Wednesday, June 26, 2013

Travel: Blue Coral Aquarium & Animal Zone KL Tower

Assalamualaikum wbt...
Tahu tak kat KL Tower ada dua benda ni?? saya tak tahu asalnya. Dapat tahu pun sebab ada promo di Groupon. Dapat harga murah untuk 2 tempat ni. RM21 untuk 3 orang. untuk budak 3 tahun FREE. (masa promo ni la..)

Parking KL Tower
Serius susah parking kat KL Tower ni. Kami sampai dalam 9.30am, memang takde parking. jumlah parking sikit sangat, lebih kepada parking bas je. So parking tepi2 jalan la. ramai yang buat macam tu. so ok la... bayaran RM3/jam rasanya.

Makan
Kami tak masuk dalam KL Tower sebab dua2 tempat ni berada di luar saja. Ada 1 cafe kat luar tu apa ntah nama dia. So makan nasik goreng+ayam goreng 2 set, donat colat 2 ketul, air = RM21. ok la tu kan... seram jugak kot2 mahal makanan kat sini.


lepas makan terus ke Blue Coral Aquarium. Sederet je dengan cafe ni.

Blue Coral Aquarium
Kecik je aquarium ni. berbaloi la dengan harga yg dibayar. Anak2 saya tengah layan movie finding nemo, so seronokla budak2 jumpa watak2 dalam cerita tu versi real kan... Baucer yg saya beli tu dapat kupon RM5 untuk setiap orang yg berbayar. So saya beli 3 tiket, dapatlah 3 kupon RM5. MALANGNYA, kupon tak boleh combine dan untuk barang2 berharga RM20+ saja. Dalam kedai souvenir tu, baju jela RM20+. so tak guna pun baucer tu...
Jom tengok apa ada dalam aquarium ni.



ada 2 side. ini right side. left side nanti saya tunjuk.

yeaaaaa.... jumpa nemo.


ini left side. ikan gabak2 je kat sini




cakkk!!! kawan nemo.
memang patutla budak 3 tahun free, sebab aquarium2 dalam ni tinggi (right side). so kena dukung anak2 sbb tak nampak. sian....
souvenir ada tp tak banyak la. ada FM, watch, baju dll. tak sampai 30min pun explore aquarium ni. keluar je terus ke animal zone.

Animal Zone
Pakej kami sekali dengan aquarium tadi. animal zone ni pun taklah besar sangat. lebih kurang 30min jugak explore. haiwan tak adalah pelik2 sangat kecuali kura2 berkepala dua. yg lain2 tu ok la... banyak ular. jom tengok apa ada.

parrot depan tu boleh say HELLO


kiri dan putih ni sangkar ular



ayam pun ada...

monyet mcm dalam cerita night at the museum tu. garang.

tikus takde bulu

prairie dog. keja dia mengorek lubang je... boleh lepas ke?

apa la monyet ni...


kura2 berkepala dua

pelbagai jenis spider
lepas tengok haiwan2 ni, kami pun nak bertolak balik. tapi depan animal zone ni ada pony ride. so bagila si kakak naik sekali. RM10. lepas tu terus balik.

ini sajalah lawatan singkat kami ke KL Tower. sesuaila untuk budak2. untuk dewasa mungkin bosan sikit kot... KL Tower pun tak naik sebab nak gi kenduri tengahari tu. harap2 info ni membantu. terima kasih sudi membaca....

No comments:

Post a Comment