Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Travel: Langkawi - Pantai Cenang

Assalamualaikum wbt...

Keindahan Pantai Cenang waktu pagi dah di share di sini. Sekarang nak share waktu sunset pulak. Parking di tepi jalan, dan lepak sini sampai sunset. mandi pun sejuk je air... tapi towel lupa nak bawa. kedai2 tepi jalan banyak jual, RM20 la harga. so kibas2 je bagi kering, jimat... lagipun kereta sewa kan... hehe

pagi2 kosong je. petang full!!! 





cuaca redup... pasir sejuk.... best...


tujuan ke sini untuk tengok sunset. subhanallah...... cantik sangat2. rasa romantik...
kat Pantai Cenang ni dah ada signboard pasal pencegahan maksiat ye.... jangan main2.... haha. Sila lah bawa tikar jugak. saya tak bawa pun. nasib bawa baju mandi budak2 ni. duduk jela atas pasir... lepas mandi bilas dengan air paip AB Motel dan balik hotel....

terima kasih sudi baca....

Travel: Langkawi - dataran lang dan HIG

Assalamualaikum wbt..

Tempat wajib di Langkawi of course Dataran Lang dan Kompleks Haji Ismail Groups (HIG). Kedua2 tempat ni agak jauh dari hotel kami. tapi sesiapa duduk area kuah, dekat la.

Dataran Lang
Dataran Lang ni betul2 sebelah jeti kuah. lepas sewa kereta masa sampai tu, kami nak ke sini. tapi disebabkan tersalah masuk jalan, so kami ke sini lepas island hopping. masa tu dah petang, so parking FREE. kalau tak kena kupon rasanya.
Disini tak ada apa2 pun. ada la gerai sikit2. cuma nak bergambar kenangan dengan landmark Langkawi iaitu burung helang.



dari parking ke tugu




Kompleks HIG
Saya tak ke idaman suri. so shopping di sini saja. tak beli pinggan mangkuk pun. just borong chocholate sampai RM300 hehe...


dah ada hotel sebelah ni. HIG punya jugak


hasil borongan. nutella pun borong jugak.

Itu saja untuk kali ini. terima kasih sudi baca....











Friday, March 28, 2014

Travel: Langkawi - oriental village dan cable car

Assalamualaikum wbt,

Pagi2 lagi kami bertolak ke cable car. Dari hotel kami agak dekat jugak, dalam 15 minit. tapi kalau dari pekan kuah mungkin lebih dari 30 minit.

Makan2
Masa mula2 sampai kami sarapan dulu. Ada 1 kedai dalam area parking sini. Ok la jugak ada bihun goreng, nasi lemak, kuih2 sikit.

kawasan parking. yang berbumbung tu kedai makan


Oriental Village
dalam kawasan cable car ni ada banyak aktiviti boleh buat. refer peta bawah untuk gambaran penuh oriental village ni.


nampak ke tu???

pintu masuk





kereta kuda. RM5/person
atas kereta kuda


sedekah makanan untuk para ikan


naminara garden. ala2 korea


view

Gangguan Angin
Lepas sarapan tu kami terus menuju ke kaunter tiket. tapi angin agak kuat, so tak boleh naik lagi. So kami pun jalan2 la dalam tu dulu. 2 3 kali jugak berlari2 ke kaunter sebab nampak macam orang dah beratur, tapi rupa2nya tak buka lagi pun... so kami teruskan berjalan2. sekali tengok dah panjang berjela orang beratur. dekat sejam jugakla baru kami dapat naik.


nak pakej dgn duck tour pun boleh..... naik depan pintu masuk oriental village ni.



Add caption


first stop, ada surau dan toilet


view dari 2nd stop rasanya


dari first stop nampak 2nd stop
angin memang sangat kuat atas ni. takut anak terjun pun ye jugak.... banyak2 la berdoa ye hehe.

terima kasih sudi baca.

Thursday, March 6, 2014

Travel: Langkawi - Island Hopping

Assalamualaikum wbt....

27/1/2014 (Isnin)

Pakej island hopping (IH) ni saya beli masa hari pertama sampai Langkawi a.k.a sehari sebelum. 
Lepas check in hotel dan makan laksa power, kami bertolak ke pantai cenang utk beli pakej ni. landmark nak cari pantai cenang ni is AB Motel. Kami pun beli pakej dari hotel ni.

harga
ada jugak kami survey di pengkalan (tempat bot2) berdekatan Awana Porto Malai. Harga sana dalam RM30-35. Harga AB Motel RM25 dewasa. Kanak RM20 kot... (lupa lagi. kena check balik yeee)

mangrove pun ada ye. RM50/dewasa. next time kita try ni pulak.

AB Motel

kaunter utk beli pakej

waktu bertolak
time kami adalah pukul 9.30. pukul 9 pun ada, tapi dah full. tempat nak naik bot tu dalam 5-10minit macam tu sampailah. 

so berkumpul di depan AB Motel, naik van yang disediakan. since kami sampai awal,  kami breakfast KFC dulu di tepian pantai. KFC area pekan cenang tu jugak.

bersarapan di tepian pantai. bilik2 pada background tu AB Motel. bestnya buka2 pintu nampak laut

pantai cenang waktu pagi. aman damai

van untuk ke island hopping. naik depan AB Motel

Aturcara
aturcara pun bolehhhhhh.... aktiviti sepanjang island hopping ni ada 3:
-  pulau dayang bunting
- eagle feeding
- pulau beras basah

mula2 ingatkan kami akan naik dari jeti sebelah awana tu. nasib baik tak derive terus ke sana. rupa2nya kami naik tempat lain. pakej dengan AB Motel je naik dari sini kot. sebelah The Lanau (ke the lanai??? hotel/spa rasanya).

menunggu bot

rilek2... jangan rebut. 
tak ada apa nak direbutkan pun... tanya je adik tu, lepas ni ada bot lagi tak. kalau ada, rilek rilek brader rilek...
kami pergi ni isnin. kami je org malaysia rasanya. yg lain2 tu nampak macam asal dari China. adala pasangam Philipines 1. tapi semua mesra... rajin senyum. almaklumlah melambung di dalam bot bersama2. serius ok... memang melambung2.


Pulau dayang bunting. ada je toilet (kanan) dan surau (kiri). sila masuk awal2 sebelum mendaki lah ye. 
tangga banyak ya amat!!!! ada dalam camera lain. rasa macam tak berbaloi naik/turun tangga dengan nikmat di sini. macam tak ada apa je... untuk yg scuba mungkin la enjoy. tasik ni pun sangat dalam, kena pakai lifejacket. kalau tak, silalah mandi di dalam takungan air taasik ye. ala2 kolam gitu. serius tak berapa best.

pulau beras basah
pulau beras basah tak ada toilet. tp ada kedai jual air2. makanan tak pasti pulak. best jugak mandi sini. tapi seriau tengok bot dok lalu lalang belakang manusia

hasil dari island hopping. tak payahlah nak berdress bagai ye... turun dari bot kena lompat dalam air jugak. 
kami tak bawa baju salin pun. sehelai sepinggang gitu.... bawa towel, air mineral, biskut. balik dari pulau beras basah ni (last destination), pasir masuk mata sbb angin masa naik bot. pejam mata siap2 ye.... hehe

insyaAllah next saya akan share pasal cable car pulak. 
terima kasih sudi membaca

Thursday, February 27, 2014

Travel: Langkawi - One Hotel Helang

Assalamualaikum wbt...
Pertama sekali saya confuse sikit nama hotel ni. one hotel helang or one helang hotel???  sama je kot. jom tengok lokasi
sebelah je dengan airport

1. hotel ni bersebelahan dengan airport. tapi amatlah berjauhan dengan pekan Kuah dll. saya pilih hotel ni sebab saya ada urusan di sheraton. so hotel ni dalam 10minit ke sheraton

2. hotel ni jugak dalam 10minit ke Oriental Village/cable car. kalau dari pekan Kuah, kena tambah dalam 25minit lagila.

3. hotel ni berdekatan dengan pantai cenang yg ada laksa power tu. tak sampai 5 minit kot. bukan pantai cenang yg boleh mandi2 tu ye. yg mandi2 tu dalam 15minit jugak nak sampai.

4. Harga hotel
RM685.63 untuk 3 malam. so 1 malam berapa??? dalam RM228 camtu
 RM685.63 ni dah termasuk tax. saya ada dapat diskaun sikit dari Agoda sbb ada point terkumpul. so saya claim dalam RM80+ macam tu. jadila harga macam ni.

5. Kemudahan yg ada
- wifi: kena bayat
- gym: mcm tak function je. saya cakap mcm ni sbb masa mandi pool nampak la peralatan gym ni tersadai tepi pool. kalau ada peralatan lain dalam bilik khas tak tahulah kan
- pool: ada pool dewasa dan kanak2
- breakfasr/dinner: saya tak makan langsung di hotel ni. harga bilik saya tu without breakfast ye
- bilik: ada bathtub, shower, 2 queen, bench (tepi tingkap dan boleh tidur sorang lagi kat situ)
- lokasi: jauh dari tempat2 makan, kecuali geng2 laksa power dekat pantai cenang tu

Marilah lihat gambar2 hotel ni.


dari luar hotel

laluan hotel

pool kanak2 dan dewasa

pool dewasa

pandangan pool dari bilik kami. bilik 260 kot. lupa plak

ruang menunggu yg luas.

