Showing posts with label riyadh. Show all posts
Showing posts with label riyadh. Show all posts

Saturday, December 28, 2019

Travel: Riyadh - Viola Garden Apartment

Assalamualaikum wbt

Saya berada di Riyadh atas dasar kerja iaitu selama 5 hari 5 malam ( 7 - 12 Dec 2019). Ringkasan cerita Riyadh saya boleh dibaca di sini.
Sepanjang berada di Riyadh, saya telah menginap di Viola Garden Apartment. Booking of course melalui Agoda kesayanganku. Total 5 malam ialah RM1074.83 termasuk tax. Jadi lebih kurang RM215/malam.

Kami sampai di airport Riyadh hampir jam 5.00 petang (cerita kisah penerbangan di sini). Dah gelap pun di sini. Plannya nak berjimba sekejap tapi tak berjaya haha. Dalam arrival hall boleh dikatakan tiada apa2 tarikan utama. Hanya ada beberapa cafe, farmasi, kedai runcit ringkas (saya beli syampu) dan kedai telekomunikasi Zain, Mobily dll.

Jadi tanpa membuang masa, kami pun menggunakan apps UBER. Sini tak ada grab ya. hanya uber dan careem.

menunggu UBER di luar airport
Dengan tambang 53 riyal, kami pun tiba di penginapan kami Viola Garden Apartment. 
Alamat: 2813 Prince Saud Ibn Muhammad Ibn Muqrin , Al Izdihar, Riyadh, Saudi Arabia 11485

1. Kenapa saya pilih Viola Garden?

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, saya ke Riyadh atas dasar kerja di PNU. Jadi apartment ini berdekatan dengan PNU. Itu saja alasan saya haha. 

dari luar kurang jelas sebab warna putih tulisan FIOLA (VIOLA) nya
check in
lobi. ada komputer. maybe boleh disewa kot

ada tv di lobi
Lepas check in, kami mencuba teh yang disediakan. Ada kurma juga. Tapi tehnya rasa inai haha... perasa apa wallahu alam.
silakan minum

Masa check in tu, dapat la snack. biskut kurma maybe


2. Apartment kami


Viola Garden ni berkonsepkan apartment. Kami di tingkat 3, bilik 306. Apartment kami 1 bilik tidur. Ada tandas (of course), mini kitchen, ruang tamu besar ya amat, meja makan, peti ais, microwave. Aircond pun ada 3: ruang tamu, meja makan, bilik tidur. Tapi disebabkan cuaca sejuk, kami selalu juga off aircond.

ruang tamu

TV di ruang tamu

ruang makan

dapur mini dengan electric stove

bilik tidur

toilet. ada hot shower 
Peralatan memasak
Banyak juga perkakasan memasak yang disediakan. Periuk, frying pan, sudu garfu, cerek manual, cawan, pinggan, dll. Kebetulan kami memang bawa rice cooker sendiri.

rice cooker kami

Rice cooker ni setia dari 2013, beli masa nak ke hongkong. (baca berkenaan hongkong di sini).

konsep kukus
Tapi, 1 benda yang kurang best di sini ialah view dari tingkap bilik memang syahdu sangat haha

view dari bilik haha

masih view dari tingkap yang sama

3. Sekeliling Apartment

 Saya ni takut-takut juga nak merayau di Riyadh ni. Yelah, entah macam mana pandangan lelaki diorang pada perempuan asia kan. dahla tak berpurdah, tersengih2 kat semua orang haha. Jadi, saya memang tak kemana-mana sangat. Tapi, sempat juga la survey kedai-kedai sekeliling apartment ni.

Nota: Saudi Arabia tak ada google street, so agak susah nak agak keadaan sesuatu tempat tu

stadium agaknya di seberang jalan sana

Viola Gardens ni rupanya banyak kemudahan di sekelilingnya. 
Kiri: kedai makan, laundry
Kanan: Farmasi, kedai makan dll

google maps viola garden
di depan apartment

kotak hijau: kedai makan falafel (macam sandwich)

kedai falafel
sebelum kotak biru tu, kedai tamees (macam roti naan) dan kedai fool (macam kacang pool/daal gitu). Kedai tamees tu dalam google maps ditulis Timis Bakery. Jangan ingat bakery biasa ya, macam dalam gambar ni haaaa... haha

kedai tamees
kedai fool dan tamees sebelah-sebelah

kotak biru: farmasi

kotak ungu: kedai runcit. saya beli sabun basuh pinggan dan sabun basuh baju di sini 

kedai runcit
kotak oren: kedai makan Mat'am Shajaratul Zaitun (kedai pakistan). Sekali saja beli makanan di sini, 1 bungkus nasi kabshah ayam. 15 riyal. Tak habis makan berdua huhu.

