Monday, December 31, 2018

Travel: Guangzhou, China - VISA, flight dan Summary

Assalamualaikum wbt, 
Pertamanya saya ingin nyatakan yang perjalanan saya ni atas urusan rasmi. Huizhou University, China telah menjemput kami (14 pensyarah) untuk membentangkan hasil penyelidikan di seminar mereka. Jadi kami hanya bayar tiket flight saja sendiri, penginapan, makanan dan pengangkutan (bas) untuk urusan rasmi ditanggung pihak university sana. 
Walaubagaimanapun (ewahhhh..), ada la juga kami keluarkan duit untuk makan sendiri, shopping dan hotel pada hari terakhir sebab kami nak duduk lebih 1 hari. Jadi saya nak share lah perjalanan kami di sana, diharap dapat memberi info serba sedikit.
Yang paling utama, saya tak akan share sangat gambar2 rasmi (kerja), sebab lebih kepada nak share perjalanan. Muka kawan2 pun saya blur kan sebab segan la pula kan, haha.

1. VISA
ok, nak masuk China kena ada visa. Kami di dari IPTA rahsia di johor (hahaha). So kami menggunakan khidmat agent POTO Travel untuk settlekan hal visa. 
Tiket flight mesti dah book siap2 untuk apply visa ni. Gambar passport (background putih) 2 keping, dan borang download di sini. Buku merah jangan lupa bawa, moga2 belum tamat tempoh (siapa nyanyi?haha). Masa diambil hampir 2 minggu, dan bayaran visa RM167. Saya tak survey pun agent lain, tapi ada antara kami yg survey dan katanya harga RM167 tu paling murah. 
Maka tunggu lah kami selama hampir 2 minggu untuk kelulusan visa.

buku merah saya + novel ramlee awang murshid sebagai peneman

2. Tiket Flight
Flight bertolak kami apda 16 oktober 2018 malam. Saya beli pun 1 bulan sebelum. So dapatlah harga dalam RM700. Guangzhou ni kan tumpuan tourist, so mahal juga la tu kan.

3. Summary
16 Okt 2018 -  9,50pm: bertolak dari Senai

17 Okt 2018 - 2.00am: sampai Baiyun Airport, Guangzhou 
Tunggu shuttle hotel ambil
Check in Holiday Villa
Rehat sekejap
Keluar makan dan jalan-jalan
3.00 pm: Bas Universiti ambil, bertolak ke Huizhou
Makan Malam (vegetarian food)
Check in Huizhou Hotel

18 Okt 2018 - 7.30am: sarapan di hotel
Bertolak ke Universiti - Seminar
Lunch di universiti
6.00pm: bertolak ke dinner (muslim food)
Balik hotel
Jalan-jalan keliling hotel

19 Okt 2018 - 6,45am: jalan-jalan di tasik hotel
sarapan di hotel
Jalan-jalan di pasar berdekatan hotel
bertolak ke Universiti untuk lawatan
Bertolak balik ke Guangzhou
Check in Holiday Villa
Naik train ke bandar - masjid saad abi waqqas dan makan malam (muslim)

20 Okt 2018 - 8.00am: melawat guangzhou
Masjid Saad Abi Waqqas
Muzium 
Canton Tower
Shopping
Makan malam di Restoran Madinah
Balik ke hotel
Bertolak ke Airport

21 Okt 2018 - 3.05am: flight balik ke Senai

Cerita yang lebih terperinci insyaAllah di dalam entry2 selepas ini ya.

teaser sikit,,,, apa nama bangunan ni? haha
Ok, sudi2kan baca next entry saya ya haha. Terima kasih sudi jenguk ke mari,




No comments:

Post a Comment