Thursday, August 23, 2012

Resepi: Fruit Tart

Fruit Tart (pinggan tu dapat free beli combo KFC)
Resepi asal

Bahan-bahan untuk pastry:

1. 240 gm tepung gandum
2. 45 gm tepung jagung
3. 75 gm gula icing
4. 150 gm butter
5. 2 biji kuning telur
6. sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya:

1. Ayak bahan-bahan 1&2

2. masukkan butter,gaul sampai jadi serbuk roti baru masukkan kuning telur dan esen vanila.Uli hingga jadi doh
3. masukkan kedalam acuan tat dan tekan tekan mengikut bentuk acuannya.Potong lebihan doh agar tat tu menjadi lebih kemas.
4. Cucukkan dengan garfu bahagian bawah tat sebelum dibakar.Bakar sehingga masak. (saya bakar 180C, 10-15min)

Bahan-bahan untuk kastadnya:

1. 1 tbsp tepung gandum
2. 1tbsp tepung kastad
3. 4 tabsp gula halus
4. 1 1/2 cawan susu segar
5. 1 tbsp butter

6. buah2 (kalau boleh buah2 yg masam sebab kastad ni manis)

cara-caranya:

Bancuhkan semua bahan-bahan diatas ,masukkan dalam periuk yang tidak melekat dan kacau atas api yang perlahan sampai masak.Sudukan kedalam tat dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan yang anda suka.

buah yg saya guna: anggur tanpa biji, peach, buah naga. pilih combination warna yg menarik.

No comments:

Post a Comment