Tarikh: 30/5/2013 (Khamis)
Entry sebelum ni, kami dah selamat tiba dari Gare du Nord Paris ke St Pancras London menggunakan eurostar. Beg kami pun disimpan di St Pancras station sbb malas nak bjalan ke hotel. Plan pagi ni adalah nak ke camden lock market dan arsenal stadium. so untuk memudahkan perjalanan, kami menggunakan travelcard saja.
Travel Card
pada mulanya saya nak beli oyster card, tp cashier tu suggest travelcard. menurut apa yg saya baca, walaupun oyster card akan potong harga tiket setiap perjalanan tapi kad ini ada cap price iaitu GBP10.60/day. maknanya walaupun kita naik banyak kali, maximum yg akan dicaj adalah GBP10.60/day. Tp dah cashier tu suggest travelcard, saya ikutkan saja....
Disebabkan pada first day ni saya nak round zone1-zone2 saja, saya beli untuk zone1-zone2 la. travelcard ni boleh guna unlimited (mungkin ada limit, tp 100 kot) spanjang hari. saya tak sedar pun saya beli yg off-peak. off-peak ni maksudnya kita boleh guna kad ni mulai 9.30am saja. disebabkan masa saya beli tu dah 12pm+, bolehla guna off-peak punya.
saya beli travelcard untuk kedua2 hari saya di sana. untuk 30/5 zone1-zone2 saja, untuk 31/5 zone1-zone4 sbb saya nak ke zone4 jugak. harga pun tak sama lah. kita boleh beli travelcard untuk keesokan harinya sekali.
travelcard zone1-zone2. GBP7.30 kot (gambar tak boleh rotate pulak dah) |
Travelcard zone1-zone4. GBP8 kot. tengok harga bawah tu. |
London Tube Map
Public transport london sangat lah senang. tambah2 kita memang faham english kan. walaupun kena tukar2 train, still semua di bawah bumbung a.k.a underground.
london tube map with zone |
setiap line jugak menggunakan warna berbeza mcm paris. 3 perkara yg perlu tahu nak baca map ni:
1. stesen terdekat nak dituju
2. tube menghala ke arah mana
3. tube line
kings cross to arsenal |
kings cross to queensway |
nak lagi senang, tanya je pakcik googlemaps.
google maps |
panjang pulak cerita pasal train ni. so to be continued......
Kalo sebulan trus bape yer?
ReplyDeletemaaf, saya tak pasti untuk pakej sebulan. mungkin oyster kad ok kot. sebab mcm touch and go.
ReplyDelete