Friday, June 24, 2016

Share: Rawatan Gigi HTAR

Assalamualaikum wbt...

Kalau diikutkan hati, tak suka nak share pasal rawatan gigi anak2 ni. Sebab nampak sangat kurang rajin pemalas jaga gigi huhu... Lama simpan dalam draft ni. Kali ini kugagahi jua.

Punca masalah gigi
Rawatan gigi ni ketiga2 anak saya buat. 
Anak sulong: 7 tahun -  geraham belakang sekali (atas) kedua2nya memang berlubang tahap tak dapat diselamatkan lagi. 1 lagi, dia ada gigi tambahan. Kanak2 lain ada 20 gigi, dia ada 21. Gigi tambahan tu di depan, dan gigi menyebabkan gigi kapak dia keluar senget sikit.
Anak kembar: 6 tahun - gigi rapuh dan pecah

Anak sulong tu kes gosok gigi tak kena geraham la tu. Saya memang tak nampak condition gigi dia sebab belakang sangat. Kena pakai cermin untuk cek gigi tu baru nampak. Dah banyak kali dentist (pelajar dentistry) tampal, tapi asyikla tercabut. Sebab dah teruk sangat.

Yang kembar ni pulak, dari umur 1 tahun gigi kapak dah start pecah. Masa tu tanya paed (sapa suruh tak tanya dentist kan...), paed kata normal la tu gigi budak jadi macam tu. Makin lama makin teruk pecahnya, geraham semua pecah2.

Apa2 pun memang salah saya pun, lambat bawa anak2 jumpa dentist. Sepatutnya bila bayi dah tumbuh gigi, kena bawa jumpa dentist dah. Akhirnya bila si kembar ni dah 4 tahun, barula saya bawa ke dentist. Dentist UiTM saja, free maaaa... hehe. 

Gigi Rapuh
Bila Dr tengok, dia kata budak2 ni ada masalah enamel. Gigi diorang rapuh. Selain faktor tidur menggonggong botol, gigi diorang senang sangat pecah. Maybe ada kaitan dengan kelahiran pramatang diorang, sebab pembentukan gigi terganggu. Ni Dr kata ye, bukan personal opinion saya. Kisah kelahiran diorang ni saya share di sini

Disebabkan banyak gigi yang rosak, Dr cadangkan buat dalam keadaan diorang tidur (or pengsan?). General Anesthetic. Tapi di klinik UiTM tak ada kemudahan untuk GA, so kena pergi hospital. Saya pilih hospital, diorang akan buat surat. Saya pilih HTAR Klang sebab itu yg paling dekat. Masa tu hosp shah alam belum buka lagi. 

Proses di HTAR
Saya bawa surat rujukan yang Dentist UiTM bagi ke HTAR, bahagian pergigian. Lepas Dr check diorang dan setuju untuk buat under GA, kena jumpa dengan pakar anesthetic (kalau tak silaplah ye). Dia akan check kesihatan diorang. Kena bawa buku rekod kesihatan diorang ye. Yang ada tulis jadual vaksin semua tu. Diorang kena 100% sihat sepanjang 2 minggu sebelum surgery.
Masa check kesihatan ni, ada problem sikit. Sebab sepanjang anak saya follow up di Hosp Putrajaya (HPJ) dulu, Dr tak tulis dalam buku rekod tu (kecuali vaksin). So Dr di HTAR tak dapat nak tengok adakah anak saya boleh undergo GA atau tak. Takut ada masalah paru2 dll. Selepas ni saya bercadang nak minta rekod kesihatan anak2 saya dari HPJ, kot2 nak guna lagi in future kan.
1 lagi masalah ialah si kembar selsema masa jumpa Dr harini, so kena tunggu diorang sihat untuk dapatkan tarikh surgery. Si kakak dapat dulu, 4 Nov 2015. Tarikh surgery si kembar 3 4 kali jugak berubah2 sebab outstation dll. Setiap kali berubah tarikh, kena sign consent letter yang baru ye. Tapi tak perlu jumpa pakar anesthetic dah.

Surgery Kakak 4 Nov 2015
Jadi, kakaklah yang akan cantik dulu hehe. Dinasihatkan setiap anak yang akan lalui surgery, ada 2 dewasa yang perlu teman di wad. Senang nak take turn.
Pukul7 pagi dah kena masuk wad, bawa consent letter. Tak perlu bermalam pun, pukul4 petang nanti check out hehe... daycare dia panggil.
Hari surgery tu ada 3 budak termasuk anak saya. Giliran disusun mengikut umur. Yang paling muda akan start dulu. Anak saya yang kedua. Diorang kena puasa mengikut giliran masing2. Anak saya kena puasa mulai jam 5 pagi, iaitu 6 jam sebelum surgery. Kalau giliran yang pertama, maybe kena puasa mulai 2 pagi. Macam tulah lebih kurang. So bising lah dok lapar.. lapar... haha.

