Friday, July 19, 2019

Travel: Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Besar di Mersing

Assalamualaikum wbt... Ini adalah pertama kali saya nak explore pulau-pulau di Mersing ni. Ini pun sempena anniversary ke-12 hehe. Sebab tahun lepas dah letak benchmark pergi glamping di Janda Baik sempena anniversary (baca di sini), tahun ni nak la juga buat aktiviti eco-tourism gitu....

Saya book ini pun last minute juga. sebab plan asalnya nak explore Pulau Rawa, tapi saya terbaca yang weekend kanak-kanak tak boleh masuk pula. Plan B nak ke Tioman, tapi perjalanan feri 2 jam. Hmmmm... so duduk area Mersing jelah, dan ambil pakej island hopping. 

1. Penginapan di Mentigi Bay Chalet, Mersing

Saya terjumpa chalet ini saat-saat akhir. Alhamdulillah masih ada kekosongan, sebab kami pergi pun bukan cuti sekolah. Boleh baca berkenaan chalet ini di facebook mereka
Pada asalnya saya nak ambil pakej 2 hari 1 malam saja (check-in Jumaat). Tapi disebabkan check-in Jumaat, island hopping akan dibuat pada hari Sabtu. So saya extend lagi 1 malam sebab taknak letih dalam perjalanan balik ke Skudai nanti. Dalam 2 jam juga perjalanan Skudai-Mersing. 

Pakej yang saya dapat ialah:
RM 170/dewasa
RM50/kanak2
RM20/kanak2 bawah 4 tahun

pakej termasuk:
penginapan 1 malam
dinner x 1
lunch di pulau x 1
peralatan snorkeling
bot

saya extend 1 malam untuk penginapan sahaja, tambah RM105. 

Menurut tuan chalet (Encik Hamka), pakej saya ni untuk group (6 orang) sebenarnya. Tapi disebabkan ada 1 lagi group yang join, jadi dia combine saja. Terima kasih lah tuan chalet.

saya ambil 1 bilik saja, walaupun tuan chalet offer 2 bilik hehe. Dia hairan agaknya kenapa degil betul nak ambil 2 bilik.. sebenarnya saya rasa tenang hati bila 1 family semua dalam 1 bilik. Anak-anak depan mata gitu...

Untuk chalet ini, search saja 'Teluk Iskandar Inn' di waze/google map, sebelah saja chalet ini. Tuan chalet ni bagi saya check-in 12.30 tengahari. Disebabkan saya sampai awal sikit, jadi kami lalu saja dulu di sebelah chalet dan teruskan perjalanan ke pekan Mersing.

Dapur Kak Non
Dapur Kak Non ni milik Mentigi Bay Chalet ni juga. Dibuka petang (sorry tak ingat pukul berapa) sampailah malam. Salah seorang tukang masaknya, si tuan chalet ni juga. Berbakat betul.. haha.

Dalam 5 minit perjalanan, sampailah ke pekan Mersing ni. Saja nak intai2 ada apa di sini.


Dalam pukul 12.30, kami terus ke chalet untuk check in.

pintu masuk
Di sebelah chalet ini ialah chalet milik Sultan Johor kalau tak silap. Maafkan patik jika tersalah.

Ok, jom tengok chalet kami.

Ada 2 bangunan, dan setiap bangunan ada beberapa bilik.


Bilik saya terletak di bahagian bawah bangunan sebelah kiri yang ada buaian tu. Kalau tak silap ada 2 bilik di atas, dan 2 bilik di bawah utk bangunan sebelah kiri ni. Toilet di dalam bangunan ya. Bangunan di sebelah kanan pula ada dapur, TV dan tempat lepak.

depan bilik
Dari bilik saya ni boleh nampak laut, tapi tak boleh mandi area tu, berbatu. Jom tengok dalam bilik pula.

tandas di dalam bilik.
Ada heater. Tapi sabun, ubat gigi dll kena bawa sendirilah. 

bilik kami
Bilik memang tak sempat tunggu la nak bergambar elok-elok, minta maaf lah yeee.. Sepatutnya 1 katil queen saja dalam bilik ni. Tapi disebabkan saya dah maklumkan ada 4 anak, jadi tuan chalet tambah 1 katil single dan 1 tilam single. Dia offer 2 bilik, tapi saya yang taknak. 

