Tuesday, July 11, 2017

Travel: Kuching 2017 - Damai Beach Resort, Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum wbt....

Entry sebelum ni saya ada share hari pertama kami di Kuching. Sekadar jalan2 ambil angin di area waterfront saja. Simpan tenaga untuk aktiviti hari kedua iaitu ke Santubong.

Tarikh: 10 Feb 2017 (Jumaat)
Tempat lawatan: Sarawak Cultural Village

Pagi kami dimulakan dengan mencari sarapan. Sebab saya tak ambil breakfast di hotel. Kami makan di Kopi O Corner. Ini pun antara tempat makan yang dicadangkan oleh para pengunjung. Kebetulan memang di dalam laluan kami nak ke Santubong. Jadi jom singgah...


Parking sini sangat limited ya. Saya siap kena saman sebab tak pamerkan kupon. Tak perasan owner kereta ada sediakan kupon. Tapi saya bayar la saman kepada owner tu. Dia caj tak sampai RM5.

Macam2 makanan ada kat sini. Macam mini foodcourt pun ada. Saya of course la ambil mee kolok sapi.

mee kolok sapi. sedap hoi!!!
Bila sudah kenyang, mari mulakan perjalanan ke Santubong atau lebih khusus, ke Sarawak Cultural Village (SCV). Dalam sejam perjalanan ke sana.

saja ambil gambar resort yg saya pernah menginap sebelum ni
Berkenaan Damai Beach Resort ni, boleh baca di sini ya.

Sebelum masuk ke SCV, bergambar dulu dengan ikon Sarawak, Kenyalang Putih. SCV ni berhadapan saja dengan Damai Central.


Plan asalnya taknak masuk pun SCV sebab baru je masuk bulan Ogos tahun lepas. Tapi adik2 dan mak saya tak pernah masuk, jadi marilah kita masuk haha. Harga tiket:
Dewasa: RM60
Kanak-kanak: RM30

berlatarbelakangkan gunung Santubong
Apa2 pun jom makan dulu.

set Sarawak Kitchen
Kalau kita nak masuk SCV untuk makan atau ke kedai souvenir saja, tak perlu bayar tiket. Boleh masuk secara percuma. Entry yang lebih terperinci berkenaan lawatan saya ke SCV boleh baca di sini ya. Sama saja aktiviti kami di sana. Di entry ini saya akan kongsikan aktiviti2 yang saya tak buat masa berkunjung ke sini kali pertama dulu ya.

1. Pakai Baju Sarawak

Puteri Santubong ke Sejinjang ni?
Lupa pulak nama rumah yang saya pakai baju ni. 1 baju RM10 saja. Worth to try.

2. Main buluh (apa nama betul permainan ni ya?)


Adik saya tu kurus tinggi, berlanggar2 lutut dengan dia masa melompat haha. Masa saya datang Ogos lepas, tak ada penari2 yang tunggu di rumah macam ni. Rezeki mak dan adik2 lah kali ni dapat layanan macam ni.

3. Solat di surau

Kali ni sempat solat di surau di bawah dewan persembahan tu. Alhamdulillah selesa.


Balik dari SCV singgah sekali lagi ke waterfront yang kami pergi semalam. Hari ni masuk ke lorong yang ada pasar. Tak ada beli apa2 pun, cuci2 mata gitu...


Sebelum balik ke hotel, singgah ke Top Spot untuk dinner. Seafood time... Saya dah pernah cerita pada entry Ogos lepas ya. Boleh baca di sini. Pada Ogos lepas, kami makan di Kedai 25 yang diwarwarkan oleh para blogger. Tapi pada kali ini, kami makan di gerai lain. Keluar je dari lif terus nampak peniaga (muslim) ni. Kecil je gerai dia, tapi alhamdulillah sedap.

jemput makan.....
Dah habis makan, balik hotel dan tidur. Esok aktiviti kewanitaan.... Pasar Satok haha. 
Berjumpa lagi di lain entry. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment