Assalamualaikum wbt...
Sg Mekong tour ni kami pergi masa hari kedua. Beli pakej ni masa hari pertama.
Kami tak la buat banyak sangat survey. Just compare pakej dari Hotel Saigon yang kami menginap dan pakej dari kedai makan Hajah Basiroh.
Hotel Saigon: USD26 (!RM95 ikut currency semasa menaip ni)
Hajah Basiroh: VND 525K (RM90)
Tapi pakej hajah basiroh lagi berbaloi sebab dapat 2x makan (sarapan dan lunch), dan private. Maknanya 1 van tu kami bertujuh saja.
Kami beli pakej ni di kedai makan hajah la depan hotel tu. Dia minta bayar half dulu. Balik nanti lagi half.
Bertolak
Pendek kata, esok tu pukul 7 pagi kami dah kena turun sarapan. Dia serve nasik lemak dan kopi 0. Dah macam rancangan TV la pulak.....
pekena nasik lemak dulu |
Dalam pukul 7,30 macam tu, kami pun bersedia nak bertolak. Lunch kita diorang bawa siap2. So dalam van tu ada kami+driver+tour guide. Macam biasa, cakap melayu hehe
van kami |
kami bertujuh saja |
Perjalanan
Dari hotel ke jeti lebih kurang 2 jam. sebab tu kena bertolak awal.
Tapi pemandangan bolehla.... sebab kita di negara orang, semua benda kita nak tengok kan. Nampak la perubahan pemandangan dari pekan besar ke kawasan kampung.
Yang paling menarik perhatian kami ialah kubur di tengah2 sawah. Boleh buat tajuk drama dah.
Kalau boleh nampak dalam gambar atas tu, ada kubur kat tangah2. Ikut kata tour guide kami, itu bukan kubur islam. Tapi lepas tengok kubur2 ni, fikir 2x nak makan nasik hehe.... patutla hijau subur je padinya.
Sebelum sampai ke jeti, kami singgah 1 kawasan kecil shopping. Tak banyak benda pun. Ada jual purse, t shirt dan souvenir sikit2. Kat jeti tu pun banyak jugak souvenir.
Lepas tu terus ke jeti. Sebelah je pun. Tour guide boat kami namanya Moon.
moon tengah explain |
Madu lebah
Ok, saya tak ingat susunan tempat mana dituju dulu. So saya cerita pasal madu lebah dulu.
Kat tempat madu lebah ni, kita dihidang dengan teh+madu+..... (tak ingat aihhhh). Rasa teh of course sedap.
Lepas tu diorang pun promote la madu diorang. Sekali dengan royal jelly. Saya tak ingat sangat harga sbb banyak sangat pakej.
Ada juga sesi bergambar dengan sarang lebah. Gambar dalam kamera. Sampai seru nak transfer nanti saya tempek kat sini yeeee...
Buah2an dan hiburan
Nak ke tempat buah2an ni jalan kaki saja dari tempat lebah tu.
Buah2 di vietnam ni sedap dan fresh. Kami makan nanas, mangga, ciku dll (tak ingat lettewwwww). Sambil2 makan, sambil dihiburkan oleh penyanyi2 kat situ la. Lagu melayu pun ada, Anak Kampung dengan Rasa Sayang kot. Harusla gelak dengar diorang hentam saja menyebutnya,,,
Kat sini jugak kami dihidangkan lunch. Tour guide dah malas nak angkut kot. Baru pukul11 huhu... sumbat la jugak.
Disebabkan buah2 tu sedap, kami minta nak beli. dan diorang bagi beli. Cuma buah susu je habis.
luncheon. nasi putih, ayam goreng, kangkung |
penghibur kami |
buah ciku. lain dengan malaysia kan |
buah susu. tinggal sebijik je |
Solat
Kalau diikutkan tak ada tempat solat kat sini. Tapi tuan rumah izinkan kami tumpang solat. Sebab balik tour ni kami nak ke bin thay untuk shopping silk. Takut tak sempat.
