Assalamualaikum wbt,
Pada entry sebelum ini saya ada share serba sedikit info sebelum bertolak ke Guangzhou ni. Flight bertolak kami 16 Oktober 2018, 9.50 malam. Lebih kurang 4 jam kemudian, sampai lah kami di Baiyun Airport, Guangzhou. Lebih kurang 2 pagi. Jam China sama je dengan Malaysia ya.
Sampai saja di airport, kena scan fingerprint dulu. Nanti mesin akan keluarkan slip kata kita dah scan.
scan finger print |
2 pagi, terkebil2 juga kami nak buat apa haha. Maklumlah kedai hampir semuanya tutup. hiburan kami hanyalah tengok orang charging handphone haha.
tempat charge hp |
Di Baiyun airport ni pun ada hotel ya, boleh tengok di gambar bawah ni,
Sebenarnya dari Malaysia lagi kami dah call pihak Holiday Villa untuk datang pick up. Tapi lama juga lah dia nak sampai, dekat 5 pagi rasanya baru kami sampai hotel. Airport ke Holiday Villa dalam 30 minit. Shuttle hotel boleh muat dalam 15 orang, dont worry.
So akhirnya sampai lah kami ke hotel... kami check in untuk sekejap saja, sebab pukul 3 petang pihak Huizhou University akan datang ambil dengan bas. So kami just solat subuh, mandi dan rehat sekejap saja. Sebab lepas tu nak pergi makan hihi.
Saya duduk bilik yg ada katil single. Harga dalam RM248 per bilik kalau tak silap. Jom tengok
tak sempat tengok TV pun |
syampu dan sabun disediakan. dalam botol ni tak full pun ya |
jangan lupa bawa international plug ya. remote aircond tu memang tak faham apa yang tertulis, huhu |
Ok, selepas berehat seketika, kami pun nak mengisi perut yang kelaparan. Beria kami ni menggoogle, rupanya depan hotel ada kedai halal. Tak perlu jalan jauh pun. Maka marilah kita. Ada 1 lagi kedai halal, tapi nanti saya cerita.
hmmm... apa nama kedai ni |
jarak dari hotel ke tempat makan ni |
Saya ambil ni dari google maps. Dalam bulatan tu kedai makan kami ni, 100m jalan kaki. Google maps ni tulis gambar 2019, tapi nampak macam gambar lama je ni.
makanan kami. |
Makan di restoran ni teringat Mee Tarik Warisan Asli haha. Harga agak murah, dalam RM15 ke atas rasanya.
Lepas makan, kami jalan-jalan sikit, ada mall rupanya berdekatan hotel ni. Maka jom masuk tengok lah haha
saya dan wanita2 misteri haha |
Macam biasalah, nama mall tak dapat nak dibaca. Saya cuba tengok dalam google maps, tapi nampak macam gambar lama sebelum mall siap huhu. Tak ada gambar dalam mall pun. Keluar mall, singgah kedai beli air. Balik hotel bersiap2 nak check out sebab nak ke Huizhou.
kedai runcit |
Dalam 3.30pm, bas dari Huizhou pun sampai. 2 jam juga la perjalanan kami ke Huizhou dengan bas. Tak ada apa2 yang penting berlaku sepanjang perjalanan haha. Ok, dah sampai Huizhou, kami dibawa ke vegetarian food restaurant. Mestilah saya tak tahu nama kedai haha. Saja nak share makanan di sana.
Sedapnya haiiiii.... maybe sebab pihak Huizhou yang belanja, maka bertambah2 sedap hihi. Lepas makan, kami dibawa ke hotel. Kalau tak silap hotel ni untuk pegawai kerajaan di sana. Tapi cantik sebab di tepi tasik.
dapat seorang 1 bilik |
Jadi esok kami akan ke Huizhou University. Bilik luas tidur seorang mestila takuttt haha. So buka la TV walaupun tak faham. Tapi bolehla tengok Andy Lau. lama tak nampak... haha
Hello Andy |
Ini sahaja cerita saya untuk hari pertama ni. Tak banyak info nak bagi sebab kebanyakannya ditaja. Jumpa next entry insyaAllah. Terima kasih sudi baca.
Good !!london bodyrubs
ReplyDelete