Tarikh: 31/5/2013
Nearest tube station: Upton Park (zone 3)
Saya tertinggal pulak 1 aktiviti kami di London. Sebelum bertolak ke Paris, kami pergi ke upton park dulu untuk beli buku2 islamic untuk anak2. UK kan banyak produce barang2 untuk kids islamic education. so alang2 dah sampai sini, kami pun tak lepaskan peluang untuk shopping sikit2 buku/toys untuk anak2.
sebelum pergi London, saya google2 dulu kedai2 yg saya berkenan nak pergi. saya berkenan dengan kedai Zamzam international ni. Location pun tak jauh sgt. dalam perjalanan tu bolehla tengok2 London City side kan. tengok rumah2 orang yg jauh sikit dari kotaraya London tu. kedai zamzam ni dekat sangat dengan Upton Park station tu. Tak sampai 100m pun. Area ni pun banyak muslim dan kedai halal. sebelah kedai zamzam ni pun ada 1 lg kedai "Madinah..." tak ingat nama. jual barangan muslim jugak. Kami ke zamzam ni saja.
aman damai je area sini |
zamzam |
jalan di upton park |
banyak muslim, tp bukan British kot |
Barang untuk anak2 yg kami beli |
Masa keluar dari train di upton park tu, nampak signboard West Ham FC. maknanya dekat la dengan stadium West Ham kot. Tp terlupa pulak nak pergi. Dalam itenary kami nak pergi Chelsea, Fullham. Tp pergi Arsenal saja... Masa ni pun kami dah bergegas balik. nak kejar train ke paris pukul 7pm.
Next entry pasal Paris ye.... terima kasih sudi membaca.
No comments:
Post a Comment