Monday, August 24, 2020

Travel: Genting Highland - Indoor Park Skytropolis

 Assalamualaikum wbt...

Tarikh pergi: 20 Ogos 2020 (cuti awal Muharram)

Kami bertolak dari Shah Alam jam 9 pagi dan sampai di Awana Skyway dalam 10.30 pagi. 

1. Tiket 

Tiket Awana Skyway dan Skytropolis saya dah beli awal2 dari Shopee sebab risau ramai orang. Maklumlah, cuti umum 20 Ogos tu.

Harga cable car sama saja di shopee atau di kaunter iaitu RM16/return/pax. Harga Skytropolis murah sikitlah di Shopee. Saya beli Preview Pass supaya boleh naik ride banyak kali. Harga kalau Walk in RM70, di website genting RM65, shopee RM62.50 sahaja. Saya purchase sehari sebelum pergi, dalam 10 min dah dapat tiket via email. 

Di website https://www.rwgenting.com/Theme_Parks/Skytropolis/ ada banyak lagi pilihan. Boleh ambil pakej VR sekali.

Tiket cable car tu tak print pun takpe sebab boleh scan je dari handphone. Tp tiket Skytropolis tu saya print. Nanti saya cerita di bawah.

2. Cable Car

Kami sampai di cable car ni dah 10.30am. Saya dah risau takut ramai orang. Tapi rupa2nya kosong je hihi... Jadi kami terus lah naik cable car tanpa beratur.


kosongnya.... 



Disebabkan PKP, dia tak campur2 family dalam ni rasanya. Cable car sebelum kami, pakcik tu naik sorang2 je. Sayu nampak... hihi

rujukan pantas


3. Makan

Perjalanan cable car ni dalam 10 - 15 min saja. Di web genting kata Skytropolis buka jam 12pm haritu, so kami pun nak makan lah dulu. Tapi rupa2nya pukul 10am dah buka sebab public holiday. 
Plan asal kami nak makan di DC comic cafe, tapi rupa2nya dah tutup!! Saya baca di tripadvisor bulan Feb haritu masih buka. Hmmmm.... so makan di texas chicken jela. Makan sikit je buat alas perut.


1 lagi kami makan di Subway, tapi ni selepas dah habis main lah sebelum turun ke Gohtong.

First time cuba mac n cheese subway


4. Skytropolis

Kalau naik Awana Skyway, kita akan sampai di level 4. Jadi kenalah turun ke level G untuk ke Skytropolis ni. Terus nampak je park ni bila turun cable car tu.


Tiket saya dah beli sehari sebelum di shopee. Jadi saya ke kaunter untuk tukar tiket kepada wrist band saja. Tapi saya tak pasti kalau tak pakai wrist band, boleh tak naik semua ride ni dengan scan bar code pada kertas saja. Sebab kita kena scan bar code pada wrist band ni setiap kali sebelum naik apa2 ride.

Masa saya nak tukar ke wrist band tu, memang pekerja tu baca betul2 kertas yang saya print tu. Sebab tu saya rasa better print kalau nak tukar ke wrist band.

Park map 

Map ni boleh tengok di website

Rides dalam ni terbahagi kepada 3: kids, family, thrill. Jom tengok kids ride yang kami naik

Loop de loop
Boo Boo Bump

Ada lagi kids ride yang kami tak naik. Sebab anak2 suka sangat bumper car (boo boo bump) ni, berulang2 naik.

Ini pulak family rides yang kami naik.


skycraper


ballon race



Soaring Ship

Soaring ship ni paling lama beratur, lebih kurang 45 minit.

Copper Express

space cadets
tea cups

royale carousel

Untuk thrill rides pulak sempat naik 1 saja iaitu Music Express.

kena buka spec

Ada beberapa thrill rides yg memang tak buka haritu iaitu The Bolt dan Super Glider. Lepas tu pulak, time saya nak naik Disco boleh pula fire alarm bunyi. So thrill ride semua stop operation. Kids ride je boleh naik. Masa tu dah 4 pm ++, so akhirnya malas nak tunggu bila pulak nak on kan. Kami terus ke surau untuk solat dan jalan2 level 4.

