Monday, November 23, 2020

Travel: Umrah DIY Makkah - Umrah Pertama

Assalamualaikum wbt...
Seperti di entry sebelum ini, saya dan suami ke Makkah dari Madinah menaiki bas SAPTCO. Selepas check in kami terus solat jamak ta'khir dan menuju ke Masjidil Haram. Sebab masih dalam ihram, jadi nak sempurnakan umrah secepat mungkin. Saya dan suami ni first time buat umrah dan umrah sendiri pula, jadi masih blur dengan keadaan sekeliling. 

Hotel kami adalah Elaf Kinda, saya akan cerita dalam entry akan datang insyaAllah. Jadi kami bersama-sama melakukan tawaf. Kejar masa juga sebab nanti masuk waktu solat, jemaah wanita tak dibenarkan solat di kawasan depan Kaabah ni. Alhamdulillah sempat habiskan tawaf sebelum masuk waktu maghrib. Dalam 30minit saja untuk habiskan 7 pusingan.

Dinasihatkan semasa tawaf ni janganlah kita langgar aliran tawaf tu, nak berpatah balik ke apa. Ini yg menyebabkan kita berlanggar. Kalau pintu yang kita nak keluar tu terlepas, tambahlah 1 pusingan lagi. Untuk wanita, elokla bertelekung supaya terjaga aurat ketika melambai ke hajarul aswad dan juga untuk mengelak tersentuh orang lain (walaupun dikatakan boleh ketika tawaf). 

Selepas tawaf, saya dan suami terpisah sekejap. Tapi tak risau sebab memang boleh call satu sama lain. Selepas saya keluar dari kawasan tawaf, saya terus ke tempat untuk solat maghrib. Di ceruk jugaklah tempat solat saya, tapi alhamdulillah dapat solat kali pertama di depan kaabag walaupun kaabah terlindung sebab saya di dalam bangunan. Dah janji dengan suami untuk jumpa di tempat Saie saja.

Tempat solat maghrib pertama di masjidil haram

Selepas maghrib, kami perlu sambung umrah kami untuk saie pula. Disebabkan kali pertama bagi kami berdua, kami tertunggu di tempat berbeza. Saya di basement, suami di tingkat 1.
Kaki bukit Safa

Saya tak mulakan saie lagi, tunggu suami sampai. Di basement ni siling rendah di ruang saie dan tak ramai orang. Tak ada juga laluan khas macam di tingkat atas.

ruang saie

Akhirnya saya decide untuk jumpa husband di tingkat atas saja.


Kawasan luar dari kawasan saie
bertemu dah Adam dan Hawa haha

Saie ni ada beberapa tingkat. Tingkat atas sekali ada skuter untuk yang kurang berkemampuan untuk saie, dan of course la berbayar. Tapi saya tak berkesempatan nak mencubanya. Selepas tamat 7 pusingan saie, masuk lah waktu solat isyak. Ramai pula orang nak solat atas baru marwah ni, saya perhatikan saja. Dan masa ni terkejut juga tengok cara solat di sini laki perempuan bercampur dalam 1 saf rupanya.


Habis solat isyak barulah kami bertahallul. Ada lelaki Malasyia (maybe) offer tolong potongkan rambut suami. Saya ada terbaca juga di sini kena berhati-hati kalau ada orang arab offer nak potong, sebab nanti dia akan caj. Tapi sepanjang saya di sana alhamdulillah tak jumpa kes sebegitu. Baik semuanya.

dah tahallul

Tamatlah umrah pertama kami. Sebelum pulang ke hotel, kami mengambil kesempatan menatap dulu kaabah dan minum air zamzam.

air zamzam yang sentiasa ada
Alhamdulillah

InsyaAllah next entry saya akan share penginapan kami di Elaf Kinda. Umrah ni senang saja alhamdulillah... semoga pembaca semua diberi rezeki untuk menunaikan umrah juga. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment