Friday, June 7, 2013

Travel: London - Travel Card & London Tube

Assalamualaikum wbt....
Tarikh: 30/5/2013 (Khamis)
Entry sebelum ni, kami dah selamat tiba dari Gare du Nord Paris ke St Pancras London menggunakan eurostar. Beg kami pun disimpan di St Pancras station sbb malas nak bjalan ke hotel. Plan pagi ni adalah nak ke camden lock market dan arsenal stadium. so untuk memudahkan perjalanan, kami menggunakan travelcard saja.

Travel Card
 pada mulanya saya nak beli oyster card, tp cashier tu suggest travelcard. menurut apa yg saya baca, walaupun oyster card akan potong harga tiket setiap perjalanan tapi kad ini ada cap price iaitu GBP10.60/day. maknanya walaupun kita naik banyak kali, maximum yg akan dicaj adalah GBP10.60/day. Tp dah cashier tu suggest travelcard, saya ikutkan saja....

Disebabkan pada first day ni saya nak round zone1-zone2 saja, saya beli untuk zone1-zone2 la. travelcard ni boleh guna unlimited (mungkin ada limit, tp 100 kot) spanjang hari. saya tak sedar pun saya beli yg off-peak. off-peak ni maksudnya kita boleh guna kad ni mulai 9.30am saja. disebabkan masa saya beli tu dah 12pm+, bolehla guna off-peak punya.
saya beli travelcard untuk kedua2 hari saya di sana. untuk 30/5 zone1-zone2 saja, untuk 31/5 zone1-zone4 sbb saya nak ke zone4 jugak. harga pun tak sama lah. kita boleh beli travelcard untuk keesokan harinya sekali.
travelcard zone1-zone2. GBP7.30 kot (gambar tak boleh rotate pulak dah)
 
Travelcard zone1-zone4. GBP8 kot. tengok harga bawah tu.

London Tube Map
Public transport london sangat lah senang. tambah2 kita memang faham english kan. walaupun kena tukar2 train, still semua di bawah bumbung a.k.a underground.
london tube map with zone
google je map ni. yg penting kita tahu mana nak pergi, zone mana. sbb takut travelcard tak support pulak kalau dah keluar zone. plan kami nak ke arsenal (zone2), camden lock (zone2), bayswater (zone1) dan primark (zone1). so memadailah travelcard zone1-zone2.
setiap line jugak menggunakan warna berbeza mcm paris. 3 perkara yg perlu tahu nak baca map ni:
1. stesen terdekat nak dituju
2. tube menghala ke arah mana
3. tube line
kings cross to arsenal
contoh kami dari kings cross nak ke arsenal. so kena ambil line warna dark blue tu (Piccadilly Line) towards Cockfosters sbb train ni menghala ke sana kan. kalau ambil Piccadilly line towards ke tmpt lain, tak lalu la arsenal tu. ini kalau tak perlu tukar train.
kings cross to queensway
yg ni pulak kalau nak ke queensway contohnya. kena la tukar train. ikutlah nak naik line mana2 pun. Kalau naik victoria line (light blue), tukar la train di oxford circus. Kalau naik piccadilly line (dark blue), tukarla di holborn. kami guna travelcard, so tak risau berapa kali nak tukar2 train pun.
nak lagi senang, tanya je pakcik googlemaps.
google maps
cari je from station A to B. klik symbol public transport. terang2 dia bg jalan ni haaaa.... amat berguna untuk first day kita kat sana. almaklumlah sementara nak biasakan diri dgn map tu.
panjang pulak cerita pasal train ni. so to be continued......

2 comments:

  1. Kalo sebulan trus bape yer?

    ReplyDelete
  2. maaf, saya tak pasti untuk pakej sebulan. mungkin oyster kad ok kot. sebab mcm touch and go.

    ReplyDelete