Wednesday, October 25, 2017

Travel: Cameron Highland - Butterfly Farm, Big Red Strawberry

Assalamualaikum wbt...

Entry sebelum ini saya telah share perjalanan kami ke Cameron Lavender. Balik dari sana, kami singgah di Butterfly Farm pula. Tempat ni di tepi jalan sahaja.

1. Butterfly Farm

Bayaran RM10 dewasa kalau tak silap. Tapi agak luas Butterfly farm ni. Ada juga spesis2 kumbang dan haiwan2 lain. Kebun sayur pun ada.




ada juga kumbang2

ada la haiwan sikit2 mcm arnab, ayam
dan sayur2an
Di sini gift shop dia kurang menarik la. Tak beli apa pun.

2. Big Red Strawberry Farm

Tempat ni dekat saja dengan hotel kami. Boleh jalan kaki je. Tapi kami drive sebab dari Butterfly Farm tadi. Agak menyesal jugakla drive ke sini sebab tak ada parking. Kena parking di atassssssssssssss sana. Sudahnya kami hanya makan2 kat sini, tak explore pun Strawberry Farm. Sebelahnya pun ada Cactus Valley. Bye-bye jela... tak masuk pun.

jalan masuk utk ke parking
adala tempat nak bergambar sikit2
jom serbu food court
pilihan makanan kami
Disebabkan parking di puncak dunia, nak turun agak curam lah. Masa tu pulak jalan basah, jadi seriau sikit. ALhamdulillah tak ada apa2 yg berlaku.

Sebenarnya sebelum ke Big Red ni, kami ke Pasar Malam dulu. Itu next entry insyaAllah.
terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment