Showing posts with label microsoft word. Show all posts
Showing posts with label microsoft word. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Tips: Microsoft Word - Grouping Picture and Text Box

Assalamualaikum wbt...
Hari nisaya nak berkongsi teknik bagaimana nak groupkan "picture" dan "text box" dalam MW 2007. Kes ni selalu saya hadapi bila nak label gambar. tapi gambar dan text box tak boleg di GROUP macam tu saja.

GROUPING TEXT BOX
Grouping sesama TEXT BOX tak ada masalah sebab formatnya sama. contohnya kita buat flowchart, senang nak copy paste ke tempat lain.
Create la textbox dulu

Katakanlah flowchart macam ni kan.. 
select setiap box, then FORMAT->GROUP. lepas GROUP boleh UNGROUP in case nak ubah position, dan boleh REGROUP balik tanpa perlu select semua.

Kelebihan GROUP, kita boleh drag or change position flowchart tu serentak tanpa perlu select one-by-one

GROUPING TEXT BOX WITH PICTURE
Text box dan picture formatnya berbeza. so memang tak boleh guna function FORMAT->GROUP tadi. jom tengok macam mana pulak teknik untuk groupkan textbox dan picture,

Letaklah picture dulu kan...

tukar format picture kepada SQUARE atau mana2 pilihan selain IN LINE WITH TEXT

INSERT->SHAPE->NEW DRAWING CANVAS untuk meletakkan picture dan flowchart dalam kanvas yg sama

copy picture tadi, paste kan dalam box canvas

copy paste jugak flowchart tadi. position boleh diubah2

kecikkan kanvas mengikut saiz yang sepatutnya. boleh drag sendiri atau klik FIT saja untuk automatik

ok, dah boleh drag sama2 dah picture dan textbox ni. 

saya selalu hadapi problem ni bila saya ENTER, picture je bergerak tapi labelnya tertinggal. label ni susah sikit nak copy paste ke page lain.

dengan drawing canvas ni, masalah saya dah selesai... harap membantu ye.
terima kasih sudi membaca...

Tuesday, August 7, 2012

Tips: MW - auto referring equation etc

Salam. Bila menulis berpuluh2 pages, pembetulan untuk equation number, table, figures di dalam teks adalah sangat memualkan. di sini saya nak share cara automatik untuk betulkan semua tu.
tetapi sebelum boleh auto kan semua ini, equation, tables, dan figures mestilah dilabel menggunakan kaedah "insert caption" yg saya telah kongsikan pada sini dan sini.
pada tempat yg nak dimasukkan reference, klik "cross referrence" pada menu "insert"

pilihlah samada "figure" atau "(" untuk equation, dan pilih "only label and number" (jika berkenaan)

inilah hasilnya. font masih boleh diedit.
kaedah ini sangat mudah untuk melakukan pembetulan jika ada. semua referred number (equation,figure,table) akan berubah secara automatik.
jika tak automatik, gunakan kaedaj:
select all (CTRL A)->klik kanan->update field.
kaedah ini akan menyebabkan semua auto field (table of content, eq number, etc) akan automatically updated.
semoga membantu!

Tips: MW - auto numbering figures

Salam. Sebelum ini saya ada berkongsi tips untuk auto numbering equation dalam microsoft word. hari  ini saya nak kongsi pulak bagaimana untuk auto numbering figures.
secara asasnya, sama saja macam numbering equation.
kelebihan auto numbering untuk figures adalah kita dapat autokan juga LIST OF FIGURES nanti.
klik kanan->insert caption

taipkan label yg dikehendaki

selepas OK, editlah kedudukan/style label tersebut

tips tambahan:
disebabkan banyak label (equation,endnote,figure,table) yg digunakan dalam 1 fail MW, ada cara mudah untuk update semua serentak.
select all (CTRL A)->klik kanan->update field
semoga membantu!

