Assalamualaikum wbt....
27/1/2014 (Isnin)
Pakej island hopping (IH) ni saya beli masa hari pertama sampai Langkawi a.k.a sehari sebelum.
Lepas check in hotel dan makan laksa power, kami bertolak ke pantai cenang utk beli pakej ni. landmark nak cari pantai cenang ni is AB Motel. Kami pun beli pakej dari hotel ni.
harga
ada jugak kami survey di pengkalan (tempat bot2) berdekatan Awana Porto Malai. Harga sana dalam RM30-35. Harga AB Motel RM25 dewasa. Kanak RM20 kot... (lupa lagi. kena check balik yeee)
mangrove pun ada ye. RM50/dewasa. next time kita try ni pulak.
AB Motel |
kaunter utk beli pakej |
waktu bertolak
time kami adalah pukul 9.30. pukul 9 pun ada, tapi dah full. tempat nak naik bot tu dalam 5-10minit macam tu sampailah.
so berkumpul di depan AB Motel, naik van yang disediakan. since kami sampai awal, kami breakfast KFC dulu di tepian pantai. KFC area pekan cenang tu jugak.
bersarapan di tepian pantai. bilik2 pada background tu AB Motel. bestnya buka2 pintu nampak laut |
pantai cenang waktu pagi. aman damai |
van untuk ke island hopping. naik depan AB Motel |
Aturcara
aturcara pun bolehhhhhh.... aktiviti sepanjang island hopping ni ada 3:
- pulau dayang bunting
- eagle feeding
- pulau beras basah
mula2 ingatkan kami akan naik dari jeti sebelah awana tu. nasib baik tak derive terus ke sana. rupa2nya kami naik tempat lain. pakej dengan AB Motel je naik dari sini kot. sebelah The Lanau (ke the lanai??? hotel/spa rasanya).
menunggu bot |
rilek2... jangan rebut. |
kami pergi ni isnin. kami je org malaysia rasanya. yg lain2 tu nampak macam asal dari China. adala pasangam Philipines 1. tapi semua mesra... rajin senyum. almaklumlah melambung di dalam bot bersama2. serius ok... memang melambung2.
Pulau dayang bunting. ada je toilet (kanan) dan surau (kiri). sila masuk awal2 sebelum mendaki lah ye. |
pulau beras basah |
hasil dari island hopping. tak payahlah nak berdress bagai ye... turun dari bot kena lompat dalam air jugak. |
insyaAllah next saya akan share pasal cable car pulak.
terima kasih sudi membaca
No comments:
Post a Comment