Showing posts with label da nang. Show all posts
Showing posts with label da nang. Show all posts

Sunday, February 24, 2019

Travel: Da Nang, Vietnam

Assalamualaikum wbt.
Perjalanan saya ke Da Nang ni atas dasar kerja. Jadi tak ada lah banyak tempat yang boleh dikongsi. Saya berada di sini bersama seorang lagi rakan selama 3 hari 2 malam.
Pada entry yang lepas2 saya ada share perjalanan saya ke Da Nang ni dengan Vietnam Airlines dan bermalam di Sleep Pod Hanoi. 

Saya tiba di T1 (domestic), manakala kawan saya tiba dia T2 (international). Dari T2 kami menaiki hotel shuttle yang telah ditempah terlebih dahulu melalui email.  Kami menginap di Stay Hotel. 

1. Stay Hotel

Perjalanan dari T2 ke Stay Hotel tak sampai 20 minit. Dengan shuttle hotel ni, kami perlu membayar VND 450,000 ~ RM85 utk 1 shuttle. Naik grab dan teksi lebih murah sebenarnya. Tapi sebab kami berdua perempuan, ada rasa sedikit risau sebab tu ambil hotel shuttle saja.
Dalam perjalanan ke hotel, nampak lah Dragon Bridge kebanggaan Da Nang,

Dragon Bridge
 Sampai di Stay Hotel, kami perlu menjelaskan dulu bayaran bilik untuk 2 malam. Entah macam mana kami tak perasan yang Agoda tak ambil duit, memang tertulis di slip tempahan tu yg bayaran di kaunter. Tapi harga sama saja dengan apa yang tertulis di slip Agoda, lebih kurang RM250 untuk 1 malam. 

Jom tengok bilik.

snack tapi kena beli

shower ada hot water


tandas disediakan paip air
kelengkapan asas
Ada berus gigi, cotton bud, sikat, shower cap, hair dryer, sabun mandi dan syampu

katil
 Memang request nak 2 beds. View dari tingkap ialah sungai dan kawasan perumahan.

Untuk sarapan, kami tak book sarapan melalui Agoda. Jadi dikira add-on lah. Lebih kurang RM30/orang. Tak banyak choice dan of course kena berhati-hati kehalalannya.

buah dan juice

ubi kayu, keledek, nasi kepal dgn sayur

 2. Makanan Halal - Namaste Omar

Selepas check in dan berehat seketika, kami mengambil peluang nak ke Han Market. Ini pun suggestion dari receptionist. Kami minta receptionist call kan teksi Vinasun. 
Kurang 10 min rasanya kami dah sampai ke Han Market dengan tambang kurang dari RM10. Tapi sebelum shopping, nak tukar duit dulu. Ke kiri ke kanan mencari money changer tak ada haha. Rupa2nya kedai emas bertindak sebagai money changer.

kedai emas aka money changer
Tukar duit di sini RM500 dapat VND 2,740,000. Saya tukar di Malaysia (not KLIA), RM500 dapat VND 2,674,000. Dalam RM12 lah lebih jimat jika tukar di sini untuk RM500.

Lepas tukar duit, masih lagi kami tak masuk market haha. Kami pergi makan dulu. Tanya pekedai depan market ni, dia cadangkan 1 kedai indian muslim berdekatan. Jadi kami jalan kaki saja ke sana. 

Kedai Halal Namaste Omar

free wifi
makanan kami
 Saya lupa pula nak ambil gambar menu. Kami ambil set nasik beriani tu. Dapat nasi, fish curry, prawn. Kami tambah 1 lagi prawn ke apa ntah dan 1 nasi putih vietnam. Roti tu termasuk dalam set. Tapi air kena order asing lah. Kami ambil honey lassi dan green tea. 

jom makan
Total makan di sini jika tak salah VND 390,000 ~ RM80 lah untuk 2 orang. 

Kedai ni ada buat delivery service juga ke hotel. Boleh book online di sini. 

3. Dragon Bridge

Perut pun dah hilang sengsara, tapi kami masih belum ke Han Market haha. Singgah sebentar ke tepi sungai sebab nak bergambar dengan Dragon Bridge dari kejauhan.


Tugu apa ntah ini, tunjuk helang lawan ular. Di belakang saya tu Dragon Bridge. Ada banyak lagi gambar di sini tapi biarlah menjadi tatapan saya sendiri saja hahaha.

3. Han Market (Cho Han)

Berbalik ke tujuan utama, jom ke Han Market. Saya terbaca Han Market ni tutup pukul 10 malam.


Kalau saya tak silaplah ya, Han Market ni ada 3 tingkat.
Tingkat 1 - makanan2/snack2
Tingkat 2 - pakaian. kasut, beg dll
Tingkat 3 - food court

Hanya tingkat 3 saja kami tak naik. 

Sebagai seorang yang pernah ke Ho Chi Minh (baca di sini), saya menyimpulkan Han Market ni tak best sangat untuk shopping. Tingkat 2 saja tempat shoppingnya. Pilihan untuk vietnam silk dan cotton pun tidak banyak. Peniaga di tingkat 1 siap kata silk sini tak ori hehehe.. Jadi saya beli kipas tangan sbb anak minta RM2, baju vietnam (bukan silk/cotton) VND 140000 ~ RM26 untuk 2meter++. Selain dari tu, ada banyak jualan kasut, beg2 fake dan baju. 

  
Durian sekilo RM20 di tingkat 1
 Tak bergambar pula saya di dalam Han Market ni, hmmm...

Selepas membeli sedikit sebanyak, kami ke tepi sungai sekali lagi sebab nak ambil gambar dragon bridge waktu malam pula haha.

dragon bridge di kejauhan
 Dragon Bridge tu bertukar2 warna lampunya. Di sungai ni juga disediakan feri untuk menyusuri sungai. Idok le pulak kami naik, jadi idok le tahu harga hihi.

Dahaga pula tekak selepas berjalan2. Jadi sekali lagi Namaster Omar kami singgahi. Minum lemon tea dan tapau roti. Kami beli roti nan garlic dengan apa ntah 1 lagi. Tak termasuk kuah. So kami order lamb korma. sedap hoiiii

berkelah di dalam bilik
 Kedai ni bagi pinggan lagi sebab dia faham kami nak makan di hotel.

 3. Makanan Halal - Simpur

Pada malam kedua kami di sana, kami nak cuba kedai lain pula. Jadi terjumpa lah Simpur ni. Simpur ni terletak di seberang sungai sana, tak sampai 15min perjalanan pun. Tapi lupa nak request pada teksi tu untuk lalu Dragon Bridge.

Simpur ni kedai Brunei ya, milik Universiti Brunei. Boleh baca di sini. Jadi makanan di sini ada sentuhan Malaysia lah. Saya order pasta masak lemak cili padi, dan kawan saya order nasi bersama ikan asam pedas. Makanan sedap dan harga berpatutan walaupun saya tak ingat harga berapa haha.




Lepas makan, nak balik ke hotel. Kali ni kami request nak lalu Dragon bridge. Mahallah sikit tambang dari tadi sebab jalan jauh sikit kalau lalu Dragon bridge ni. Kalau tak silap dalam RM12 untuk perjalanan balik.


Bagus driver ni. Dia bawa slow je bagi chance kami ambil2 gambar.

 4. VinMart

Teksi tadi hentikan kami di seberang jalan hotel. Betul2 di hadapan VinMart ni. Jadi kami masuk lah sekejap tengok apa ada dalam ni.


pandangan VinMart dari lobi hotel
 Adalah juga terselit makanan halal, jadi kami pun beli dan makan di depan hotel. Sedap angin malam.

aiskrim Pilot, halal
 Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya di Da Nang ni. Ada banyak lagi tarikan terutamanya Ba Na Hills yg ada golden bridge tu. Dalam 40 minit saja dari Stay Hotel tu. Tapi kami tak berkesempatan nak ke sana, sebab datang pun untuk kerja. 
Saya rasa next time nak bawa family ke sini untuk ke Ba Na Hills tu, insyaAllah. Semoga entry ini bermanfaat dan terima kasih sudi baca.

Saturday, February 23, 2019

Travel: Terbang Bersama Vietnam Airlines

Assalamualaikum wbt.

Bagaimanakah saya boleh berkenalan dengan Vietnam Airlines ni? Hehe.. Alkisahnya dari Johor Bahru nak ke Da Nang, Vietnam. Jadi nak cari flight murah, web skyscanner suggest la route menggunakan Vietnam Airlines ni. Airlines ni dari KL, jadi saya perlu ke KL dahulu dari JB. 

19 Feb 2019 : Johor Bahru (JHB) - Kuala Lumpur (KUL) - Air Asia
(Tukar Terminal )KUL - Hanoi (HAN)
Bermalam di HAN
20 Feb 2019: (Tukar Terminal) HAN - DAD
22 Feb 2019: DAD - Ho Chin Minh (SGN)
(Tukar Terminal) SGN - KUL
(Tukar Terminal) KUL - JHB - Air Asia

Penerbangan saya dengan Vietnam Airlines ni hanya untuk KUL - Da Nang (DAD). Tetapi...... hahahahaaaaaaaa.... ada transit ya di Hanoi (semasa pergi) dan Ho Chin Minh (semasa balik)


Perjalanan KUL - DAD

Jadi perjalanan saya dari JB ke Danang adalah 6 flights pergi dan balik huhuhu... Apa yang saya nak berkongsi di sini ialah pengalaman saya bersama vietnam airlines dan juga hectic nya saya bertukar2 terminal huhuhu.

Air Asia ada je KUL-DAD 2 jam lebih je. Tapi masa saya nak beli tu mahal RM1000++. Vietnam Airlines ni RM566 saja. Tapi jenuh ku berlari ke sana sini haha.

Untuk semua penerbangan saya tak check in luggage. Saya galas 1 beg laptop dan bawa 1 beg baju tidak beroda. so ku pikul beratnya sendirian gitu konsepnya.... hahaha.

1. Perjalanan JHB - KUL pada 19 Feb 2019

Penerbangan dari JHB ke KL bermula pada jam 1.50pm. Disebabkan menaiki Air Asia, jadi arrival di KLIA2. Tiba di KLIA2 hampir jam 3.00pm. Sementara menunggu flight saya ke Hanoi pada jam 7.40pm, saya lepak di surau level bawah sekali yg tempat orang naik bas tu. Saya plan 5.30pm nak masuk gate lah, 2 jam sebelum penerbangan.

Jadi selepas 2 jam lebih berada di surau KLIA2, saya pun bersiap2 lah nak masuk gate. Sesampainya di departure hall (level 3 kot di KLIA2), rupa-rupanya Vietnam Airlines ni di KLIA adoiiii... so terkejar2 lah saya ke KLIA. Mujur ada KLIA transit, RM2 dan tak sampai 5 minit perjalanan.

Tiket KL Transit
Beli tiket di kaunter. Kertas tiket ni macam resit je, tapi jangan dibuang pula. Barcode di tiket tu nak kena scan masa keluar dan masuk train.

Dalam train
Masa dalam train ni rasa agak tak tenang sebab kes salah terminal tadi lah haha. Saya memang jarang sangat naik flight selain Air Asia. So blurrr la bila flight lain hahaha. 

Tapi gelabah saya tidak berakhir di situ huhu. Dah sampai KLIA, saya mencari2 dia mana gate C23 tak jumpa2. rupa2nya kena naik aerotrain pulakkkkkk... tapi free lah, dan tak sampai 5 minit juga. Alhamdulillah akhirnya sampai di gate C23. Semasa beratur nak masuk gate, diorang minta saya tukar boarding pass yg saya print ke boarding pass yg sebenar. Tapi petugas di C23 tu yg tukarkan, saya tak perlu ke kaunter Vietnam Airlines. Petugas tu kata Vietnam Airlines di kaunter H, KLIA. 

saya nak ambil gambar plane Vietnam Airlines di belakang tu ya, bukan Hrithik Roshan di depan tu haha
Masa saya ambil gambar ni lah saya perasan Brahim's yang supply makanan untuk Vietnam Airlines, alhamdulillah.


2. Perjalanan KUL - HAN pada 19 Feb 2019

Alhamdulillah flight ke Hanoi tak delay. Masa masuk flight Vietnam Airlines ni, dia bagi ambil surat khabar free. Ada The Sun, Berita Harian dan apa ntah 1 lagi. Bila kita dah duduk, dapat refreshing tissue pula.

tisu dan surat khabar
Seat Vietnam Airlines ni agak selesalah untuk economy class. Ada screen kecil untuk mini show. Tapi bukan setiap seat ada, setiap 3 rows rasanya. Screen tu di atas, jadi bolehlah tengok. 

mini screen
Pramugari juga offer jika nak headphone atau selimut secara percuma. Tak sure function headphone tu untuk radio ke TV ke. Tapi ada lubang untuk headphone rasanya di seat.

lubang headphone yang saya maksudkan. Siap ada tukar2 channel macam radio
Selepas penerbangan bermula, bau2 makanan pun bermula haha. Saya tak order makanan, so saya buat tak tahu saja. Rupa2nya makanan memang termasuk dalam tempahan. So ok lah kan? Pramugari bagi pilihan nak ikan ke ayam, so saya pilih ikan. 

makan malam
Dah habis makan, pramugari offer coffee atau tea pula, so saya pilih green tea. Konon-konon detox sebab makan banyak sangat kih3.
green tea


3. Perjalanan HAN - DAD pada 20 Feb 2019

Sampai di Hanoi dalam 9.30 malam, dan flight ke Da Nang adalah 9.30 pagi esoknya. Jadi saya menginap saja di VATC Sleep Pod, Hanoi Airport. Saya akan share di next entry insyaAllah.
Saya tiba di Hanoi International Terminal (T2). Nama betul airport ni Noi Bai International Airport. 

Disebabkan esok saya perlu fly dari domestic terminal (T1), saya book sleep pod di T1. Jadi saya perlu naik free shuttle dari T2 ke T1.

Keluar dari airport, cari tiang no. 16 dan kena cross jalan untuk tunggu shuttle.

sign board pada tiang 16
Selepas cross jalan
sign board di tempat menunggu
bacalah peraturannya

Tak sampai 10 min tunggu, shuttle pun sampai. Bas besar bewarna hitam.

keadaan shuttle yang selesa
Dalam screen tv gambar di atas ni ada gambar shuttle ni.

2. Perjalanan HAN - DAD pada 22 Feb 2019

Flight pada 9.30 am, jadi dalam 8.00 am saya sudah mula masuk gate. Disebabkan saya bermalam di terminal yg sama, gate hanyalah di bawah tempat saya menginap.

T1 Hanoi airport di waktu malam
Kalau di KUL saya perlu tukar boarding pass, di sini tak perlu tukar. Guna saja printed boarding pass yg di email selepas web check in tu.
Selepas imigresen dan Security check, sempatlah pusing2 sekejap melihat apa yang ada di terminal ni. Ada beberapa kedai makan, kedai souvenir, mainan kanak2 dan juga ada Levi's ya.

Buah apa ntah di dalam salah satu kedai souvenir

sebahagian dari kedai2 di restricted area
 Selepas gate dibuka, kena naik bas pula untuk ke plane. Vietnam Airlines ni campur business class dan economy class dalam 1 plane. Bila masuk plane tu, nampaklah dalam 10 rows ada seat business class. So bus untuk ke plane pun asing2lah business dan economy ni hihihi.

business class
economy class 
Economy class berdiri saja lah. Dalam 5 min saja perjalanan.

Flight dalam 1 jam 30 min saja ke DAD. Saya tiba di domestic terminal. 

departure hall (domestic) Da Nang
3. Perjalanan DAD - SGN pada 22 Feb 2019

Setelah 2 malam di Da Nang atas urusan konferens, saya pun nak balik lah JB. Masih menggunakan khidmat Vietnam Airlines dan kali ni transit di Ho Chin Minh (SGN). 2 jam saja layover di SGN, jadi tak rengsa sangat haha.

Saya perlu naik di T1, domestic terminal sebab flight saya akan ke SGN. Tapi saya temankan kawan dulu di T2 international terminal. Kami sampai sana pun awal, dalam pukul9 am. So ada 1 jam lagi sebelum gate buka.

Ada 1 cafe yang hidangkan vegetarian food. Star cafe dan Big Bowl kot namanya, lupa nak ambil gambar kedai.

pandangan T2 dari kedai
Mula2 kami order vegetarian pizza dan fresh roll. So makan pizza dulu la sebab panas2 gitu kan... time nak ngapp fresh roll tu nampak daging putih. what is this? getus hati saya. So saya pun tanya lah kaunter, pork rupanya. adoiiii nsb baik tak sempat ngappp haha.

makanan yg tak sempat ngappp haha kecuali pizza
Saya nak tukar dengan vegetarian food yg lain dia tak bagi. So kami pulangkan begitu saja, dan beli croissant lah haha. sebelum beli tu saya tanya apa di dalam makanan ni, dia kata prawn dan salad. saya pun tak perasan ada daging putih tu masa order. tak apa lah, experience kan... haha.

resit makanan
Ok la juga cafe ni, ada tempat caj di setiap meja. 
Hampir jam 10am, saya pun berjalan lah ke T1. Sebelah saja bangunannya. 

