dah siap untuk bawa balik kampung!! |
1. Sekotak cornflakes 500g
2. 1 buku butter 250g
3. 1 cawan gula merah
4. 1 cawan madu
Cara2:
1. Cairkan butter dalam periuk
2. Masukkan gula merah. kacau2 sampai cair semua gula dan nampak sebati.
3. Tutup api. masukkan madu. kacau2 lagi.
4. Tuangkan ke dalam bekas yg mengandungi cornflakes, dan gaul sebati.
Pada step 4 ni, saya selalunya tak tuang semua bancuhan tu sekaligus sbb nanti tak rata untuk semua cornflakes. saya masukkan sikit demi sikit, selang seli dgn gaul.
5. Masukkan dalam paper cup. bakar 180C, 10minit.
SIAP!!!!
p/s: 1 kotak tu, saya dapat dalam 100 cup kot. mcm dlm gambar di atas.
sangat senang dan tak renyah.
semoga membantu.
No comments:
Post a Comment