5. Surau

Untuk ke surau, boleh exit di sebelah Music Express dan masuk ke Sky Avenue. Then turun sampai level G. Surau opposite dengan medan selera. Telekung bawa sendiri ya sempena PKP ni.

6. Tips Skytropolis/Indoor Park

i. Sentiasa pakai face mask dengan betul. Ada 'polis' yang akan tegur kita supaya pakai mask dan jaga jarak. 
ii. Sanitize tangan sebelum dan selepas naik ride. Yelah, ramai orang sentuh ride tu kan. Alhamdulillah banyak sanitizer yang disediakan di setiap ride. 
iii. Ada ride yang ditutup sekejap dalam 10minit untuk tujuan sanitizing. bagus...
iv. Setiap ride ada min dan max height. Ada juga ride yang perlu dewasa (16 tahun ++) untuk temankan anak2 kecil. Jadi elok lah juga ibu/bapa beli preview pass juga supaya dapat temankan anak.
v. Jika ibu/bapa tak main banyak, bolehlah beli tiket per ride. RM10 atau RM15 per ride, mengikut hari.

7. Ripley's Believe it Or Not dan lain2

Sebenarnya memang dalam plan nak masuk Ripley's ni juga. Dan di shopee sangatlah murah harganya, dah survey pun dari seller yang sama. Cuma tak beli lagi sebab takut tak sempat masuk, sebab anak2 mesti susah nak di ajak keluar dari Skytropolis tu.
Tapi since tiba2 fire alarm, kami keluar lah dalam pukul4 ++ dari Skytropolis dan solat dulu. Konon2 nak beli tiket di shopee on the spot lah, sebab sekejap je prosesnya. Tapi penjaga kaunter tu kata tiket kena beli 1 hari sebelum, kalau tak nanti tak boleh scan. Jadi saya pun tanya lah seller shopee tu, dia kata skytropolis ada je yg beli on the spot dan boleh masuk terus. Tapi saya tetaplah risau sebab Ripley's ni bukan di bawah kelolaan RWGenting, tetapi Only World Group (OWG). Harga walk in RM75/pax ok..... di website genting/shopee baru RM38. Setelah berfikir2 sambil makan subway, kami decide untuk lain kali jelah datang Ripley's ni. Cuma harap2 harga murah lah lain kali pun sbb RM38 ni harga promo merdeka huhu.
Nota padat: RM38 atau RM75 ni harga untuk masuk 5 park. Ripley's, zombie, infinity room, dinosaur, 4D trick art

Level 4 ni ada juga ride2 lain, tapi kami tak naik pun untuk kali ni. Sebelum ni (Oct 2019) kami ada juga ke sini, ride di sini kena beli token. Minimum purchase token masa tu ialah RM50. Tak ingat pula 1 token berapa RM.
Ni gambar2 Oct 2019 ya, tak update blog pula masa tu hihi.





Jadi lepas makan, kami pun decide untuk turun jelah dari Genting tu. Sebab hotel pun tak check in lagi. Kami naik cable car dalam pukul 7.20 malam. Cantik juga view dan environment masa ni.


sejuk keeee... haha





Sampai saja di bawah, kami beli Oden saja di family mart untuk dinner haha. Kebetulan memang nak top up touch n go sebab masuk parking pakai TnG je. Total harga parking harini ialah RM26. Agak murah lah berbanding yg kami pergi pada Oct 2019, rasa2 dalam RM35. Maybe sebab harini di kira sebagai weekday kot walaupun cuti umum.

Lepas keluar parking  kami terus je balik hotel. Tak sabar nak baring, sakit kaki... InsyaAllah next entry ialah berkenaan penginapan kami di Awana Resort. Terima kasih sudi baca dan diharap info ni membantu.






No comments:

Post a Comment