bilik 2 queen + 1 bench yg tepi tingkap tu


bath tub

shower
itu saja perkongsian pasal pengalaman di hotel ni. so far agak berpuas hati. 
terima kasih sudi membaca

Tuesday, February 25, 2014

Travel: Langkawi - Feri dan Sewa Kereta

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak ke langkawi. Rasa2nya dalam 20 tahun lepas las pergi kot. Zaman budak2, semua parents uruskan. Memang tak ada 1 fakta pun dalam otak ni. yang saya ingat beras terbakar n makam mahsuri hehe...

secara ringkas aktivi kami kat sana:

26/1/2014 (Ahad)
- naik feri ke langkawi
- pekena laksa power
- tidur hehe

27/1/2014 (Isnin)
- Island Hopping
- shopping cekelat
- dataran Lang

28/1/2014 (Selasa)
- Oriental Village - Cable car dll
- pantai cenang (sunset)

29/1/2014 (Rabu)
- bertolak balik

26/1/2014 (Ahad)
Kami sampai jeti kuala perlis lebih kurang 12.10. sebenarnya sampai lebih awal, tapi gi toilet lah, round2 pilih parking lah..... so 12.10 baru sampai kaunter tiket. terlepas lah feri pukul 12 huhuhu..... next feri 1.30 petang. nak pi makan dulu pun malas, maka kita lepak2 saja kat dalam jeti tu.


singgah masjid, tumpang toilet. tak boleh parking sini ye... kena tow nanti

kalau rajin nak bawa kereta sendiri ke langkawi pun boleh. kalau tak silap kereta sedan dalam RM300 (return), dan MPV dalam RM400 (return). tiket penumpang pun kena bayar ye... proses nak masuk kereta, dan perjalan sampai ke Langkawi makan masa dalam 3-4 jam rasanya. Lain kali boleh try ni.. sebab sewa kereta sana dah RM300. nak beli barang banyak2 pun tak boleh sebab fikir nak naik feri. kalau kereta sendiri senang hatilah nak shopping kan...

Parking di Jeti
Banyak parking sekitar jeti ni. pandai betul bisnes orang2 sini ye. so saya ambil parking berbumbung, caj RM10/day. dia kira 4 hari, maka RM40 lah. terus bayar dan simpan resit utk collect kereta nnt ye. Parking saya ni memang sebaris dengan jeti, dalam 50 meter kot jalan. tak perlu cross the road.


ni parking pilihan kami


dah siap park. yeayyyyyy
Feri
Tambang dewasa RM18/way. kanak2 RM13/way


hari ahad tak ramai orang ke Langkawi. tp dari Langkawi ramaiiiiiii

Kereta Sewa
Saya sampai sana Ahad dalam pukul2. So memang off peak. Sebelum ke Langkawi ni, saya ada survey jugak nombor2 sewa kereta. buat perbandingan. tapi takla terus book. konon2 sampai Langkawi baru nak sewa.

Mas di jeti pun ada offer kereta sewa di kaunter tiket. harga lebih kurang yg saya survey la. kita bayar, nanti sampai Langkawi kereta dah tunggu. tapi saya risau jugak, betul ke tak benda tu kan. tapi insyaAllah boleh dipercayai.

Dipendekkan cerita, saya tak book awal2. saya imagine sampai sana mesti ramai penyewa kereta approach. tapi...... ada sorang je approach saya huhu. mahal la jadinya. Sewa SAGA FLX (auto) RM70/day. Kalau ikutkan survey saya boleh dapat VIOS dgn harga tu huhu. Dia kira 4 hari (ahad-rabu) RM300 (RM250 sewa +RM50 deposit). kereta pun hidup segan mati tak mahu hahahaha....

kereta sewa kami yg hebat ya amat!!!

Laksa Power
Lepas dapat kereta, konon2 nak singgah dataran Lang dulu sbb sebelah je dengan jeti. tapi tersalah masuk jalan, so marilah kita ke hotel. Pasal hotel story kemudian ye.
Hotel kami dekat sangat2 dengan laksa power ni. sebelah je dengan airport. so terus lunch disini.
saya and husband mmg peminat laksa. tp bagi saya rasa dia biasa2 je. tapi husb kata sedap luar biasa. so yg mana satu?? tepuk dada tanya selera noooo

lokasi laksa power: pantai cenang berdekatan airport
tediaaaaa laksa power baq angggggggg


selain laksa power, ada jugak nasik ayam madu, pasembur dll. semua dalam van2 putih tu. area pantai cenang ni tak ada apa attraction pun. pantai sebelah tu tak boleh mandi kot. ada pantai cenang satu lagi ye...... nak ke area ni, cari airport je.  sambil makan laksa, boleh tengok kapal terbang naik/turun.
p/s: toilet pun takde ye kat sini....

ok, next entry pasal hotel pulak. terima kasih sudi baca.