Owner rumah tu non-muslim. Kami pun tak bawa telekung. So sarung stokin 2-3 lapis dan solat dengan redhoooo hehe.
Nasib baik tour guide kami muslim, pekerja hjh basiroh. Dan kebetulan owner rumah tu makcik dia. Yang makan buah2 ni bisnes makcik dia la.
Agak lama kami duduk kat tempat buah ni sebab solat dan tunggu sampan.
Masa kami makan tu, ada sekumpulan mat salleh datang. So diorang naik sampan dulu. Kami tunggu je la.
selpi selpot tunggu sampan |
ada wifi, tapi linenya sungguh la tak dapat dikesan hehe |
Sampan
Akhirnya sampai giliran kami. Kami kena naik 2 sampan. Kita akan menyusuri paya bakau (yeke?) untuk ke kilang coconut candy.
yang peace tu tour guide keh3 |
mereka |
kami |
tour guide, Karim Tomok. Sebab ada orang kata muka dia macam tomok. yo yo ooo je pakcik ni |
Karim minta kami sedekah duit pada pendayung sampan ni. Dalam RM5-10 untuk 1 sampan. Karim kata diorang ni hidup susah. Makan sekali je sehari. Baiklah.
Coconut candy
Lepas habis mendayung, kami naik balik bot mula2 tadi. Dan dibawa ke kilang coconut candy. Gambar dalam camera la pulak. Sebelum sampai tu kami dihidang dengan air kelapa.
verangan |
maktamku, ku, makku |
Habis beli coconut candy, kami pun pulang ke van. Sepatutnya hantar balik hotel. Tapi kami minta nak ke bin thay. Itula kelebihan private tour ni. Dari bin thay kami naik van balik hotel.
Itu saja perkongsian sg mekong ni. Harap dapat membantu.
terima kasih sudi baca.
P/S: Ramai yg minta no tour guide ni. Yg mana minta melalui email saya dah reply. Tp yg comment di sini saya tak sempat nak tgk. Jadi saya sertakan nombor disini saja ye.
Karim Soleh +841203395509
Boleh juga terus ke kedai Hajah Basiroh di sana
Nk dptkn cntc no tour guide tu, boleh?
ReplyDeleteInsyaAllah boleh. Tp minta alamat emel ye. nnt saya emel personally.
Deleteemel saya humairahadi@yahoo.com.sg
Deletesalam...bleh x nk mntk cntc no tour guide tu?emel sy sabryna.winkwink@gmail.com
ReplyDeletesalam boley x nak mintak no tour guide tue?? email sy chenad_85@yahoo.com...tq
ReplyDeletesalam boley x nak mintak no tour guide tue?? email sy chenad_85@yahoo.com...tq
ReplyDeleteSalam. Saya & family nak pergi September ni. Boleh tak mintak contact no tour guide? azyyatiliah@gmail.com Terima kasih =)
ReplyDeleteSalam. Mintak no tour guide tu boleh x? efa0870@gmail.com tq wak
ReplyDeletesalam..saya & family nak pergi vietnam 14 nov ni..boleh tak nak minta no tour guide tu..thanks :) .. azirazulkarnain@gmail.com
ReplyDeletesalam.nak minta no tour guide boleh tak? nurul.mohamad@ioiloders.com
ReplyDeletetq :)
Nk contact emel/fon tour guide tu sis. hafizshariff5279@gmail.com
ReplyDeleteNk no tour guide tu. nurleenna@gmail.com
ReplyDeleteThanks sis
Boleh email pada saya tourguide tu?
ReplyDeletenurismila@yahoo.com
Tq
Hi babe. Dari pagi tu sampai pukul berapa ye settle semua sampai hotel balik?
ReplyDeleteasyiqahrahim@gmail.com
Thanks.
kalau tak silap 7.30 am dah kena kumpul di restoran. Dalam 2 pm dah siap.
DeleteNo tu dia da x pakai ke
ReplyDeletemaaf saya tak pasti. sebab saya dah tak contact dia lepas balik Malaysia. Boleh terus ke kedai Hajah Basiroh untuk booking tour.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete