Monday, November 27, 2017

Travel: The Shore Oceanarium, Melaka

Assalamualaikum wbt...

Tarikh pergi: 1 Okt 2017 (Ahad)


Sabtu 30 September kebetulan saya ada program di Jasin, Melaka. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia malam tu. Keesokannya sebelum balik Shah Alam, molekla kiranya kita jalan-jalan sekejap haha. Melaka ni selalu sangat dah datang, dan selalu juga tidur di Seri Malaysia. Boleh baca pengalaman dulu2 di sini ya. Tapi boleh dikatakan Melaka ni pesat membangun dari segi tarikan pelancong. Ada je tempat melawat yg baru... jom lah kita.

Jadi pagi tu lepas mandi manda di kolam hotel, saya pun google la sekejap nak ke mana di Melaka ni. Terjumpalah The Shore Ocenarium. So marilah kita cuba. Websitenya di sini ya.
Lokasinya di The Shore. Kalau tak silap level G bangunan The Shore ni terus ke jeti Malacca River Cruise. 

Dalam The Shore tu ada lg 1 tarikan yg mcm menarik juga iaitu Toy Museum. Lain kali datang Melaka kita try ya.

1. Harga Tiket

Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25. Kami tambah makanan penyu RM10.60. Yg interactive 3D tu saya tak pasti yg mana satu yg dia maksudkan.


2. Mini Game

Masa kita beli tiket, dia akan bagi 1 borang kuiz untuk setiap kanak-kanak. Disebabkan saya ada 3 anak yg berbayar tiket, dapatlah 3 borang. Dalam borang tu ada 10 soalan kalau tak silap. Setiap soalan ada pilihan jawapan A atau B. So kita kena ke 10 station la untuk cari 10 jawapan. Di setiap station akan ada cop, dan kita kena cop pada pilihan jawapan kita.

Bila dah keluar nanti, bawa borang tadi beserta resit tiket, dan claim hadiah. Tapi sejujurnya saya tengok semua orang (especially diri sendiri haha), anak2 tak hairan pun dengan kuiz tu. Parents yang beria2 cari jawapan hehe. Dah, jom tengok apa ada dalam ni.

3. 3D Art

Sepanjang perjalanan (dah macam zaiton sameon) di sini, ada banyak juga gambar2 3D. Posing dan angle bergambar kena betullah, baru nampak real.




Nasib baiklah si kakak setia menjadi model untuk umi ambil gambar. Yang kembar tu dah kemana menghilang... excited tengok binatang.

4. Movie

Kita juga akan diberi 3D spec untuk menonton movie di sini. Ada la juga kesan lain seperti kerusi bergegar, bubbles, air semasa kita menonton. Tempat movie ni tak bertutup, so sesiapa saja boleh masuk. Kami ingat nak tengok movie lagi sekali, tapi dah ada ramai menunggu, so kami sambung lah perjalanan dalam Ocenarium ni.


5. Tarikan-tarikan lain

Jom lah tengok gambar kami dalam ni. Ada juga beberapa aktiviti interaktif yang boleh dicuba.
dalam section ni ada TV. Kita boleh nampak kita dalam TV tu, dan ada mcm2 effect seperti banjir, jerung dll

ini betul-betul di pintu masuk. dapat pegang Patrick Starfish
Akuarium besar sebelah movie
antara interactive screen. Tepuk2 ikan bagi meletup
7. Turtle Feeding

Ini lah saat yang dinanti. Makanan untuk penyu ni dibeli semasa beli tiket masuk. RM10.60 sebekas. Saya beli 1 je. 
Kawasan penyu ni cantik, macam tepi pantai gitu... Ada la 4 5 ekor penyu, kita baling2 makanan dari atas 'titi'.

jemput makan


Lepas kawasan ni, terus ke gift shop dan keluar. Jangan lupa borang kuiz tadi. Saya dapat 9/10 je betul. Aduhhhhh macam mana boleh salah 1 soalan ni.. so dapatlah 3 keychain, 3 fridgemagnet. Bolehlah.... free kan.

Ok, semoga entry ini membantu. Terima kasih sudi baca. Terimalah gambar terakhir dari sister shark do do do dooooo 

No comments:

Post a Comment