Selepas kedai oren tu ada juga kedai buah-buahan, tapi tak pernah pergi.

kabshah chicken

deretan kedai lain
Banyak juga kedai-kedai lain area ni, cuma kami tak round sangat. Kalau lintas jalan, lagi banyak boleh explore

seberang jalan sana
4. Aktiviti Memasak

Adalah beberapa kali kami memasak. Kami bawa dari Malaysia rice cooker, beras dan adabi dalam tin (kari ayam, daging). 

pinggan disediakan
sosej beli di Carrefour Granada Mall
dapur elektrik
panaskan kari ayam
 5. Plug

Ini 1 lagi kekurangan apartment ni, plug dia majoriti dua pin macam ni.  1 je plug 3 pin macam malaysia, iaitu betul2 di dapur elektrik tu. adoi.... jenuh nak masak sambil caj hp haha.


plug 2 pin

Tapi hotel kami di Madiah dan Makkah semuanya 3 pin. 1 lagi, apartment ni tak bagi towel kalau tak minta. Kami minta, dan dapat 1 je. Sabo jela... haha. Iron pun kena minta.
Apartmentnya banyak 2 pin. Tapi peralatan dalam ni (iron, kettle) pakai 3 pin. Dahla berebut 1 plug tu je huhu.

Apa2 pun saya sangat berpuas hati dengan penginapan saya di sini. Receptionist pun ada yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya, diharap entry ini membantu para pembaca. Terima kasih sudi singgah di sini. InsyaAllah next entry berkenaan penerbangan kami ke Madinah dengan Flynas.




Friday, December 27, 2019

Travel: Riyadh - Iternary, Granada Mall dan Ringkasan

Assalamualaikum wbt..
Saya di Riyadh atas dasar kerja (mengendalikan bengkel software) di Princess Nourah Bint Abdul Rahman University (PNU). Berkenaan visa saya, boleh dibaca di entry sebelum ini ya. Dalam entry ini saya ingin berkongsi secara summary perjalanan saya di Riyadh.

alhamdulillah selamat tiba di Riyadh

Day 1: 7 Disember 2019
Flight KLIA ke Riyadh menggunakan Air Arabia pada jam 9.55 am selama 7 jam 50 minit.
Transit di Sharjah selama 2 jam. Kemudian menyambung flight Sharjah ke Riyadh menggunakan Air Arabia selama 2 jam.
Kami tiba di Riyadh lebih kurang 5pm, dah malam di sana. Jadi tak ada apa2 aktiviti spesifik, terus nak ke hotel saja. Kami book UBER dengan apps untuk ke hotel dan check in Viola Garden Apartment. InsyaAllah akan ada entry khas berkenaan Viola Garden ini.
UBER charge: 53 riyal

Entry berkenaan Air Arabia boleh dibaca di sini. 

Day 2: 8 Disember 2019
Kami memasak saja di apartment pagi ni. Kemudian kami ke Granada Mall menaiki UBER (14 riyal).

OOTD dulu walaupun..... haha
tiba di Granada Mall
Mall ni modern, ada pelbagai butik mewah. tapi tak ada wayang lah. 2 tingkat. 

nak masuk waktu zohor, so kedai tutup 
krispy kreme


kami masuk mini so beli stokin haha

kedai barangan sukan
 Disebabkan waktu zohor, kebanyakan kedai memang tutup. Jadi kami pun solat juga. Surau lelaki sangat besar. Surau perempuan pula di gabung dengan tandas dan agak kecil.

ruangan solat, kiri tu tandas
Ada juga ruang solat private mcm ni. Siap disediakan sejadah
 Lepas solat kami pun ke Carrefour memantau bahan-bahan hehe.

buah-buah menjadi keutamaan
saja pantau maggi walaupun memang ada bawa bekal
sebahagian dari hasil pantauan haha. peti ais tu idok le... itu apartment punya
Dah habis shopping, marilah memenuhkan ruang perut. Kami ke foodcourt.

antara kedai yang ada
kedai pilihan kami, Aladdin

lupa pula berapa riyal. 40 kot


Kami makan 1 set saja, sebab amaun banyak untuk saiz perut kami.  Sebelah food court ni ada theme park. Extreme juga game2 dalam ni, tapi takla se extreme genting tu. Jadi kami makan sambil terdengar jeritan-jeritan orang dalam tu haha.


Selepas makan, kami pulang ke apartment dengan UBER juga. tambang pun lebih kurang datang tadi, dalam 14 riyal.

Day 3 - 6: 9 - 11 Disember 2019

Pagi2 sempat kami bersarapan dulu dengan Tamees. Ala2 naan la juga. Paling basis 1 riyal je. Kalau nak cheese, 4 riyal.

kedai kecil je tapi pelanggan tak putus
zoom out sikit

nak sapu minyak sapi, sapu sendiri haha
Tapi roti ni tak ada kuah. So kami makan dengan kari daging yg dibawa khas dari Malaysia. Adabi!!!!



Hari-hari lain saya spend dengan aktiviti kerja di PNU. Tak ada apa2 saya nak cerita di sini. Just gambar PNU saja.

PNU yang gah dan mewah
PNU pelajarnya semua perempuan, siap ada metro/train lagi dalam tu ok. memang terasa mewah ya amat.. tapi saya tak naik la train tu. tengok je

Day 7: 12 Disember 2019

12hb kami ambil flight dari Riyadh ke Madinah menggunakan flynas. 

OOTD jua walaupun hitam saja hihi
Kami book UBER ke airport (40 riyal). Flynas ni di Terminal 5. InsyaAllah akan dikongsi di dalam entry lain.

jom check in

flight flynas
Penceritaan yang lebih lanjut boleh di baca di entry yang lebih spesifik. Semoga entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.