Dalam bilik tak ada lah cerek semua tu. Boleh ke dapur di bangunan sebelah, dekat je.

2. Makan Tengahari di Brother Joe

Selepas solat Jumaat, kami pun jalan-jalan cari makan lah area Mersing ni. Google mencadangkan Brother Joe, jadi marilah kita. Dalam 10-15 minit perjalanan.

sudah sampai
Lokasi kedai ni tepi laut, tapi bukan pantai lah. Dapat rasa angin sepoi2 bahasa.

keadaan kedai
Kami makan makanan biasa saja. Nasi, tomyam, telur dadar.

3. Pantai Mersing dan Dataran Air Papan

Kenyang perut senang hati, marilah mencari pantai. Tapi tak bawa kelengkapan mandi pun, main2 di gigi air saja.

Dataran Air Papan
 

Dalam 30 minit saja kami di sini, dan terus pulang ke Chalet. Sebab plan nak jalan2 area chalet pula. 

4. Laut di Mentigi Bay Chalet dan Dapur Kak Non

Walaupun tajuk sama dengan point (1) tadi, boleh jelaaaa... Dalam pukul 5.30 kalau tak silap, kami mula explore kawasan laut depan chalet ni. Air pun surut masa ni, dan kawasan ni memang berbatu. Saya pun tak pasti apa nama untuk kawasan laut seperti ni.

umpama nelayan pulang mencari rezeki hehe
Bot oren di gambar atas nilah bot kami island hopping keesokan harinya.

panjang kawasan ni

laluan untuk bot agaknya
Aktiviti kami hanyalah mengambil angin petang dan melihat siput2 dan ketam2 kecil yang sedang berusaha meneruskan kehidupan mereka. 

Kemudian, mari bergambar lagi bersama chalet.

pandangan dari arah laut
Selepas maghrib, kami pun pergi makan di Dapur Kak Non. Belakang chalet saja.

Dapur Kak Non, tapi Kak Non tak ada hehe
Pekena char kue teow baq ang... not bad
Berakhirlah aktiviti hari pertama kami di sana. Simpan tenaga nak island hopping esok.

5. Island Hopping di Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Hujung


Kami akan mula berkumpul pukul 10.30 pagi. Jadi jom cari sarapan dulu. Maaf tak ingat nama kedai ni, tapi di hujung jalan berdekatan agro bazaar.

Lontong Darat

inilah lontongnya. sedap.
Ada macam-macam makanan lagi seperti roti canai, goreng2. 

Makan pun sudah, berguling2 sekejap nak tunggu 10.30am. Anak2 pun dah 57542x tanya bila nak terjun laut haha. Moh le kite ke laut.

budak2 yang dah tak sabar
Kami diberi taklimat sekejap, dan kemudian boleh naik bot. Tuan chalet pun join kami. Tapi tekong bot tu orang lain lah. Yang naik bot ni hanya kami dan 1 group lagi. Indian tetapi menetap di Singapore, semua lelaki.
yeayyy dah boleh naik

Makan tengahari disediakan oleh tuan chalet. Tapi kami tetap bawa juga roti dan air mineral untuk anak2.

Ada 3 pulau yang akan kami pergi iaitu Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar. Nak pergi pulau2 lain boleh request awal2 tapi dengan extra charge lah sebab jauh. 3 Pulau ni dekat saja antara satu sama lain. Dalam 15-20 minit naik bot dari chalet.

Persinggahan pertama kami ialah Pulau Hujung. Tak ada penghuni di sini. Cantik pantainya subhanallah.

ketibaan
Lembut pasirnya

my team






Agak banyak ikan di sini. Gambar di atas ni saya berada di tepi2 pantai saja. Sepatutnya kami spend dalam 2 jam di sini dan lunch di sini. Tetapi tanpa disangka, badan kami semua jadi pedih2 bila masuk ke dalam air. Menurut tuan chalet, itu disebabkan oleh plankton. Banyak plankton, maka banyaklah ikan. Tetapi kulit tak tahan pula digigit2 plankton tu. Entahlah 'gigit' ke apa istilah yang sesuai. 

Saya boleh tahan lagi pedihnya sebab memang pakai seluar dan baju lengan panjang. Tapi anak2 dan lelaki pakai seluar sekerat lutut saja, so tak tahan lah diorang semua. Jadi kami di sini dalam 10-15 minit saja. Sayang seribu kali sayang sebab memang cantik pantai di sini untuk snorkeling.

Kami pun bertolak lah ke Pulau Tengah pula.

selamat tinggal Pulau Hujung

Untuk Pulau Tengah, kami tidak singgah ke pantai. snorkeling di tengah laut. Tapi tak lah lama sangat, dalam 30 minit -  1 jam. Tuan chalet tak kisah pun berapa lama kami nak snorkeling. Tapi saya tengok semua dah naik bot, saya pun naiklah sekali.

satu-satunya gambar snorkeling di Pulau Tengah yang ada, haha

ikan di Pulau Tengah

Ikan di Pulau Tengah memang banyak. Coral pun ada.

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Pulau Besar. Sebelum tu kami makan tengahari dulu di bahagian belakang Pulau Besar ni. Makan tengahari ni dah termasuk dalam pakej, dan dibawa oleh tuan chalet.

lauk kami. apasal blur pulak gambar
Anak2 ku makan di dalam bot
Pakej di Mentigi Bay Chalet ni tak strict sangat. Bergantung kepada kami berapa lama nak berada di sesuatu tempat. Di Pulau Besar ni kami spend masa paling la, dalam 2 jam. Di Pulau Besar ni ada banyak chalet dan resort. Masjid pun ada. Jadi kami solat siap2 di sini.


Selepas solat, kami mandi dulu di pantai sebelah masjid ni. Ada buaian.

buaian
nampak jeti dair kejauhan

aktiviti berpasir usah dilupa

Di Pulau Besar ni, ikan tak banyak di area tepi pantai. Kena jauh sikit ke tengah laut untuk tengok banyak ikan, especially berdekatan jeti. Tapi family saya ni main di tepi pantai saja. Ada la beberapa ekor ikan yang datang, kesian kat kami agaknya haha.
ikan ni je setia datang

Kemudian, kami berpindah pula untuk mandi di bahagian yang berdekatan dengan resort2. Ramai sikit orang area sini. Dalam perjalanan nak kesana, nampak pokok yang dipenuhi kelawar. Bising ya hamat.. pedih mata tengok matahari barangkali haha.

kluang man
teruskan aktiviti berpasir

cubaan mencari ikan


Dalam pukul 4.30 kami pun bertolak balik. Tuan chalet bagi chance sampai 6.30 sebenarnya. Tapi geng2 1 lagi tu macam dah sudah mandi je... Walaupun diorang cakap terserah kepada kami nak balik pukul berapa, tapi segan la jugak nak lama2 kan. Moh le balik.

jeti Pulau Besar
Kami pun pulang lah ke chalet. Malam nanti ada makan malam yang ditaja oleh tuan chalet. Dah termasuk dalam pakej.

Mujur disediakan paip depan chalet
Selepas berehat seketika, kami keluar sekejap mencari minum petang. Cari kepok le. 

deretan kedai yang jual aneka keropok
Kemudian, jom cari durian pula haha

gerai durian
Durian pun dah dibeli, kami pun balik lah ke chalet. Makan malam akan bermula jam 8 di Dapur Kak Non of course.. Kalau ramai2 macam team building tu, bolehlah berBBQ di depan bilik.

makan malam kami
Habis makan malam, sambung pula makan durian depan bilik haha.

12th Anniversary gituuu
Group lelaki yang join kami siang tadi dah check out rupanya. Memang sepatutnya check out harini, dapat late check out. Tapi letih pula nak drive 2 jam balik Skudai, so kami extend lah 1 malam lagi seperti yang diberitahu sebelum ini.

Keesokannya kami check out dalam 11 pagi, dan berakhirnya percutian kami di Mersing. Sempat lalu sekejap di hadapan Istana Flinstone milik Sultan Johor. 


InsyaAllah akan datang lagi ke Mersing ni untuk explore pulau2 lain pula. Bila tu, wallahu alam haha.

Jadi diharap entry ini dapat membantu pembaca yang sedang survey2 percutian di Mersing. Terima kasih sudi membaca.


















No comments:

Post a Comment