Friday, February 8, 2013

Hong Kong: Disneyland Day 2 - Character Breakfast

Tarikh: 31/1/2013 (khamis)
selain menginap di disneyland hotel, character breakfast juga adalah salah satu WAJIB RASA di sana. hotel di disneyland ni harga biliknya tak termasuk breakfast. so terserahlah samada nak breakfast di chef mickey atau di enchanted garden. so saya pilih untuk breakfast dgn characters.
harga

sesi saya adalah 7.30am-9.00am. sesi ni kita book masa check in. receptionist akan tanya kita nak sesi mana. masa saya beli online saya book 2adults+2children saja. sebenarnya ada 1 lagi child. yg 1 ni saya bayar masa breakfast hari tu tp kita inform siap2 la pada penjaga pintu restaurant tu.
kami terlambat sikit sampai untuk breakfast, lebihh kurang 8.30am. sbb shuttle pagi2 ni kekerapan dia lambat sikit.kalau nak berjalan 10minit dari hollywood hotel-disneyland hotel. tp disebabkan malas nak jalan, tunggu la shuttle....huhu. dahlah shuttle lambat, kena tukar shuttle pulak kat disney park... maunya tak pukul 8.30 baru masuk restaurant.
pergerakan shuttle mcm ni: hollywood hotel - disneyland park - disneyland hotel.
so dari hollywood hotel nak ke park, naik sekali jela shuttle. tp pagi ni kami nak ke disneyland hotel, so kena turun di disneyland park dulu, then naik shuttle lain untuk ke disneyland hotel.....saya memang sengaja nak sarapan 7.30am sbb nak masuk disneyland park tu seawal mungkin. nak kejar apa2 yg patut sbb first day semalam mcm blur tak tahu nak buat apa dala disneyland tu kan...
maknanya kami hanya ada 30min saja untuk sarapan. mmg tak sempat makan sangat la. sebab kalau bangun je character sampai...acaner tuuuu. tp yg penting anak3 yg dapat jumpa characters. parents ni take turn la untuk ambil makanan.
saya mmg sangat berharap characters yg datang pagi ni adalah character2 yg anak3 saya suka. taknaklah chipmunks. mmglah anak3 suka tp tak berapa sangat la kan...Alhamdulillah doa dimakbulkan. cuma kecewa sikit sbb pluto ada jugak. smlm dah bgambar dgn pluto di park. kalau tahu pluto pagi ni, smlm mesti line up untuk pooh. tp tak baik menyesal kan... adalah hikmahnya tu.
pendek cerita, character2 pagi tu adalah.......
goofy

pluto

mickey

daisy
dalam disneyland park nanti bolehla jimatkan masa mengejar maskot2 ni. kita tumpukan pada maskot lain saja.....kami tak sempat makan sangat. ini je yg sempat disambar..
waffle




ada juga kami ambil roti canai dan pisang. tp gambar tak hado... lepas breakfast ni kami ke gift shop di hotel ni, then terus ke park untuk keseronokan di hari kedua.. dah tak blur mcm smlm....

2 comments:

  1. hi sis, teruja tengok breakfast kat sini. nak tanya, sis book nak bfast ni masa book hotel atau dah sampai hotel baru nak book utk bfast? ..

    ReplyDelete
  2. kalau tak silap harga offer tu untuk early booking. saya book siap2 sebelum pergi sana. boleh call je reservation center. tapi masa book tu saya book untuk 4 orang je tapi kami b5. so sorang lagi saya bayar masa breakfast tu.

    ReplyDelete