Monday, June 10, 2013

Travel: London - Big Bus Tour

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 31/5/2013
Percutian kami diteruskan di hari ke-2 di London. Kami terus check out dari Montana Hotel, dan simpan beg di St Pancras station. Lebih kurang pukul7.45 pagi kami dah keluar hotel sbb nak kejar first bus di victoria station pkl 8.02am. Bas ni ada banyak, setiap 10 minit ada. tapi kalau boleh nak naik awal2.
Dari King's cross station, kami naik train ke victoria station. Travelcard kami untuk hari ni dah beli semalam. tapi kami tak sedar yg kami beli off-peak travelcard. so tak boleh nak keluar masuk gate train tu. tp ada pegawai yg jaga gate tu tolong lepaskan. diala yg cakap kad kami tu off-peak. tp dia tak halang pun nak naik train. off-peak travelcard ni boleh guna start 9.30am dan lagi murah dari peak punya. masa kami nak naik train tu dekat2 pukul8, memang ramai ya amat manusia nak pergi kerja kot.

Harga Tiket Big Bus
Kami beli tiket ni bukanlah awal2 sangat. lebih kurang seminggu sebelum bertolak kot. nak beli kat London pun boleh, tp tak dapatlah harga promosi online.
Promotion di website Big Bus
tengok harga promotion tu GBP21 kan. Tp bgantung jugakla pada waktu yg kita pilih. So saya dapat harga GBP25/pax. saya ambil 24hour saja. 48hour pun boleh, tambah sikit je. lepas dah bayar, dia akan email pada kita tiket (pdf file). print la tiket ni sbb nanti dia akan scan barcode.
Tiket kami. 2 adults.

Menaiki Big Bus
Big bus ni ada banyak first stop. Bolehlah download dari website big bus tu sendiri untuk tengok laluan2 dan tempat2 menarik yg dilalui. Kita juga boleh pilih nak naik dari stesen yg mana sebagai FIRST STOP. di sana nanti ada pegawai yg akan scan barcode kita, dan printkan tiket. Tiket tu rupa mcm resit  je. Bila naik bas, kita tunjukla pada driver.
sebahagian dari first stop, dan waktu first bus.
Kami naik dari victoria station (Stop 29) sbb situ antara yg terawal iaitu 8.02am. Victoria St ni besar jugak, lebih kurang kings cross. Kalau stesen2 train yg lain cukup2 untuk keluar masuk je. Di Victoria St ni ada kedai dan toilet. toilet sini canggih sikitla. kena masuk 30pence~RM1.40 baru gate toilet tu buka. kalau takde syiling jgn risau sbb sebelah tu je mesin CHANGE nya.

Laluan Big Bus
kalau dilihat pada gambar first stop tu, ada warna2 berbeza kan: merah, biru, hijau (takde dlm gambar). kalau biru saja, maksudnya bas merah tak lalu stop tu. kalau merah & biru, dua2 bas lalulah stop tu. kita boleh naik bas biru, merah, biru&merah. tp hijau saya tak pasti. Rasa2nya boleh naik jugak. map untuk laluan bas ni boleh download dari website big bus tu jugak.
Big Bus map
boleh dikatakan bus ni melalui semua tarikan2 utama di london ni. Jom tengok sikit2 gambar yg saya sempat capture.
Marble arch



Trafalgar Square



London Eye

Parliament a.k.a Big Ben



Buckingham Palace
Madamme Tussauds
gambar yg tak label tu maknanya tak ingat bangunan apa. bangunan cantik2. walaupun tak ada cerita di sebalik bangunan tu, tetap jugak nak ambil gambar.

Dalam gmbar pertama tadi, ada tertulis dalam big bus tour ni termasuk jugak WALKING TOUR dan RIVER CRUISE.

RIVER CRUISE
Kami turun di Stop No. 13 untuk naik river cruise. Dalam schedule tu tulis pukul 9.50am akan ada cruise. waktu lain ada jugak, refer la jadual yg akan diberi nanti. turun di Stop 13 tu ada London eye. So tunjuk je tiket big bus td, dapatlah masuk ke pangkalan untuk naik cruise. duration untuk cruise ni 30minit saja. kami turun di Tower Pier. View sepanjang cruise ni bolehlah tahan... dah termasuk dalam pakej, kita naik jela.
tunggu cruise

River Thames


Tower Bridge

Tower Hill
Turun dari cruise ni, kami naik semula Big Bus dari station berdekatan.

WALKING TOUR
Dalam pakej big bus ni jugak ada 4 free walking tour. kami sempat join 1 saja iaitu Harry Potter Walking Tour, pukul 1pm. Setiap tour ni ada waktu yg berlainan. 1kali saja 1 hari. So pukul 1pm berkumpullah kami di Stop 10. Dari situ, tour guide akan bawa kita melawat lokasi2 yg pernah digunakan dalam filem/novel Harry Potter. Duration lebih kurang 1 jam. Group kami masa tu adalah dalam 20 orang. Ada 4-5 orang yg die hard fan HP ok. semua soalan boleh jawab. hebat... hebat...
Salah satu cinema utk tayangan perdana HP yg last sekali

Duit Hogwarts Dollar kot hehe

tempat Ron menyorok

Tour guide kami kata dia adik Hagrid. Sila jangan percaya hehe
Hagrid. source
Untuk join walking tour ni, kami korbankan bus tour ke Kensington Palace. So kalau diberi pilihan semula, kami sanggup korbankan walking tour ni untuk ke Kensington Palace. Sana ada park yg cantik huhu. Takpela, takde rezeki. Dapat jugak berkenalan dgn adik Hagrid ni kan...
itu saja cerita big bus tour ni. ada byk lg company tour yg lain. offer lebih kurang sama jugak. Lepas habis tour london, kami bertolak ke Paris naik eurostar pukul 7pm. Kita cerita di next entry pulak ok...
terima kasih sudi membaca.

2 comments:

  1. Hi This post is relly good and blog is very interesting. thanks for sharing..

    europa coaches paris Limousine & Party Bus Rental Service : http://www.europa-coaches-paris.com/

    ReplyDelete
  2. Nice post! Thanks for sharing.........

    Coach Rental and Bus Charter Services Grow in Popularity as More People Value Travel: http://www.europa-coaches-munich.com/

    Bus Charter Services Munich
    Bus Rental Munich

    ReplyDelete