Wednesday, July 18, 2012

Tips: MW - auto numbering equation

Salam semua. masih lagi dalam semangat writing thesis. dalam writing, melabel nombor equation adalah sangat remeh dan boleh menyesatkan! haha. yela, kadang2 kita nak masukkan equation baru, tak pasal2 kena rewrite balik semua equation number kan. so ada cara yang auto! suka! jom tengok..


klik kanan -> "insert caption"


klik "new label"

taip "(" pada ruang label tu, klik "ok"

akan keluar "( 1" pada ruang atas tu. sebelah "1" tu taipkan 1 space dan ")"

"( 1 )" akan muncul di bawah. so highlight equation dan (1), klik insert table-> convert text to table

jadikan 2 column, 1 row

tadaaaaa... editlah mengikut kegemaranmu

equation align to center, number align to right. table tu invisiblekan ok

save table ni dalam insert->table->quick tables->bawah sekali...
letaklah nama apa2 pun untuk table tu

untuk next eq, just ambil dari template sahaja.

tadaaaa... auto jadi eq number tu.
kalau eq number tak auto, just klik kanak->update field

semoga membantu!!!!

p/s: Kadang2 equation number tu tak auto update bila kita insert new equation sebelum equation yg sedia ada. so, kena select all (CTRL A), then klik kanan dan "update field"

Tuesday, July 17, 2012

Tips: MW - Table of Content Part 3

Salam semua. bersambung kembali.

8. Masukkan Page Break supaya tak mengganggu page khas untuk TOC
klik INSERT->PAGE BREAK
9. pada page yang first page yang kosong, masukkanlah TOC
REFERENCE->TOC

hasilnya...

untuk update
kalau ada perubahan page number, just klik kanan pada TOC tu, then update field.
tak perlulah kita nak pergi one-by-one setiap page untuk masukkan page number.
easy kan??? suka sangat!
pandai2 lah explore lagi ok.

semoga membantu!!!

p/s: list of tables, figures pun boleh auto kan macam ni. tapi lain kalila saya cerita ok

Tips: MW - Table of Content Part 2

Salam Semua. Kita sambung tips untuk TOC ok.

4. Untuk Heading 2, kita buat macam Heading 1 tadi. 
contohnya, highlight "Rumah Banglo", klik "Heading 2". Modify lah macam mana yang digemari.
Untuk numbering, tak perlu risau sebab boleh diedit selepas "modify" tu.
MW bagi 1.0, saya nak 2.2.1
no problem, edit sendiri2 je.

5. Untuk 2.2.2, 2.2.3, boleh copy format je dari 2.2.1 tadi. 
contohnya, 
- highlight "2.2.1 Rumah Banglo"
- press CTRL+SHIFT+C (untuk copy format)
- highlight "Rumah Teres"
- Press CTRL+SHIFT+V (untuk paste format)
contoh yang dah siap semua heading

6. untuk cek sama ada semua heading kita ni betul or tak, kita gunakan dokument map (dalam VIEW)
klik VIEW->DOCUMENT MAP
boleh dilihat pada sebelah kiri.
sekiranya ada tersalah label heading, takde masalah, just highlight balik topik tu, dan klik pada jenis heading yang betul.

mana TOC nya? haha, next entry ok...
Semoga Membantu!

Tips: MW - Table of Content Part 1

Salam semua. saya sedang mengalami semangat writing. writing (thesis terutamanya) adalah amat mudah menggunakan Microsoft Word. Kita tak perlu membuang masa untuk perkara2 remeh contohnya table of content (TOC). jadi saya nak berkongsi bagaimana MW memudahkan TOC kita.

1. Setkan ayat2 yang kita nak jadikan sebagai tajuk chapter/sub-topik
contoh karangan saya, hehe
2. Dari contoh di atas. tajuk karangan saya ialah "Rumah Saya". Topik2 utama yang saya nak bincangkan ialah:
   1.0 Pendahuluan
   2.0 Jenis-Jenis Rumah
         2.1 Rumah Banglo
         2.2 Rumah Teres
               2.2.1 Teres 2 tingkat
               2.2.2 Teres 1 tingkat
         2.3 Rumah Flat
   3.0 Penutup

jadi, yang topik bertand "1.0, 2.0, 3.0" saya akan setkan sebagai Heading 1. Style untuk Heading ini boleh diedit.
highlight satu-persatu or kesemua sekali pun takpe
klik kanak untuk modify heading 1
modify sesuka hatimu
untuk format numbering

3. Lepas dah modify Heading 1 tu, Topik2 lepas ni dah boleh klik aje kat situ.
highlight "penutup", klik "Heading 1" 

Heading 2 akan diteruskan di next entry. tapi basically sama sahaja.
Semoga Membantu.