Saya dah web check in sebelum bertolak dari KUL. Tapi saya dapat boarding pass untuk perjalanan pergi KUL-HAN dan HAN-DAD saja. Untuk perjalanan balik tak ada sebab maybe belum sampai waktunya. So saya perlu print boarding pass di DAD ni untuk balik. Disebabkan rasa terror sangat, saya pun nak print lah boarding pass di kiosk haha.

kiosk
Tapi tak berjaya print sebab saya ada transit, so kena print di kaunter kih3.. Selepas melalui imigresen dan security, seperti biasa jalan2 jap dalam airport.

 nak print boarding pass

dalam restricted area
side 1 lagi
 Not bad juga kedai2 dalam ni. Sempatlah beli fridge magnet dan souvenir sikit. Beg pun tak ada ruang sangat nak letak barang2 baru. Di airport ni saya kagum tengok bawang putihnya. Comel... tapi tak dapek nak beli sebab tak ada ruang nak simpan.

khas untuk makcik bawang
Flight sepatutnya 12.05 pm tapi delay 20 min. Jadi apa aktiviti kita? Marilah berurut..

kerusi urut
Kerusi urut ni betul2 depan gate saya, gate 5. 12 min VND20,000 ~ RM4 saja. Brand Gintell. Sedap sungguh urutannya. Saya nak tambah lagi masa, tapi dah ada suami insteri tengah tunggu saya habis huhu....

Selepas gate buka, naik bas sekali lagi untuk ke plane. Sama macam bas sebelum ni. Perjalanan dalam 1 jam lebih saja, dari hanya dihidangkan air saja.

coke
4. Perjalanan SGN - KUL pada 22 Feb 2019

Tiba di airport SGN, saya perlu keluar ke international airport sebab nak ke KUL. Jalan kaki ke sana sambil menggalas beg berat. Salah sendiri lah tak guna beg tarik kan... huhu.
Sekali lagi saya kena beratur untuk print boarding pass. Risau juga tak sempat sebab flight tadi delay. Rupa2nya ada email dari Vietnam Airlines yg flight SGN - KUL pun delay, saya je yg tak perasan email tu haha. Tak sure sama ada SGN - KUL delay disebabkan flight DAD - SGN delay ke tidak. Apa2 jelah... Semasa beratur nak print boarding pass di kaunter tu saya dah tanya petugas Vietnam Airlines ni. Dia kata still have time.. ok...

Dah masuk restricted area, perut mula berdondang sayang haha. Marilah mengisi perut dulu. Alhamdulillah tak susah nak cari makanan ringan ada cop halal di sini. SGN kan tempat pengunjung Islam.

makan coklat saja
Sabun kelapa tu saya tak makan tau, saja2 je beli, Tak tahu nak buat apa pun haha.

Ok, masa untuk naik flight pun dah tiba. Mari naik bas lagi haha.


Atas flight ni tak expect makanan pun sebab takut tak halal kan. Masa dari KL, nampak Brahim's supply. Dari SGN ni tak tahu lagi. Tapi dihidangkan ikan, jadi makan saja lah.

makan malam

Ikan macam masak sambal kicap pun ya juga. Air mango juice dan green tea sekali lagi.

butter ada cop halal
Selepas lebih kurang 3 jam penerbangan, tiba di KLIA dengan selamat alhamdulillah, hampir jam 7 malam. Perlu naik 2 jenis train lagi ni: aerotrain dan KLIA transit. Tapi disebabkan flight pukul 11 malam, saya solat dulu di area sini sebelum naik train. Jamak ta'khir zohor asar dan takdim maghrib isyak.

5. Perjalanan KUL- JHB pada 22 Feb 2019

Usai solat (ewah novel sgtttt haha), marilah menuju kejayaan dengan aerotrain. Dah bijak sikit sebab dah melaluinya masa 19 Feb lepas huhu.

aerotrain
jom naik
dalam aerotrain
 Sampai saja di KLIA dari aerotrain ni, jom ke KLIA2 pula dengan KLIA transit. RM2 ya

masa menunggu 5 - 10 min saja
 Flight 11 malam, jadi ada banyak masa lagi. Nak shopping banyak2 pun beg tak muat, jadi isi perut sajalah di cafe Quizizz by Rasa.


Pkl11 malam, saya pun fly ke JB. Hampir jam 12 tengah malam dah sampai JB. 12 jam jugalah perjalanan Da Nang ke JB saya ni huhu.

Secara kesimpulannya Vietnam Airlines ni best. Makanan sedap dan halal, seat agak selesa. Delay pun ada 1 kali saja tu pun 20 min saja. Pramugari mesra. Tapi jika perlu transit-transit macam saya ni, fikir lah banyak kali juga. Mujur saya tak check in luggage, so senang nak berlari2 ke mana2. Masa book tak terfikir pasal tukar terminal pun haha... Apa2 pun alhamdulillah selamat semuanya. 

Next entry insyaAllah saya akan share pengalamans saya bermalam dia VATC Sleep Pod, Hanoi. Tangan dan badan masih saki2 ni sebab pikul beg berat dan berlari2 di airport huhu...

Terima kasih sudi baca, dan semoga entry ini bermanfaat.