Rasulullah S.A.W menyarankan 3 perkara berikut untuk diajarkan kepada anak2 sebagai riadah:
1. Berkuda
2. Berenang
3. Memanah
Kelas untuk ketiga2 di atas tu of course la tak free kan. So kita buat step by step mengikut keperluan masing2. untuk orang yg ada swimming pool di rumah, bolehla utamakan berenang dulu. saya survey area shah alam ni kalau kelas renang yg ada di UiTM Shah Alam dan Super Sharkz. Pakej super sharkz tu menarik jugak. InsyaAllah next year la baru start.
Pernah dengar DARC? homepage DARC
DARC ni kelab berkuda termurah di dunia tau.. yuran RM180/family/year. Pengasas DARC ni berasal dari keluarga susah tapi dia sangat berminat dengan kuda. So bila dah mampu, dia buka DARC ni yg berkonsepkan charity. cerita penuh boleh baca di sini.
Pengasas DARC |
Saya pun baru 2 kali je DARC ni. untuk kelas 4 tahun dah boleh start. yuran dll boleh tengok di web DARC tadi. Kalau taknak belajar riding, nak rekreasi kat sini pun boleh. dengan bayaran RM180/family/year kita dapat banyak kemudahan, mcm dalam gambar bawah ni.
FREE benefits |
Ada gym, pool, chalet pun ada. Tp chalet ni tak free la. cuma member dapat diskaun 50% untuk chalet. kelas berkuda pun tak free. yg free kalau kita nak naik saja2, JOYRIDE namanya. untuk joyride ni, seorang hanya boleh naik 1 kali saja 1 hari. setiap kali 2 pusingan saja, dan 6kali seminggu sebab DARC ni tutup Isnin.
Makan Free???
Boleh dikatakan YA untuk soalan di atas. DARC ni berbentuk charity. so ada 1 menu Nasi Padang yang boleh bayar mengikut konsep IKHLAS. Saya pun tak pernah rasa lagi nasi ni. almaklumlah baru 2 kali pergi walaupun gebang mengalahkan owner. konsep bayaran mengikut keikhlasan ni untuk nasi padang saja. ada juga menu lain: nasi ayam, steamboat. yg ni kena bayar ikut harga lah. steamboat tu saya tanya RM16/pax. murah la jugak kannnnnn....
Gambar2 kami
Saya belum sempat melawat semua kawasan DARC ni. sebab DARC ni ada pool. so kalau anak2 nampak, confirm menjerit2 nak mandi. so kalau nak mandi nanti baru kita explore sebelah sana pulak okkkk...
cara nak ke DARC ni boleh tgk dalam website tadi. siap ada koordinat GPS lagi. dari shah alam ni, exit 3505 ke bukit subang. lepas tu dah boleh nampak signboard DARC rasanya. jomlah tengok gambar2 yg saya sempat ambil kat sana.
entrance |
ada stage. boleh buat event kat sini. |
kawasan untuk riding class yg luas |
tempat menunggu untuk JOYRIDE |
si kakak yg excited sangat2 |
adik dan abang pun sayang sangat kat kuda ni |
selain dari keistimewaan yg saya sebut kat atas, DARC ni pun ada night riding okkkkkk... dahla opening hour sangat panjang 7am - 12am. memang best sangat2 lah. mungkin boleh menginap di chalet dan cuba night riding kan.
untuk pengantin pun ada pakej. dapat naik kuda dan FREE persembahan red indian. harga? tak tahulah.... hehe. Info ni dari staf yg entertain saya masa saya pergi sana.
rasanya riding ni akan jadi aktiviti mingguan kami la kot. lepas ni nak register kelas untuk si kakak dulu. kena cari boot jugak. apa2 tambahan info nanti akan di update insyaAllah... Jom Berkuda Sambil Menderma!!!
harap info ini membantu. terima kasih sudi membaca..
No comments:
Post a Comment