot. sebelah The Lanau (ke the lanai??? hotel/spa rasanya).

menunggu bot

rilek2... jangan rebut. 
tak ada apa nak direbutkan pun... tanya je adik tu, lepas ni ada bot lagi tak. kalau ada, rilek rilek brader rilek...
kami pergi ni isnin. kami je org malaysia rasanya. yg lain2 tu nampak macam asal dari China. adala pasangam Philipines 1. tapi semua mesra... rajin senyum. almaklumlah melambung di dalam bot bersama2. serius ok... memang melambung2.


Pulau dayang bunting. ada je toilet (kanan) dan surau (kiri). sila masuk awal2 sebelum mendaki lah ye. 
tangga banyak ya amat!!!! ada dalam camera lain. rasa macam tak berbaloi naik/turun tangga dengan nikmat di sini. macam tak ada apa je... untuk yg scuba mungkin la enjoy. tasik ni pun sangat dalam, kena pakai lifejacket. kalau tak, silalah mandi di dalam takungan air taasik ye. ala2 kolam gitu. serius tak berapa best.

pulau beras basah
pulau beras basah tak ada toilet. tp ada kedai jual air2. makanan tak pasti pulak. best jugak mandi sini. tapi seriau tengok bot dok lalu lalang belakang manusia

hasil dari island hopping. tak payahlah nak berdress bagai ye... turun dari bot kena lompat dalam air jugak. 
kami tak bawa baju salin pun. sehelai sepinggang gitu.... bawa towel, air mineral, biskut. balik dari pulau beras basah ni (last destination), pasir masuk mata sbb angin masa naik bot. pejam mata siap2 ye.... hehe

insyaAllah next saya akan share pasal cable car pulak. 
terima kasih sudi membaca

No comments:

Post a Comment