Dalam pkl9, pakar anes akan datang cek kesihatan anak. Macam yang saya katakan tadi, diorang tak boleh demam, selsema, batuk. Sebab nanti diorang akan bernafas guna saluran khas, takut tersumbat. Alhamdulillah anak saya sihat. Tunggu punya tunggu... dalam pkl11 giliran anak saya sampai. Berdebar wehhhhhh....

tunggu giliran

ditolak ke wad. Sorryla bergegor gambor


Untuk kanak2 6 tahun dan ke bawah, diorang akan diberi gas tidur. Bila dah tidur baru Dr cucuk jarum di belakang tangan tu. So si kakak ni dah 7 tahun, sepatutnya cucuk jarum terus. Seriau jugak saya. Tapi disebabkan sejuk sangat, tak nampak urat tangan. Maka, kakak pun ditidurkan dengan gas tidur hehe...
Sepanjang ditolak ke dewan bedah, ibu/bapa (seorang saja) boleh temankan. Kena tunggu sampai dia tidur, then kena keluar. Dr suruh cium anak sebelum keluar. Sedih baq ang... buat gigi je pun rasa macam kena bersalin haha. Proses lebih sejam, tapi tak sampai 2 jam. So masa yang ada tu, bolehla pergi makan dll. Tunggu di wad pun boleh. Dah siap nanti Dr akan call ambil anak. Memang tak nampak pun proses yang dibuat. Oh, kena pastikan anak kencing siap2 sebelum surgery.


dah siap
Gambar di atas ni, dah siap surgery. Tapi belum boleh masuk ke wad mula2 tadi. Dia panggil recovery. Dalam 30min - 1 jam jugakla duduk sini. Tunggu anak terjaga sendiri. Dr akan datang tengok dia sakit atau tak, atau ada bleeding. Lepas semua dah ok, baru anak akan ditolak ke wad tadi. Dalam pukul1.30 kot siap kakak ni. Maka bermula lah drama si Drama Queen ni.

gigi si kakak yang terlebih 1 tu.
Dalam wad, parents kena main peranan lebih. Anak saya ni pulak memang drama Queen, bikin gempak 1 wad saja. Dia punyala menangis masyaAllah.... jenuh dipujuk. Rupa2nya dia menangis sebab tak dapat rasa bibir/lidah. Ubat kebas tak habis lagi. So dia makan pun tak rasa apa. Ingatkan sakit.. hmm...

si drama queen
Disebabkan diorang lama puasa, nak bagi makan tu kena berperingkat. Mula2 bagi air sejuk dulu, ini hospital bekalkan. Dah nampak anak ok, tak muntah, baru bagi air milo. Saya rasa nurse suggest air soya kot, lupa pulak. Air ni atas inisiatif parents, ada je dijual di kedai bawah wad  ni. Anak saya 2 kotak dibantainya. Lepas tu boleh bagi aiskrim dan bubur nasik. Nasik dan aiskrim ni hosp sediakan.
Dekat2 pukul4 Dr akan datang untuk check lagi dan bagi tarikh appointment untuk followup. Ada 3 kali follow up.
Si kakak ni tadi nangis  bukan main lagi. Tapi balik rumah menjaja cerita experience dia kat si kembar. Sebab next giliran si kembar pulak.

Surgery Kembar 16 Dis 2015
Kali ni saya dan suami lebih bersedia. Dah expert kata omputih hehe. Nurse2 kat sini sangat peramah dan helpful. Pandai layan budak2.

dah check in. Mengebat ko ye dik...
Kali ni giliran anak saya kedua dan ketiga.

main2 dulu sebelum surgery
Waktu untuk surgery lebih kurang macam ni:
Orang pertama: 9 - 11am
Orang kedua: 11 - 1pm
Orang ketiga: 1 - 3pm
Orang yang ketiga kesian sikit sebab tak sempat sedar sepenuhnya dah kena checkout pkl4. Anak saya lah tu. Proses semua sama je macam kakak dia. Cuma kali ni kami tak banyak masa berehat sebab 2 orang berturut2.

Yusuff lepas surgery, dah berada di wad

Umaar
Si kembar ni tak ada drama macam kakak dia. Tapi Umaar tu lama jugak nak hilang kesan ubat dia. Makan minum pun taknak sebab nak tidur. Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk ketiga2 anak saya. Terima kasih pihak HTAR, bahagian pergigian paediatrik khususnya.


tadaaa... dah hensem
Gambar atas ni saya tunjuk gigi depan saja. Tapi di geraham diorang ada yang dicabut, dan ada yang disalut dengan besi (tak tahu nama benda tu huhu).

macam biasalah, kena bg reward

Sampai sekarang masih follow up gigi diorang. Sebab jarak antara tarikh follow up tu agak jauh. Si kakak pulak dah buka kes baru, iaitu gigi kekal dia tumbuh tak rata. So panjang lagilah jodoh dia dengan HTAR ni hehe... Saya sangat berterima kasih dengan kerjasama semua pihak especially Dr dan nurse di klinik gigi paed ni. Concern sungguh diorang dengan gigi anak2 ni.
Kos untuk setiap anak masa surgery ni ialah RM51.50. Murah kan? Saya free sebab guna GL. Follow up semua maybe lain lah harga, tapi masih murah, dan saya masih free. ALhamdulillah....

Kesimpulannya saya sangat cadangkan rawatan gigi di HTAR ni. Hosp Shah Alam pun dah beroperasi. Maybe dah ada jugak service ni.

Terima kasih sudi baca. Harap entry ini membantu. Jagalah gigi anak2 kita...dan gigi kita jugak huhu











2 comments:

  1. Thanks for sharing your thoughts with us. It is useful for dental related treatment.
    Dentist in Surat
    Dental Clinics in Surat

    ReplyDelete
  2. Appreciative to you for your post. This data is marvelous, It is puzzling and amazing to visit your Website. We offer personalized, dentle care that is always focused on your comfort level and health. Smilekraft Dental Clinic is best dentist in mumbai that gives broad dental treatment through experienced dental specialists.

    ReplyDelete