Assalamualaikum wbt...
check in: 24 April 2015 (Jumaat)
check out: 25 April 2015 (Sabtu)
Sebelum ini saya ada bercerita mengenai 2 hotel lain yang kami menginap di Sabah iaitu Kinabalu Pine Resort dan J Residence. Kedua-dua hotel ni terletak di Kundasang. So lepas check out dari KPR, kami terus ke KK untuk check in last hotel iaitu TH Hotel. TH Hotel ni Tabung Haji punya ye.
|
baju sama tema. hijau+hitam |
|
lobi |
Kami pilih TH Hotel ni sebab berdekatan dengan airport, murah, baru, cantik dll. Bilik kami ada 3 super single beds, RM183 sahaja. Book melalui agoda.
|
view dari tingkap bilik
|
|
umi abah tido mana ni? |
|
ada tv besar, cerek |
|
iron board, telekung, pelikat sejadah pun disediakan |
Tapi iron boardnya nipis sangat. So saya iron atas lantai je.
|
toilet yg sangat best, tengok shower tu. macam mandi hujan |
Hair dryer pun ada dalam toilet ni.
Sesuai dengan status TH tu sendiri, memang setiap sudut bilik ni ada doa2 di sediakan.
|
doa pakai baju kot |
|
doa bangun tidur |
Macam2 lagila doa. Tak larat nak tempek semua. Pagi keesokannya kami check out dalam pkl 10 pagi. Sebab nak ke Jesselton Point sekejap sementara tunggu flight 12.30 tengahari. So lepas subuh jom turun sarapan dulu.
|
first round |
|
cereal and drinks |
|
gambar gegar2 sebab malu nak ambil gambar |
|
stall makanan |
Makanan yang dihidangkan standard lah macam hotel2 lain. Bihun goreng, nasi lemak. Tapi kuih2 atau kek2 tak ada.
Perut dah kenyang, moh le kita check out. Nak ke Jesselton Point tgk apa yg ada. Tak berkesempatan join island hopping kali ni. Lain kali insyaAllah.
|
depan hotel. sebelah dengan pejabat tabung haji |
So far saya sangat suka TH Hotel ni. 1 saja perkara yang menaikkan tekanan darah saya iaitu masa check in. Kaunter ada 3 kot. Tapi dia tak letak tali merah untuk orang beratur tu. So yang datang lambat main redah je tanpa perikemanusiaan!!! Kita ni beratur dan menunggu penuh kesopanan. Sakit hati!! 2 lelaki potong giliran saya.
Ok, setakat itu sahaja perkongsian saya kali ni. Diharap dapat membanti sesiapa yang tengah survey hotel di KK ni. Terima kasih sudi baca.
|
insyaAllah akan dipilih lagi kalau ada rezeki |
No comments:
Post a Comment