Saturday, February 23, 2019

Travel: Bermalam di VATC Sleep Pod, T1 Hanoi Airport, Vietnam

Assalamualaikum wbt

Pada entry yang lepas, saya ada share pengalaman saya terbang bersama Vietnam Airlines. Tujuan saya book Vietnam Airlines ni sebab murah lah, tapi banyak transit dan tukar terminal. Saya nak ke Da Nang, Vietnam. Tapi saya perlu transit dgn layover 11 jam di Hanoi. Disebabkan malam, saya memilih untuk bermalam di hotel.

Saya tiba di HAN Terminal 2 (international) hampir jam 10 malam. Jadi eloklah saya bermalam di airport saja. Tak berani nak keluar ke bandar sebab sorang2 ni. Kebetulan Hanoi airport ada sediakan sleep pod, jadi mari cuba. Tapi saya book Sleep Pod di T1, perlu naik shuttle bus ke sana. ini pun saya sudah ceritakan di dalam previous entry ya.

Saya book melalui Agoda dengan harga RM100.76 sahaja, bilik single. 

Dalam shuttle bus
 Sampai di T1, perlu naik ke tingkat atas untuk ke sleep pod. Keluar lif saja, sleep pod di depan mata.


keadaan di T1 10malam, agak sunyi



Sorang saja receptionist yg jaga ni. Mesra dan pandai English. Dia terus bawa saya ke bilik saya. 

Bilik saya, single
 Jom tengok keadaan bilik saya.

aircond
snack dan mineral water
 Di sleep pod ni, plug macam Malaysia je 3 pin. Mineral water pun dia kata boleh minta kalau nak tambah. Tak pasti dia caj extra ke tak.

jam loceng pun ada
gitu lunjur kaki tengok tv haha
jarak katil dengan pintu
 Ada sedikit ruang antara katil dan pintu. Dan dibilik 102 ini, arah kiblatnya sesuai dgn ruang yg disediakan. Beg pun saya letak bawah saja masa tidur.

Untuk yang menginap di sini, dapat diskaun 10% untuk makan di cafe di airport sini. Tapi saya tak perlu pun lah restorannya. Dah tapau roti ikan bilis dari Malaysiaku tercinta haha.

kupon diskaun makanan 

Selain semua di atas, wifi percuma pun disediakan di setiap bilik.

Untuk single traveller macam saya ni, sleep pod ni amatlah menyelesakan. Jika baca di Agoda ada yg complain bilik tak sound proof, dapat dengar bising2 pengunjung lain di airport. Tapi saya di T1 ni sunyi saja. Yang bising2 tu maybe di T2 kot sebab lebih besar airport sana. 

Disebabkan T1 ni sunyi, jadi takut juga nak ke toilet haha. Di level saya ada 2 toilet, di kedua2 hujung aras. Tapi receptionist suggest ke toilet level bawah sebab lebih terang dan baru. Untuk malam tu saya ke toilet bawah, dan keesokannya toilet atas. 

Toilet bawah memang meriah sikit lah sebab kawasan awam. Tapi tak ramai pun masa saya pergi tu. Toilet atas pun not bad, cuma nampak lama sikit je dari yg bawah. Dua2 toilet pun tak ada tempat nak mandi. Toilet takde paip, so memang tak dapat nak mandi. Hanya cuci muka dan gosok gigi di sinki saja. 

Pihak sleep pod juga sediakan selipar, jadi lebih mudah nak ke toilet.

Ini sahaja perkongsian saya berkenaan sleep pod ni. Ada juga jenis double decker ya untuk yg travel berdua. Semoga entry ini memberi manfaat kepada semua. terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment