Monday, September 3, 2012

Resepi: Cotton Soft Japanese Cheesecake Kukus

The cake..yummy!!

Salam. Gara2 nak habiskan cream cheese yg bbaki dalam peti ais, thasil la cheesecake ini. versi asal adalah bakar, tp saya tukar kepada kukus.

Resepi Asal


Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon1/4 sdk garam

60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu saja.

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Kukus 1 jam. kalau nak bakar:
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bawah higga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, kalo tak nak buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak dlm oven then bakar ler, tu aje).

semasa dikukus. mak aiiii kembungnya...




bila tutup api, pufffffff...kempis sudah..




bila dibiarkan sejuk, lagila btambah slim. tp tak mlekat pada loyang.

Semoga membantu dan selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment